Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 7)


10 yang terbaik di Bandung:

1. Tukaran matawang.

Aku jadi jutawan segera di sini.
Belanja apa2 pun mesti main ribu2.
Masuk bilik air pun kena bayar Rp 1000.
T-shirt sehelai dah Rp 30 000.
Airport tax dah Rp 75 000.
Padahal Rp 1000 = 30 sen aje.
Padaku terlalu banyak angka kosong.
Mula2 aku agak confused.
2 ribu dengan 20 ribu pun silap.
Senyum aje cashier Dunkin Donut tengok aku.


2. Trafik.

Walaupun jalan2 raya tak sehebat di Malaysia,
walaupun sistem trafik nampak macam kelam-kabut,
perjalananku di sekitar Bandung adalah lancar.
Mereka punya sistem tersendiri.
Lampu merah tak semestinya berhenti.
Lampu hijau tak semestinya kau punya jalan.
Disimpang2 kena berhati2.
Tak semestinya kena tunggu yang kanan.
Tak semestinya yang kiri jalan dahulu.
" Siapa sampai dulu, dia jalan dulu "
Itu prinsipnya.
Kebanyakan kereta disini jenis baru2.
Toyota dan Honda paling banyak.
Tapi motosikal adalah raja di sini.
Kita kena hormat mereka.


3. Penjaga parkir.

Dimana2 sahaja tempat parkir,
mesti ada pembantu sukarela yang akan membantu.
Tekan hon sahaja,
mesti ada yang datang membantu.
Berpakaian seragam atau tidak,
mereka bersungguh2 memastikan kenderaan selamat diparkir.
Masa nak keluar pun sama.
Bersungguh2 mereka mencari laluan.
Upahnya setakat Rp 1000- 2000.
Bergantung kepada keikhlasan.
Di simpang2 jalan yang sesak pun sama.
Ada trafik sukarela memudahkan laluan.
Upahnya pun sama.
Seikhlas hati.

4. Pemandu pelancong.

Pemandu pelancong aku Pak Heri namanya.
Sangat berdedikasi.
Sangat berdisiplin.
Jarang merungut.
Jarang memberi alasan.
Mudah diajak berunding.
Juga sabar dengan karenah kumpulan kami.
Van yang digunakan untuk kami pun sangat baru.
Mileage belum sampai 5000km.
Aku tak rasa tertekan dengan jadual atau terikat dengan masa.
Sangat fleksibel.

5. Cuaca.

Cuaca di Bandung dingin dan berangin.
Suhu tak lebih 25 darjah rasanya.
Lebih kurang macam di Cameron Highlands.
Jalan2 tak rasa sangat letihnya.
Jalan2 tak rasa berpeluh dan melekit dibadan,
walaupun seharian tak jumpa air.


6. Tempat makan.

Setiap hari aku mencuba tempat2 makan yang berbeza.
Semuanya lokasi pilihan orang2 Malaysia.
Dekorasi dan hiasan dalamannya sangat menarik.
Layanan pekerja2nya memuaskan.
Mereka sangat bersopan dan jarang merungut.
Walaupun rasa masakannya biasa2 sahaja,
tetapi pengalamannya unik.
Harga makanannya pun berpatutan.
Taklah sampai tercekik bila tengok bil.

7. Tempat membeli-belah.

Bandung adalah syurga membeli-belah.
Terlalu banyak tempat untuk disinggah.
Terlalu banyak pilihan untuk segala jenis barang.
Daripada yang branded kepada buatan tempatan.
Hasil kerja mereka halus dan kemas.
Harga barang2 pun berpatutan.
Wajib.
Kena ada kawalan diri.
Kena ada limit dan bajet.
Kalau tidak balik Malaysia terus bangkrap.
Dua bulan makan Maggi sahaja.

8. Handphone.

Aku perhatikan,
warga Bandung suka betul dengan Blackberry.
Kedai2 aksesori pun jual produk berasaskan Blackberry sahaja.
Nak cari pengguna iPhone atau Samsung agak susah.
Kenapa ya?




9. Penjaja jalanan.

Aku pernah kata,
warga Bandung berusaha apa sahaja untuk hidup.
Paling gigih ialah penjaja jalanan.
Ada yang menolak kereta tolak berniaga makanan.
Disetiap ruang sekitar Bandung,
pasti kelihatan kereta2 tolak di sana-sini.
Menjual makanan tempatan juga menjual minuman.
Yang tiada kereta tolak,
mereka berniaga disimpang2 jalan.
Bila lampu trafik bertukar merah,
mereka yang datang dahulu.
Menjual minuman, suratkhabar, majalah,
makanan ringan, alat permainan.
Dan yang semakin ramai ialah
bermain gitar sambil menyanyi serangkap dua lagu.
Kira macam pemuzik jalananlah gamaknya.
Dan yang terbaik,
seorang lelaki berbekalkan bulu ayam.
Bulu ayam dibasahkan dengan air sabun,
lalu dilap2kan dikenderaan yang berhenti.
Lori besar pun dilapnya juga.
Itu belum dikira penjaja barang souvenir
yang berlonggok menunggu van2 pelancong.
Mereka lagi hebat.

10. Wanita2 Bandung.


11 ulasan:

  1. Thanks for providing us a view of everyday experience of Bandung. Now, after reading your blog, I am tempted to go there for a hoilday. My daughter, visited Bandung last year and bought me a pen with my name engraved. Quite cheap too. Shirts are cheap too! Have a great holiday Doctor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Clansman,

      Thank you for reading my blog.
      I went there 2 weeks ago.
      Never planned to come back.
      Bali maybe...

      Padam
  2. orang indonesia memang penggemar blackberry agaknya..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabarnya.
      Indonesia pengguna Blackberry terbesar dunia.
      Tak tahu kenapa...

      Padam
    2. jgn terkejut kalau ko isi form, ada column bb pin....kat sana kalau kita pi meeting, lepas meeting derang akan mintak bb pin hahhahahahaha itulah scenario biasa kat sana blackberry!

      Padam
  3. Kat Indon, brand Toyota & Honda mmg famous...dan betul, kenderaannya baru baru...Harga mmg jauh lebih murah banding dgn Malaysia...Pasal matawang, masa 1st time gi Indon dulu, saya siap tulis formula kat kad kecil, bila nak shopping/bayar, tgk kad! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabarnya.
      Orang Indonesia beli kereta harga cash.
      Interest rate sangat tinggi untuk car loan.
      Jadi tak semua orang mampu pakai kereta.

      Menggigil saya first time bayar guna 100 ribu.
      Sekarang tak payah tengok kad.
      Kat handphone boleh convert...

      Padam
  4. Balasan
    1. Tak nak komen kat sini.
      Saya simpan komen dlm blog satu lagi.
      Ha ha ha.

      Padam
  5. dulu gi Bandung malam malam lepak kat warung warung tu. warung tenda namanya. biasa malam diaorang parking di depan bank atau pejabat yang tutup after 5pm. lepak ngan guard bank biasanya. heee.

    BalasPadam
  6. pemandangan biasa setiap kali ke indonesia....dari kawasan bandar sehinggalah ke pedalaman, itulah suasananya....tak perlu terkejut......tak semua tempat makanan murah, ada sesetengah tempat makanan sangat mahal berbanding di Malaysia...bila berada di sana, aku bersyukur sangat menjadi rakyat malaysia...opsss mana perginya cite no 10??????

    BalasPadam