Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 8)

Ini episod terakhir siri Bandung Breakaway.

Pada tengah malam sebelum balik Malaysia,
anak2ku mula sakit perut.
Ada yang mula muntah2.
Wife pun sama.
Bekalan ubat yang aku bawa aku cuba berikan.
Tapi semuanya keluar semula.
Nasib baik aku masih boleh bertahan.

Pukul 5 pagi WIB.
Aku dan sampai di airport.
Urusan check in agak rumit sebab banyak beg nak diuruskan.
Ketiga2 anakku dah lain macam.
Masing2 dalam kesakitan.
Rupa2nya hampir semua ahli rombongan mengalami simptom yang sama.
Sah.
Keracunan makanan.
Traveller's Diarrhoea.
Masa dalam kapalterbang,
bergilir2 mereka keluar masuk bilik air.
Muntah, cirit-birit, sakit perut juga demam.
Dan Alhamdulilah.
Aku masih segar lagi.


Pukul 11 pagi waktu Malaysia.
Akhirnya aku tiba di Singapura.
Bas yang sepatutnya menunggu kami tak kelihatan.

Pukul 2 petang.
Aku tiba di Johor Bahru.

Anak2 dan isteri semuanya dah keletihan.
Urusan pasport terasa panjang dan rumit.

Sebelum sampai ke rumah,
aku singgah diklinik dahulu.
Tambah bekalan ubat untuk sekeluarga.
Dua hari berikutnya.
Kami sekeluarga langsung tak keluar rumah.
Aku langsung takda selera makan.
Demam panas.
Sesekali cirit-birit dan rasa nak muntah.
Berbakul2 ubat aku telan.
Selepas seminggu kesannya masih ada.
Gila betul penangan makanan orang Bandung.

Aku jangkakan puncanya ialah makan di Tangkuban Parahu.
Tetapi kebanyakan yang kena ialah yang makan di Kg Daun.
Pengajaran untuk diri sendiri.
Yang kelihatan bersih tak semestinya bersih.
Kena ambil langkah2 pencegahan.
Kena sentiasa berwaspada.


Bandung Breakaway.
Percutian terhebat tahun ini.
Pertama kali ke Indonesia.
Pertama kali sekeluarga kena keracunan makanan.
Taubat tak nak pergi lagi?
Kemana selepas ini?
Mungkin ke Bali kalau tak serik.
Mungkin ikut rombongan ke Vietnam hujung tahun ini.
Tak pun cuti dalam negeri ajelah.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Jumpa lagi di negara lain pulak.




12 ulasan:

  1. vietnam.. emm.. halong bay cantik awakkk!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini yang tengah berkira2 ni.
      Geng yang sama.
      Ketua rombongan yang sama.

      Padam
  2. siannyerrr, muge cepat sembuh tuk famili abg doc tuu.. ada boss kawan wak balik bandung makan tepi jalan tu kena kencing tikus balik mesia terus koma 7 hari 7 mlm..,uhHUuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah semua dah sihat dah wak!
      Kencing tikus boleh bawa maut wak!

      Padam
  3. semoga perjalanan seterusnya nnti tak berlaku lagi yg macam ini... InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. Ha...itulah yang paling saya takut sekali kalau berjalan ke negara orang. Tapi itulah harga risiko untuk meluaskan pengalaman. Syukurlah Doc ialah seorang doktor. Eh, berbelit pula saya rasa ayat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bukan doktor,
      rasanya satu famili masuk hospital.

      Padam
  5. Alhamdulillah, sy belum ada lagi pengalaman berry2 pulang dari Indonesia, biasanya sy cuma makan di Simpang Raya. Betul kata doc, yg nampak bersih, tak semestinya bersih...

    BalasPadam
  6. Kalau nak shopping, pergi la Vietnam..syurga shopping kain buat wanita. Kalau saya & wife, suka Bali..sebab culture nya, rice terrace nya, beach nya...Tapi ada yg tak suka dgn kuil2 nya, saya suka, unik! :)

    BalasPadam
  7. Alahamdulillah, tidak terjadi kepada kumpulan kami.

    BalasPadam
  8. perkara biasa di indonesia, diarrhea....

    BalasPadam