Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 April 2013

Aku dan Cerita Minggu Ini


Musim pilihanraya datang lagi.
Ada pesta besar-besaran seluruh negeri.
Masing2 sangat yakin dengan diri sendiri.
Tapi nasib ditentukan pengundi.

Musim pilihanraya datang lagi.
Tapi kali ini lambat sekali.
Berbulan menunggu bagai nak mati,
Sehingga keluar pelbagai spekulasi.

Musim pilihanraya datang lagi,
Masing2 menaruh harapan tinggi,
Ketua2 bahagian sibuk menawar diri,
Juga melobi sampai tak sedar diri.

Musim pilihanraya datang lagi,
Tidak kira apa punya parti,
Masing2 punya agenda tersendiri,
Nak berkuasa itu yang mesti.

Hari-hari kita dihidangkan,
Berita2 sensasi juga fitnah sembarangan,
Di suratkhabar, internet, tv juga telefon tangan,
Tiada lagi batasan atau halangan.

Cerita2 dan gambar2 lucah disebarkan,
Bertujuan untuk menjatuhkan lawan,
Benar atau palsu tidak diendahkan,
Yang penting lawan mesti kecundang.

Setiap malam pasti ramai bekerja,
Menggantung poster juga bendera,
Disimpang jalan atau dimana sahaja,
Ada sampai bergaduh bertikam pun ada.

Dua minggu lamanya aku menanti,
Proses penamaan calon menjadi tradisi,
Kenapalah lama sangat terpaksa menanti,
Pilihanraya terhebat di abad ini.

Bakal calon memasang angan-angan,
Menjadi YB tak cukup 5 tahun,
Yang dah jadi YB nak pula ahli parlimen,
Tak menteri pun setiausaha parlimen.

Bila dibaca akhbar dan berita,
Cerita politik disetiap muka,
Tiada yang baik semuanya buruk2 belaka,
Saling mengata dan mencerca.

Bila diumumkan nama bakal2 calon,
Ramai yang menyokong juga memaki-hamun,
Yang terpilih paling lebar tersenyum,
Yang tak terpilih duduk termenung.

Parti pemerintah nampak bergolak,
Di sana-sini kedengaran memberontak,
Calon pilihan 'Presiden parti' ramai yang tak nak,
Menjadi calon bebas bila dah terdesak.

Tahniah sahabatku dapat jadi calon,
Tapi ada juga yang tak tercalon,
Sanggup berdemo dan hantar memorandum,
Calon dipilih calon bidan terjun.

Orang berpolitik ibarat bergusti,
Sekarang berkawan dulu musuh tradisi,
Semuanya lakonan ikut skrip sendiri,
Aku tengok pun naik geli.

Kita sepatutnya bebas membuat pilihan,
Parti kerajaan atau pilih parti lawan,
Kita tak sepatutnya dimomokkan,
Isu agama, rasis juga isu keselamatan.

Kita dah lama dimerdekakan,
Tapi jiwa kita masih ditakut2kan,
Sejarah lama tak perlu diungkit2kan,
Masa depan kita itu patut diutamakan.

Aku telah membuat pilihan,
Calon mana perlu dinaikkan,
Parti mana perlu dimenangkan,
Perdana Menteri nak ditukar atau dikekalkan.

20 April hari pencalonan,
5 Mei hari pengundian,
Lamanya rasa tidak tertahan,
Menanti keputusan penentu masa depan.

Teruskan menonton telenovela,
Teruskan menonton sandiwara,
Teruskan menonton drama,
Realiti politik Malaysia.


12 ulasan:

  1. Tepat2 belaka seloka Doc nie. Busy yer Doc...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak busy mana pun...
      Cuma seronok melayan musim pilihanraya ni...

      Padam
  2. Terbaik seloka ni :)
    Patut keluar kat mainstream channel...kasi semua sedar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bukan proBN.
      Awal2 lagi dah kena reject...

      Padam
  3. muger2 negara akan TATAP aman damai sejahtera sentosa senantiasa..,amin ya robbal alamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan terpengaruh dengan momokan.
      Malaysia akan lebih aman.
      InsyaAllah.

      Padam
  4. Dahulu aku pun penyokong tegar parti itu..Mana taknya kita pun org Johor, sedara mara pun org Johor. Tapi era IT membuka mata...setelah lama atas pagar kini aku pun telah buat keputusan. Ini kali lah...:)

    BalasPadam
  5. Assalam. Seloka terbaeeek musim ini!

    P/S :Teringat pula saya pada majalah Gila-gila tahun 80an/90an.

    BalasPadam