Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 April 2013

Aku dan Lawak Ke Der 2

Bila kepala berserabut.
Bila jiwa kacau.
Bila hadir 1001 masalah.
Bila masalah tak selesai2.
Kita layan cerita2 lawak.

Harith Iskander di Lawak Ke Der 2 memang terbaik.
Lawak2 super genius.
Lawak2 educated.
Lawak2 kena batang hidung sendiri.
Realiti cerita2 kita dengan FB.
Realiti kelemahan2 kita sebagai lelaki.
Realiti kelemahan2 kita menghadapi kaum wanita.
Aku dah 3 kali ulang tengok cerita2 dia.
Sehebat tengok cerita2 P. Ramlee.
Tapi lawak Jozan menghampakan.
Banyak sangat yang 18SX.
Juga kurang punch line.
Nasib baik Nabil dan Boboi hampir sehebat Harith.
Jadi tak rugi bayar 15 ringgit.

Jangan tanya kenapa kepala berserabut.
Jangan tanya kenapa jiwa kacau.
Jangan tanya apa masalah tak selesai2.
Satu hari aku cerita.
Sambung tengok Harith dulu.




8 ulasan:

  1. saya juga dalam keaadaan begini sekarang.. tapi tiada alat piring terbang yg nak di tonton..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli CD yg pirate. Sure dah keluar punya...

      Padam
  2. Ok..saya tak tanya. Sila teruskan menonton.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak dara saya confirmed keluar STF.
      Ni tengah berduka lara ni...

      Padam
    2. Salam doktor. Kenapa anak doktor nak keluar? Saya ni bukanlah bekas pelajar STF, tapi baru sahaja bergelar bekas pelajar sebuah SBP. Dulu, waktu saya f1, beria-ia saya nak keluar dari sbp. Penat jugalah mak ayah saya melayan karenah saya sebab sepnjang tahun saya merengek dekat mak ayah nak keluar.. Tapi, alhamdulillah.. Hikmah saya stay dekat sbp, macam2 rezeki yg saya peroleh, alhamdulillah. Bila fikir balik, saya rasa yg saya akan betul2 menyesal kalau saya jadi keluar waktu f1 dulu.. Sekadar berkongsi.

      Padam
  3. Masih belum tengok lagi.umah x de astro..pembekal cd haram pon dah lama x bukak kedai....

    BalasPadam
  4. Doc,anak saya di STF tahun 2. Tahun 1 tahun mencabar utk saya & suami...anak dah selesa dgn keluarga mmg payah nak dok diasrama.Apa yg kami buat, 'TERPAKSA' setiap sabtu lunch dgn dia & ambik baju kotor. kami stay sampai habis waktu melawat. bukak aircond dan kami landing dlm kereta.hari ahad hantar baju bersih dan lunch serta habiskan masa dgnnya sampai habis waktu melawat. sambil tu kami terapkan dgn cerita2 mengenai kawan2 dia yang jauh ex: sabah, sarawak, kelantan, kl dll..hanya dpt jumpa family kadang2...& mcm2 lagi perkara yg kami pahat kat minda dia....alhamdulilah, hasilnya...dia semakin matang, semakin celik dan semakin boleh menyesuaikan diri...(walaupun mulut pot pet pot pet...) cerita hal di asrama...saya selalu nampak keta doc kat STF...Kalau boleh pertahankan, pertahankanlah...kita kena sikit berkorban...anak2 sekarang tak 'kuat' mcm kita dulu2...Kita dibesarkan dengan penuh kepayahan, anak sekarang dibesarkan dengan penuh kemewahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkongsi pengalaman.

      Tunggu sambungan cerita saya nanti.

      Padam