Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 April 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


3 hari yang lalu.
Seorang lelaki macho awal 40-an datang klinik.
Bekerja kilang.
Kerja berat katanya.
Mengadu sakit2 pinggang.
Ubat biasa aku berikan.
Painkiller dan Muscle Relaxant.

Hari ini dia datang lagi.
Masih mengadu sakit pinggang.
"Ubat saya beri tak cukup kuat ke?"
"Saya makan 2 biji aje doktor."
"Kenapa?"
"Kawan saya kata makan ubat tahan sakit tak bagus."
"Merbahaya."
"Nanti boleh rosakkan buah pinggang."
"Jadi saya takut nak makan."
"Habis macamana nak baik?"
"Tapi kawan saya suruh saya cuba makan jamu."
"Saya dah makan tapi macam tak lut aje."
"Masih sakit jugak."

Beginilah bang,
kalau abang percaya cakap kawan,
terpulanglah abang.
Buat apa susah2 datang ke klinik.
Saya pun bukannya pandai sangat.
Setakat doktor cabuk aje.
Exam pun tak lulus.
Degree pun beli kat internet.

Seorang lagi pesakit.
Seorang ibu.
Datang membawa anaknya berusia 4 tahun.
Mengadu anaknya demam dah 3 hari.
Demam 38.5 darjah.
Ada selsema dan peradangan ditekak.
Tapi anaknya masih cergas berlari lagi.
Lalu ubat2 biasa aku berikan.

Setengah jam kemudian dia datang lagi.
" Anak saya masih demam lagilah doktor. "
" Lepas makan ubat terus muntah."
" Ubat apa kakak beri?"
" Ubat demam, selsema juga antibiotik."
" Sekaligus?"
" Ya doktor."

" Anak kakak demam agak tinggi."
" Sepatutnya kakak beri ubat demam aje dahulu."
" Lepas tu basahkan badan ataupun suruh dia rehat dulu."
" Lepas 1/2 jam bila demam dah turun,
barulah beri ubat yang lain2."
" Kalau beri sekaligus memanglah keluar balik."
" Macam tu ke doktor? "
" Jadi tak payahlah nak bawa ke Specialist? "

Ada 1001 lagi cerita pesakit.
Kadang2 menyeronokkan.
Kadang2 memeningkan kepala.
Kadang2 membosankan.
Dan kadang2,
terasa nak pencen dah jadi doktor.
Nak pergi jaga lembu lagi baik.






3 ulasan:

  1. Ironi kan...
    Kita sering dpt patient/waris patient sebegini..
    Takut/risau nak makan ubat, takut buah pinggang rosak katanya..tapi at the same time, tak jaga makan/tak bersenam/makan jamu/ambik produk MLM...

    Dan mmg saya pun kadangkala tak tahu nak tergelak, atau marah, atau tak tahu apa ekspressi diri bila baru makan ubat tak sampai 24jam, mereka harapkan miracle, terus sembuh...expectation terlalu tinggi.....:)

    BalasPadam
  2. Baru setengah jam dah panik? Ok, saya faham kalau Doc nak jaga lembu.

    BalasPadam
  3. hahahahha asam garam doktor gitu la, kerjaya len pun cam tu, kadang2 mmg rasa nak lempang, tp fikir balik, gelak ajelah!

    BalasPadam