Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 April 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki Melayu.
Nama Melayu.
Berbinkan orang Melayu.
Ibubapanya Melayu.
Lahir di Kuala Lumpur.
Berusia 32 tahun.
Bercadang akan menikah bulan depan.
Datang ke klinik petang semalam.
Ada masalah besar katanya.
Perlu diselesaikan dengan segera.
Dia belum dikhatankan.
Dia belum bersunat.
Aku sangat terkejut.
Aku tak terkata apa-apa.
32 tahun usianya.
Bukan 12 tahun.

Dia kata masa kecik2 dulu dia hampir disunatkan.
Tetapi dia lari sebab takut.
Selepas itu dia terus mendiamkan diri.
Dan bila saat2 nak menikah dah semakin hampir,
baru dia tergerak nak bersunat.
Aku tanya,
" Kau sembahyang ke tidak? "
" Kau sembahyang Jumaat ke tidak? "
Dia hanya senyum sahaja.
Sekadar nak tahu.
Sah ke tidak sembahyangnya selama ini?

Dua tahun dulu aku pernah ada kes serupa.
Seorang lelaki Sabah.
Umur dah lebih 40 tahun.
Dah berkahwin dan punya anak 3.
Katanya masa kecik2 dah bersunat atas batang pisang.
Tapi tok mudim potong sikit aje.
Dia datang klinik untuk bersunat semula.
Bila aku tengok,
macam tak bersunat aje.
Apa yang tok mudim tu potong agaknya.




11 ulasan:

  1. Subhanallah... Doc sunatkan ker..?

    BalasPadam
  2. hahahahahhahaa..

    Boleh sembahyang, cuma kena gigih bersihkan la..kah kah kah kah...tapi mana boleh bersih betul betul....kah kah kah...abis tu, sunat kat klinik bro ke? :P

    BalasPadam
  3. Adoiyai.. ingatkan cerita macam ni ada dalam drama je!!

    BalasPadam
  4. lama dia simpankan cerita ni yer..heheh....kalau kecik2 sunat kan dah tak runsing..hikhikhik

    BalasPadam
  5. Hahaha....kes 'tak potong' ler nih...

    BalasPadam
  6. Pengalaman menarik. Kena galakkan sunat sebaik lahir

    BalasPadam
  7. Boleh galakkan sunat sebaik selepas bayi lahir seperti dalam masyarakat arab

    BalasPadam
  8. bersunat itu sama seperti namanya `SUNAT`-:) maka, ibadah2nya adalah sah. jikalau sy diberikan peluang untuk memberikan pendpt, sy akan ambil peluang itu untuk mengucapkan tahniah kepadanya dan seterusnya mentarbiahnya tentang kepentingan istighfar dan memperbaharui iman, solat, puasa, zakat dan menunaikan haji jika mampu. kita bukan dalam komposisi yg layak untuk meragui ibadah org lain apatah lg bertanya dlm keadaan dia malu seperti itu ataupun mengatakan ibadah org lain adalah tidak diterima-:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana mengingatkan saya.
      Saya bukan ustaz.
      Saya rasa saya tak layak mentarbiahkannya.
      Tapi selepas 32 tahun,
      Baru dia tergerak nak berkhatan.
      Itupun sebab dia dah hampir nak menikah.
      Kalau tidak pasti dia akan terus bertangguh.
      Bukan niat utk mempertikai ibadatnya.
      Tapi saya pernah belajar agama dulu.
      Saya tahu apa tujuan bersunat.
      Untuk kebersihan.
      Juga utk mudah beribadat.
      Dan bukannya sebab nak menikah.
      Takda niat memalukannya.
      Sebenarnya saya cuma bertanya dlm hati aje.
      Saya pun bukannya ustaz.

      Pagi tadi saya call dia.
      Alhamdulilah.
      Dia dah bersunat dgn kawan saya.
      Saya sempat ucap tahniah kpdnya.

      Padam