Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 April 2013

Aku di JPN Kulaijaya




10 hari yang lalu.
Petang hari selasa yang panas.
Aku ke JPN Kulaijaya.
Anak bungsu dah cukup umur untuk dapat kad pengenalan.
Aku ambil nombor dan isi borang.
Ada 5 orang lagi sebelum giliranku.
Rasanya taklah lama nak menunggu.
Tapi 30 minit berlalu,
nombor masih tak gerak2 lagi.
Lepas 40 minit,
aku pun cabut.
Ada lain urusan yang lebih penting.


Hari ini.
Pagi hari Jumaat yang mendung.
Pukul 8.15 pagi.
Aku kembali semula ke JPN Kulaijaya.
Ada 5 orang lagi sebelum giliranku.
Tetapi tak sampai 10 minit,
giliranku pun sampai.
Pukul 8.45 pagi,
semuanya dah selesai.
Tunggu sebulan lagi untuk dapatkan kad pengenalan.


Selepas ini,
dah takda lagi separuh harga.
Tiket wayang dah kategori dewasa.
Tiket kapal terbang dah kategori dewasa.
Kos sara hidup dah bertambah.
Bermakna kena lebih berjimat.
Kena lebih berhemah dalam berbelanja.





1 ulasan:

  1. Wah...dah dewasa semua. Tak lama lagi doc naik pangkat. Mesti yang sulong dah melahau2 jauhnya...

    BalasPadam