Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 April 2013

Aku ke Columbia Asia Nusajaya


Dah lebih 2 minggu anakku demam.
Macam2 komplennya tapi aku buat donno aje.
Itu antara ruginya jadi anak doktor.
Bila sakit bapak buat tak tahu aje.
Ala! demam biasa aje tu.

Sebenarnya,
Sejak balik dari Bandung dulu,
anakku sering mengadu sakit perut,
sakit kepala, pening juga cirit-birit sekali-sekala.
Tapi aku tengok dia masih ligat lagi.
Masih boleh bersilat,
masih boleh berlatih hoki,
masih boleh pergi dan balik sekolah.
Jadi aku buat tak kisah.

Minggu ini beberapa kali cikgunya telefon.
Dia demam kat sekolah.
Dia kata dia muntah kat bilik air.
Dia kata dia sakit perut.
Aku ingat dia 'berlakon'.
Sebab bila sibuk dengan bersukan,
pelajarannya banyak yang tertinggal.

Wife pun dah beberapa kali ingatkan aku.
Suruh check anak bungsu tu.
Suruh check darah.
Suruh beri antibiotik.
Tapi biasalah doktor.
Dah biasa tengok orang sakit.
Anak sendiri tak dihiraukannya.

Dua hari ini aku tengok dia dah lain macam.
Tak lalu nak makan.
Berat badan dah turun 4 kg.
Muka nampak pucat.
Demam pun asyik berulang aje.
Dah 3 botol ubat demam habis diminum.
Tapi masih tak sembuh2 jugak.

Lepas sembahyang Jumaat hari ini.
Aku bergegas bawa dia ke pakar kanak-kanak.
Hospital Columbia Asia Nusajaya pilihanku.
Khabarnya kurang sibuk.
Jadi tak payah tunggu lama2.
Pakar kanak-kanak tu junior aku di UM dulu.
Ada juga pakar2 lain daripada UM juga.
Pakar bedah pun roomate masa sekolah menengah dulu.
Jadi senang sikit nak berurusan.


Pukul 2.45 petang aku tiba di sana.
Urusan pendaftaran tak susah.
Maklumlah pesakit berbayar.
Tak payah nak tunggu kelulusan panel insurans.

Pukul 3.45 petang baru nama anakku dipanggil.
Aku tak kenal doktor tu.
Dia pun tak kenal aku.
Tapi bila aku cakap aku doktor daripada UM,
terus terangkat hijab dan hilang batasan doktor-pesakit.
Semakin mudahlah nak bercerita.
Dipendekkan cerita,
ada kemungkinan jangkitan di ususnya.
Komplikasi makan angin daripada Bandung dulu.
Mesenteric Adenitis kemungkinan diagnosisnya.
Untuk lebih kepastian,
doktor suruh buat Ultrasound dan check UFEME.
Alhamdulilah semuanya normal.


Panjang juga aku berborak dengan doktor tu.
Anak2 aku terkebil2 dengar bahasa yang aku gunakan.
Bahasa saintifik dan juga medical terms.
Mereka kata satu haram tak faham.
Itulah satu kelebihan jadi doktor jawabku.

Sebagai pesakit aku tak kisah tunggu lama.
Sebagai pesakit aku tak kisah bayar lebih.
Yang penting aku dapat bercerita sebanyak mungkin.
Yang penting aku dapat tahu tentang penyakitku.
Yang penting aku dapat kepastian tentang penyakitku.
Yang penting aku dapat layanan sebaik mungkin.
Dan di hospital ini,
aku dapat segala2nya.

Aku balik dengan senang hati.
Aku balik dengan jawapan kepada semua persoalanku.
Aku balik dengan ubatan yang paling minimum.
Dan yang penting,
aku ada jawapan untuk soalan2 daripada wifeku.

Terus terang aku nak beritahu.
Anak2ku sangat jarang makan antibiotik.
Kalau demam, batuk dan selsema,
ataupun sakit tekak juga sakit perut,
pusing2 Paracetamol juga ubatnya.
Tapi untuk seminggu ini,
aku dan wife kena berdisiplin.
Ingatkan anak supaya makan ubat.

Harap2 betul diagnosis doktor.
Jadi tak perlu nak check darah.
Atau buat ujian2 selanjutnya.

3 ulasan:

  1. anak saya pun dah sebulan URTI, wheezing and required MDI on and off, gi paed diaorang bagi Montelukast....try jer la, walaupun takde asthma in the family....mungkin kerana prematurity dia, mudah sgt hyperactive airway dz...

    BalasPadam
  2. Bila anak2 tercengang dengar conversation bapaknya, adakah mereka bersemangat nak expert dalam conversation tu juga..?

    Hehehehhehe....

    BalasPadam