Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 April 2013

Kenapa aku berUBAH?


7 hari lagi.
Hari mengundi.
Hari menentukan masa depan negara.
Gila punya lama rasanya.
Aku pun dah mula baca Sinar Harian.
Antara suratkhabar yang tak berat sebelah.
Yang tak memihak ke mana2 parti.
Yang takda cerita2 dakyah atau propaganda.
Yang masih bercerita tentang realiti kehidupan.
Bukan cerita parti2 politik semata2.
Harga rumah makin naik.
Harga barang makanan makin naik.
Nilai ringgit makin mengecil.
Jenayah berleluasa.
Dunia kacau- bilau.

Dua minggu ini asyik bercerita tentang politik.
Jumpa kawan2 di mamak,
cerita pasal politik.
Jumpa pesakit2 di klinik,
juga cerita pasal politik.
Ramai berubah muka bila aku kata aku dah UBAH.
Ramai yang terkejut bila aku dah UBAH.
Ramai juga bertanya kenapa aku UBAH?

Malaysia sepatutnya negara demokrasi.
Bukan negara komunis.
Rakyat sepatutnya bebas memilih.
Rakyat sepatutnya bebas membuat pilihan.
Tetapi daripada kecil aku dah dimomokkan.
Hanya satu parti yang boleh memerintah negara.
Hanya satu parti yang boleh memajukan negara.
Dulu, kini dan selamanya.
Aku seolah dipaksa untuk berterima kasih.
Aku seolah dipaksa untuk terhutang budi.
Aku seolah dipaksa untuk akur.
Aku seolah dipaksa untuk terima mereka seadanya.
Tanpa mereka,
Aku tak jadi seperti sekarang.
Aku tak boleh berjaya seperti sekarang.
Aku tak boleh hidup selesa seperti sekarang.

Budaya momokan berterusan sehingga sekarang.
Parti pembangkang seolah2 pertubuhan haram.
Menyertai mereka seolah2 menyertai pertubuhan haram.
Parti pembangkang adalah rasis.
Parti pembangkang adalah sesat.
Parti pembangkang nak laksana hukum hudud.
Parti pembangkang akan potong tangan semua pencuri.
Parti pembangkang akan haramkan segala muzik dan hiburan.
Parti pembangkang ejen Amerika.
Parti pembangkang pro-Singapore.
Parti pembangkang sekutu Israel.
Parti pembangkang akan ubah sistem beraja.
Parti pembangkang akan hapuskan orang Melayu.
Negara akan bangkrap.
Melayu akan hilang ketuanannya.
Itulah momokannya sehingga sekarang.

Baca suratkhabar2 harian.
Semuanya cerita2 yang bagus2 sahaja.
Baca suratkhabar2 parti pembangkang.
Semuanya cerita2 yang buruk2 sahaja.
Kalau dengar mereka berkempen pun sama.
Parti lawan semua tak baik.
Parti mereka aje yang baik.
Ceramah politik sepatutnya bercerita,
bagaimana untuk menjadi lebih baik,
bagaimana hendak menambah baik yang sudah baik,
Apa perlu cerita hal2 dalam kain,
apa perlu tunjuk video2 lucah,
apa perlu ulang cerita tragedi 13 Mei?

Aku tak berkesempatan dengar ceramah politik secara live.
Tapi ceramah dalam YouTube aku rajin tengok.
Macam2 cerita sensasi aku boleh tengok.
Aku tahu,
Lebih baik dengar ceramah agama drp ceramah politik.
Ceramah agama bercerita kelemahan diri.
Ceramah agama menolong membaiki diri.
Ceramah politik bercerita kelemahan orang lain.
Ceramah politik bercerita keburukan orang lain.
Ceramah politik sarat dengan hasad dengki.
Ceramah politik sarat dengan fitnah.

Menyokong parti pembangkang.
Tak bermakna kurang patriotik.
Tak bermakna kurang semangat kenegaraan.
Tak bermakna menjual bangsa sendiri.
Tak bermakna menjual agama.
Tak bermakna sanggup bertuankan bangsa lain.
Tak bermakna tak berterima kasih.
Tak bermakna menyokong LGBT.

Dan aku juga tahu.
Menyokong parti pembangkang,
tak bermakna aku lebih islam.
Tak bermakna aku lebih hampir ke syurga.
Aku tak kata kerajaan sekarang tak bagus.
Aku tak kata pembangkang lebih bagus.
Aku tak kata kerajaan sekarang tak islamik.
Aku tak kata pembangkang lebih islamik.
Tetapi aku dah tak takut untuk mencuba.
Masa depan kita Allah yang tentukan.
Masa depan kita bukan parti yang tentukan.
Cuba tengok pasukan bolasepak Johor sekarang.
Berubah seratus peratus.
Sejak ada pengurusan baru,
satu transformasi besar2an telah berlaku.
Di mana2 orang memperkatakan tentang mereka.
Sana-sini orang pakai jersi Johor Darul Takzim.
Bangga sekali menyokong pasukan sendiri.
Stadium sentiasa penuh sesak.
Astro Arena pun asyik tayang live jika JDT beraksi.
Pasukan2 lain pun mula berlumba2 nak menandingi JDT.
Betul.
Memang tak boleh nak banding.
Mengurus pasukan bola dengan mengurus negara.
Tetapi semuanya melibatkan pengurusan kewangan.
Jika ditadbir dengan betul,
kita boleh lebih maju dan berdaya saing banding sekarang.

Kenapa aku berUBAH?
Satu soalan yang bagus.
Tapi jawapan2ku tak akan diterima oleh penyokong parti biru.
Wife aku pun tak terima pendapat2 aku.
Aku tak salahkan wife.
Dia bukannya minat politik.
Dia cuma tengok tv3 dan baca Berita Harian setiap Isnin.
Dia takut masa depan anak2 terjejas.
Jadi aku malas nak berbahas panjang2.

Akhirkata.
Parti aku hak aku.
Undi aku hak aku.
Berlainan pendapat itulah demokrasi.
Berlainan parti juga demokrasi.
Hormatilah hak masing2.
Kita masih boleh berkawan.
Kita masih boleh bersahabat.
Kita masih lagi bersaudara.
Kita masih lagi suami isteri.

Selamat memilih kawan-kawan!



12 ulasan:

  1. Dah boleh agak calon mana yg akan diundi ..... ngeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tengok calon juga YB.
      Bukan ikut parti semata2.

      Padam
  2. Bila orang tanya kenapa berubah, tak takut ke? Diorang tak tanya diri sendiri ke..kenapa tak nak ubah? Tak takut ke di bawah monopoli kerajaan yang sama? Kalau biru menang, semakin tinggilah kos sara hidup. Hari nie saja pun segala barang basah di pasar dah naik 2 kali ganda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila orang tanya kenapa ubah?
      Saya akan jawab,
      kenapa tidak?
      Malas nak berbahas2.

      Padam
  3. Doc Zul akan undi di kawasan Felda ke? kalau kawasan tu, susah mereka nak ubah, kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Tradisi tak boleh nak ubah.
      Apatahlagi pakcik dan makcik peneroka,
      hanya tengok tv3 dan baca Utusan sahaja...

      Padam
  4. Generasi ke-2 felda x kan membenarkan...

    BalasPadam
  5. Generasi ke-2 felda x kan membenarkan...

    BalasPadam
  6. Langkah bijak ke hadapan tuan

    BalasPadam
  7. bro felda mana?aku pn org felda gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah sebuah Felda di Kulaijaya.
      Dekat dengan kampung Mawi.

      Padam