Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Selamat bercuti kawan2!



Aku Anak Malaysia. Banggakah aku?

Imej
Immigrants owe govt RM21.67 mil May 22, 2013
The Sabah Royal Commission of Inquiry was told that the cost of medical treatment for immigrants was higher than the RM7.7 million for Malaysians over the same period.
KOTA KINABALU: Foreign nationals owe Sabah hospitals RM21.67 million in medical bills from 2007 to 2012, the Royal Commission Of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in the state heard yesterday. Principal assistant director of health (Communicable Diseases Control), Sabah Health Department, Dr Maria Suleiman said it involved 42,092 foreigners, mostly from the Philippines and Indonesia. The RM21.67 million should have been paid by the foreigners after completing medical treatment in hospitals and clinics but they did not pay when asked. “When the Health Department refered payment to the addresses given, they were not there and they could not be contacted by phone.” The 75th witness said the cost of treatment was higher than the RM7,723,839.23 for Malaysians over the same period…

Aku dan PERMATApintar 2013

Imej
Hari minggu. Bawa anak2 ke klinik. Ambil ujian UKM-1. Program PERMATApintar. Tinggal 12 hari aje lagi. Kenapa buat diklinik? Di klinik guna Streamyx. Lebih stabil banding PortaWiFi di rumah.

Ujian UKM-1 diambil secara online.
Jawab soalan2 IQ dan bahasa.
Lepas ini ada ujian saringan UKM-2 pulak. Kalau lulus kedua2 ujian baru terpilih. Ke perkhemahan cuti sekolah di UKM hujung tahun ini.
Kepada yang tak tahu apa itu program PERMATApintar, sila ke sini untuk cerita2 selanjutnya.
Salam hujung minggu kawan2.


Aku ke Mutiara Motors Service Center

Imej
Pagi hari Jumaat. Aku ke Mutiara Motors Service Center. Servis kereta untuk kali ketiga. Kali pertama dan kedua sangat OK. Tapi kali ini aku tension. Gila punya tension. Rasa nak bakar aje workshop tu.
Pukul 9.30 pagi aku dah sampai. Suasana sunyi dan lengang. Para mekanik sedang duduk baca suratkhabar. Hanya ada satu kereta sedang diservis. Jadi aku rasa sejam siaplah kereta aku. Lagipun cuma tukar minyak hitam aje. Dan check wayar2 juga skru2 yang longgar.
Sementara itu, Aku pergi sarapan dulu. Lepas tu melepak kat showroom di tingkat atas workshop. Tengok motosikal Harley Davidson pelbagai jenis. Juga kereta2 lumba yang dipamerkan. Teringin nak menunggang Harley Davidson tu. Tapi sebijik dah 80 ribu harganya.
Pukul 10.30 staf MM call aku. Aku ingat dah siap. Tapi dia beritahu, Bateri kereta dah nazak. Dicadangkan tukar. Aku tanya kalau aku tukar sendiri tak boleh ke? Mekanik tak galakkan kata kerani tu. Aku pun iyakan sahaja. Sebab bukannya susah nak tukar bateri kan?
Pukul 11.15 …

Aku pun MC hari ini

Imej
Cuti lagi hari ini. Mogok. Malas nak jumpa orang sakit. Sejak pilihanraya sampai semalam, ramai datang klinik untuk MC. Bukan atas sebab2 perubatan. Tapi untuk sakit yang remeh2.
Muka tersenyum simpul. Datang tengah malam sebab senggugut.
Muka baru bangun tidur, Datang petang2 sebab cirit-birit.
Muka sihat walafiat, Datang klinik pagi2 sebab sakit pinggang.
Bila ditanya jawab tak bersungguh. Bila ditanya sungguh2, baru nak buka cerita. Baru balik dari kampung. Penat memandu alasannya.

Ramai sungguh kaki2 MC kat Malaysia ni. Tak kira apa bangsa. Perangai sama sahaja. 1Malaysia. Mereka ingat MC tu hak mereka. Setiap kali datang klinik mesti dapat MC. Tak kira sakit apa. Even kucing kat rumah sakit nak beranak pun, masih berani tanya doktor pasal MC.
Mereka tahu, Pergi klinik kerajaan susah dapat MC. Tunggu sehari suntuk pun dapat time slip aje. Jadi ramai yang ada appointment dengan klinik kerajaan  datang singgah ke klinik aku lepas appointment. Lepas antenatal check up datang klinik. …

Aku dan MMOBILE bangsat

Imej
Aku memang dah banyak kali naik angin dengan CELCOM.
Tapi tak sampai hati nak beralih arah.
Aku memang dah guna CELCOM sejak tahun 1996 lagi.
Kalau kira total bil yang aku pernah bayar kat CELCOM,
juga top up prepaid yang aku pernah beli,
rasanya dah boleh jadi jutawan agaknya.
Wife aku guna Postpaid CELCOM.
Banyak atau sikit bil dia, aku yang kena bayarkan.
Semalam aku tertengok bil wife aku.
Bil CELCOM biasalah.
3-4 helai tebalnya.
Bila mereka nak ringkaskan aku pun tak tahulah.
Aku kenal sangat wife aku.
Dia takkan layan iklan melalui SMS sebegini.
Tapi RM10.30 buta2 mereka charged untuk MMOBILE.
Aku dah try Google MMOBILE keparat ni.
Tapi satu hapa pun takda yang berkaitan.
Rasa nak mencarut dan memaki hamun aje.
Nak komplen bukannya senang.
Aku kena tutup klinik sekerat hari dan drive ke CELCOM ofis kat JB sana.
Kalau nak kira 10 ringgit tu memang tak berbaloi.
Tapi sebagai pengguna, iannya satu penindasan dan sangat tak adil.
Aku takkan bayar bil tu.
Nak kena ke Tribunal Penggu…

Aku dan Hari Ini

Imej
Semalam aku cuti.
Tapi pagi2 lagi dah kena keluar rumah. Banyak urusan tertangguh aku kena buat. Satu daripadanya ialah urusan pertukaran sekolah anak. Gila punya complicated. Gila punya panjang prosedurnya. Padahal nak tukar pusat peperiksaan Darjah Khas sahaja.
Selepas anakku keluar asrama tempohari, sekolah agama pun kena tukar jugak.
Dalam zaman teknologi, IT dan online sebegini,
proses pertukaran sekolah masih di zaman batu lagi.
Mula2 kena pergi ambil borang pertukaran sekolah dulu. Borangnya hanya ada di Pejabat Pendidikan Agama Johor Bahru di Larkin. Padahal borangnya borang photostat sahaja.
Takdalah special sesangat. Lepas isi borang kena bawa ke sekolah agama yang asal. Kena minta autograf gurubesarnya. Disebabkan gurubesar takda,
borang kena tinggalkan di pejabat sekolah.
Bila gurubesar dah siap autograf baru datang ambil.

Bila gurubesar sekolah lama dah autograf,
kena bawa borang ke sekolah agama yang baru,
minta autograf gurubesar sekolah baru pulak.
Bila dia dah autogr…

Aku dan Houseman hari ini

Houseman caught impersonating police, attempting robbery
MAY 13, 2013 IPOH, May 13 — A houseman, masquerading as a policeman by wearing a transparent vest with the rank of an ASP and a toy pistol tucked in his waist, was nabbed by police when he tried to rob a trader, here, early yesterday. Ipoh police chief, ACP Sum Chang Keong said other than the doctor, aged 26, of Semenyih, Selangor, police also detained three of his friends, aged between 24 and 21, from here. “In the incident at 4.25am, the first suspect who was driving his silver Mercedez-Benz with three college students onboard, blocked a car driven by the victim, aged 30, in Jalan Datuk Onn Jaafar,” he told reporters, here, today. The first suspect opened the front door of the victim’s car to punch him on the chest and claiming to be a “CID police” personnel by showing his alleged “authority” card and flaunting his “pistol”.T He said the first suspect demanded RM350 from the trader to “settle” or be taken to the Sungai Senam Police …

Aku dan Chinese Tsunami?

Imej
Pagi 6 Mei.
Pemimpin2 parti pemerintah mula melatah.
Mereka tak puashati dengan kemenangan mereka.
Orang-orang Cina yang paling disalahkannya.
Chinese Tsunami kata mereka.
Cina semuanya menyokong parti rasis.
Cina tak tahu diuntung.
Cina tak mengenang budi.
Cina nak jadi perdana menteri.
Cina nak hapuskan raja2 Melayu.
Cina nak hapuskan keistimewaan orang2 Melayu.
Negara akan dikristiankan.
Azan akan diharamkan.
Ramai yang share benda2 mengarut2 kat FB.
Email 10 tahun dulu pasal rancangan jahat orang Cina diulang semula.
Ramai yang percaya.
Ramai yang takut.
Maka penyokong2 parti pembangkang yang menjadi mangsa.
Melayu mudah lupa!
Melayu tak sedar diri!
Melayu mudah diperbodohkan!
Melayu buta!

Pagi 6 Mei.
Pemimpin parti2 pemerintah.
Mereka masih lagi egois dan sombong.
Masing2 asyik menyalahkan orang lain.
Masing2 asyik menyalahkan para pengundi.
Hanya beberapa kerat yang mengaku kelemahan diri.
Pengundi dah tertipu oleh pembangkang.
Pengundi terperdaya dengan janji2 manis pembangkang.

Aku dan Lawak Hari Jumaat

Imej
Ayat-ayat power Karam Singh Walia
-by nadhir

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan didalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21…

Aku dan 5.5.13

Imej
Hari minggu 5 Mei.
Hari membuang undi.
Walaupun aku dah lama berpindah ke bandar,
walaupun aku dah beberapa kali tukar alamat rumah di bandar,
setiap kali waktu mengundi,
aku masih balik ke kampung emak bapakku.
Aku mengundi di sekolah rendah tempat ku belajar,
wife juga mengundi di sekolah rendah tempatnya belajar.
Entah bila nak tukar tak tahulah.
Aku lebih mudah memilih calon dikalangan bangsa sendiri.

Pukul 7.45 pagi,
wife aku dah pergi ke pusat membuang undi.
Satu jam kemudian dia dah balik.
Tapi aku,
pukul 10 pagi aku baru nak pergi mengundi.
Aku bawa bapakku sekali.
Mula2 aku uruskan bapakku dulu.
Urusan warga tua untuk mengundi tak susah.
Barisannya tak panjang.
Lagipun ramai yang nak membantu.
Crutches, walking frames, wheelchairs semuanya disediakan.
Tak sampai 1/2 jam bapakku dah siap mengundi.
Aku tengok barisan di saluran 3 masih sangat panjang.
Jadi aku balik ke rumah dulu.


Pukul 11 aku datang kembali.
Nak tak nak kena beratur jugak.
Sejam juga nak tunggu giliran.
Aku ra…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Takda mood nak menulis. Mood selepas pilihanraya. Tengoklah seminggu dua lagi.


Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Cuti hari ini.
Mencuba apps baru di iPhone.
Instafood.
Selamat Hari Buruh kawan2!