Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Mei 2013

Aku dan 5.5.13

Hari minggu 5 Mei.
Hari membuang undi.
Walaupun aku dah lama berpindah ke bandar,
walaupun aku dah beberapa kali tukar alamat rumah di bandar,
setiap kali waktu mengundi,
aku masih balik ke kampung emak bapakku.
Aku mengundi di sekolah rendah tempat ku belajar,
wife juga mengundi di sekolah rendah tempatnya belajar.
Entah bila nak tukar tak tahulah.
Aku lebih mudah memilih calon dikalangan bangsa sendiri.

Pukul 7.45 pagi,
wife aku dah pergi ke pusat membuang undi.
Satu jam kemudian dia dah balik.
Tapi aku,
pukul 10 pagi aku baru nak pergi mengundi.
Aku bawa bapakku sekali.
Mula2 aku uruskan bapakku dulu.
Urusan warga tua untuk mengundi tak susah.
Barisannya tak panjang.
Lagipun ramai yang nak membantu.
Crutches, walking frames, wheelchairs semuanya disediakan.
Tak sampai 1/2 jam bapakku dah siap mengundi.
Aku tengok barisan di saluran 3 masih sangat panjang.
Jadi aku balik ke rumah dulu.


Pukul 11 aku datang kembali.
Nak tak nak kena beratur jugak.
Sejam juga nak tunggu giliran.
Aku rasa pilihanraya kali ini paling meriah.
Pilihanraya dah jadi macam pagi hari raya.
Ramai kawan2 lama yang aku jumpa.
Walaupun masing2 dah keluar daripada Felda,
bila mengundi mereka masih pulang ke kampung.

Saluran 3
Pukul 12 tengahari.
Baru tiba giliranku.
Selepas aje tunai tanggungjawab,
hujan turun dengan lebat.
Kesian orang2 yang berbaris dibelakangku.
Ramai yang sanggup terus berbaris walaupun hujan.
Kagum sungguh dengan semangat rakyat Malaysia.

Selesai menunaikan tanggungjawab
Selepas selesai mengundi aku terus balik ke bandar.
Bawa anak2 tengok Ironman 3 untuk kali kedua.
Hilang sedikit kerisauan sementara menunggu keputusan.
Pukul 9 malam aku dah duduk depan tv.
TV1, TV3, TV9, NTV7, Astro Awani.
Tengok keputusan pilihanraya sambil dengan analisis profesor2 kangkung.
Pelik juga.
Gila punya lambat tv nak keluar keputusan rasmi.
Kat FB macam2 cerita aku boleh baca.
Macam2 spekulasi keluar.
Tapi hampir semuanya tak boleh pakai.
Kebanyakan tv hanya tunjuk kemenangan BN dan DAP sahaja.
Keputusan kerusi2 panas juga kekalahan2 mengejutkan tidak ditunjuk sangat.
Propaganda kerajaan masih berterusan.
Lepas pukul 12 aku tutup tv.
Layan keputusan kat internet lagi baik.

Jumpa di E-Books IOI Mall

Pukul 1:45 pagi,
Kerajaan yang baru selamat ditubuhkan.
BN menang dalam kalah.
Pakatan kalah dalam menang.
BN masih lagi mengekalkan kuasa.
PAS masih berkuasa di Kelantan,
DAP di Pulau Pinang,
PKR di Selangor.

Dakwat tak kekal selepas 24 jam

Bangun pagi Isnin semua kebingungan.
Sekolah ke tidak hari ini?
Cuti am ke tidak hari ini?
Statement kemenangan Najib yang lagi membingungkan.
Chinese Tsunami?
Slogan 1Malaysia yang dilaung2kannya,
terus hilang tiada nilainya.
Kenapa sentimen rasis dibesar2kan?
Momokan rasis diteruskan oleh suratkhabar2 utama.
Aku terdiam tak tahu nak kata apa.
Kanan kiri depan belakang seolah menikamku.
Membelakangkan BN menjadi kesalahan besar.
Menyokong pembangkang menjadi kesalahan besar.
Inikah namanya demokrasi?
Inikah namanya kebebasan memilih?

Klinik penuh sesak sepanjang hari Isnin.
Alasan mengundi digunakan untuk nak cuti sakit.
Macamanalah negara nak maju?
Nak diceramah semuanya dah tua2.
Nak dimarah semuanya dah akil baligh.

Bersambung...


3 ulasan:

  1. Part ini yang saya paling suka & setuju:

    "Klinik penuh sesak sepanjang hari Isnin.
    Alasan mengundi digunakan untuk nak cuti sakit.
    Macamanalah negara nak maju?
    Nak diceramah semuanya dah tua2.
    Nak dimarah semuanya dah akil baligh."

    - sibuk kondem pemimpin korup, makan wang haram, tak komited, bla bla bla..tapi diri sendiri? Pemalas. Sampai kiamat la tak maju, dan sibuk salahkan orang lain.

    BalasPadam
  2. Saya tunggu hingga pagi. Langsung tiada keputusan rasmi. Dalam berita pagi Isnin baru ada kenyataan rasmi, tapi tiada pengumuman cuti. Saya rasa yang sama juga dengan Doc.

    BalasPadam
  3. saya tido awal, malas nak dgr profesor ngangkung membebel, bgn pagi buka fb rasa kecewa amat, bersiap2 nak gi keje, ada org sms ckp cuti am, tetiba kul 730 ada lagi mesej ckp tak cuti pulak. akhirnya sampai lambat tempat keje..huhu mcm2....

    BalasPadam