Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mei 2013

Aku dan Chinese Tsunami?

PRU 13: Kesimpulan
Pagi 6 Mei.
Pemimpin2 parti pemerintah mula melatah.
Mereka tak puashati dengan kemenangan mereka.
Orang-orang Cina yang paling disalahkannya.
Chinese Tsunami kata mereka.
Cina semuanya menyokong parti rasis.
Cina tak tahu diuntung.
Cina tak mengenang budi.
Cina nak jadi perdana menteri.
Cina nak hapuskan raja2 Melayu.
Cina nak hapuskan keistimewaan orang2 Melayu.
Negara akan dikristiankan.
Azan akan diharamkan.
Ramai yang share benda2 mengarut2 kat FB.
Email 10 tahun dulu pasal rancangan jahat orang Cina diulang semula.
Ramai yang percaya.
Ramai yang takut.
Maka penyokong2 parti pembangkang yang menjadi mangsa.
Melayu mudah lupa!
Melayu tak sedar diri!
Melayu mudah diperbodohkan!
Melayu buta!

Pagi 6 Mei.
Pemimpin parti2 pemerintah.
Mereka masih lagi egois dan sombong.
Masing2 asyik menyalahkan orang lain.
Masing2 asyik menyalahkan para pengundi.
Hanya beberapa kerat yang mengaku kelemahan diri.
Pengundi dah tertipu oleh pembangkang.
Pengundi terperdaya dengan janji2 manis pembangkang.
Pengundi2 masih lagi bodoh dan kurang pelajaran.
Mudah sangat tertipu dan terperdaya.
Padahal pengundi2 yang menyokong pembangkang,
adalah penduduk2 di bandar yang berpelajaran.
Tak logik akal kalau memikirkannya.
Pengundi2 di kampung2 juga di Sabah/Sarawak mungkinlah.
Mereka kurang berinternet.
Mereka jarang berFB dan bertwitter.
Tapi mereka menyokong parti pemerintah.
Jadi siapa yang tertipu?

Pemimpin2 pemerintah.
Tolonglah.
Bukalah mata.
Bukalah hati.
Muhasabahlah diri.
Hormatilah keputusan pengundi.
Carilah sebab kenapa pengundi berUBAH hati.
Carilah penawar dan ubat menghilangkan benci mereka.
Ini bukan isu perkauman.
Ini bukan isu hudud.
Ini bukan isu siapa pandai siapa bodoh.
Ini bukan isu siapa tipu dan siapa yang tertipu.
Rakyat benci pemimpin yang rasuah.
Rakyat benci pemimpin yang boros.
Rakyat benci pemimpin yang mengutamakan kroni.
Rakyat benci pemimpin yang terlalu bermewah2.
Kehidupan rakyat semakin terhimpit.
Nilai wang semakin kecil.
Kos sara hidup bertambah.
Kadar jenayah semakin meningkat.
Apa yang kerajaan buat?
Memperkenalkan pelbagai slogan,
juga one-off payment.
Ibarat kanak2 diberi gula-gula sahaja.
Orang2 kampung bolehlah dibeli dengan wang ringgit,
tapi orang2 bandar?
Apalah nilai 500 ringgit di mata mereka sekarang?
Rakyat diberi 500 ringgit seorang,
mereka mengambil berjuta2.
Adilkah itu?
Malah aku langsung tak layak dapat 500 ringgit tu.
Setiap cukup bulan kena bayar income tax lagi.

Pagi 6 Mei.
Walaupun menguasai media2 utama.
Walaupun dibantu oleh jentera2 kerajaan.
Walaupun membeli iklan2 tak boleh skip di YouTube.
Walaupun membeli papan2 iklan besar gedabak di tepi2 lebuhraya.
Walaupun dibantu oleh pekerja2 SPR.
Parti pemerintah hanya menang majoriti mudah.
Kalau tiada undi Sabah dan Sarawak,
parti pemerintah pasti kecundang.
Sebab itu tiada tindakan keatas KM Sabah dan Sarawak.
Macam2 bukti rasuah dah ditunjukkan,
tetapi satu kertas siasatan pun tak dibuka.
Sebab parti pemerintah tahu,
tanpa undi mereka,
mampuslah parti pemerintah.

Pagi 6 Mei.
Pemimpin parti pembangkang pun melatah jugak.
Keputusan pilihanraya sukar untuk diterima.
Mereka mendapat 52% undi popular.
Pemerintah hanya mendapat 48% undi popular.
Tapi pemerintah yang diisytiharkan pemenang.
SPR sangat berat sebelah kata mereka.
Dakwat kekal sekali basuh dah tanggal.
Pengundi2 Bangla dibawa masuk.
Peti2 undi dilarikan.
Kaedah Earth Hour diguna semasa pengiraan undi.
Bukti2 bergambar penuh di FB.
Tapi SPR kata itu bukan bukti.
Itu hanyalah lakonan semula.

Dua hari lepas.
Perhimpunan aman diadakan di Kelana Jaya.
Walaupun hujan,
hampir 100 000 orang menghadirinya.
Liputan penuh oleh media luar negara.
Tapi hampir tiada langsung berita di media tempatan.
Yang diceritakan cuma ugutan untuk tangkapan.
Menghasut rakyat membenci kerajaan.
Aku tak berapa sokong perhimpunan seperti ini.
Buang masa, tenaga dan wang ringgit.
Tetapi apa pilihan yang pembangkang ada?
Perbicaraan di kamar mahkamah Malaysia?

Pemimpin2 pembangkang.
Cukup2lah berpolitik.
Cukup2lah nak berdrama.
Aku dah bosan dan muak dengan politik.
Mulakan persiapan untuk 5 tahun akan datang.
Dampingilah rakyat.
Terutamanya masyarakat dikampung2.
InsyaAllah,
jika keadaan masih tak berubah,
kemenangan mutlak adalah milik anda.

Black Monday?
Aku dah buntu.
Apa nak jadi dengan negara kita.
Aku risaukan masa depan anak2 dan cucu2ku nanti.
Negara ini sepatutnya semakin maju.
Tapi minda rakyat masih dikongkong.
Rakyat masih lagi dimomokkan.
Isu2 perkauman masih dibesar2kan.
Isu2 ekonomi, rasuah dan kronisma cuba disorokkan.
Ada yang beri pendapat kepadaku.
Rakyat Sabah/Sarawak/pendalaman masih dibiarkan mundur.
Supaya mereka sentiasa terhutang budi dengan kerajaan.
Supaya mereka sentiasa mengharap bantuan kerajaan.
Supaya mereka sentiasa memangkah parti pemerintah.

Aku seorang Melayu.
Aku warganegara Malaysia.
Dan aku sangat sayangkan negaraku.


7 ulasan:

  1. ada pendapat, perhimpunan pembangkang tu sememangnya anwar pun tahu tak akan mengubah apa2 keputusan, namun ia cuba membuktikan bahawa anwar tidak berdiri seorang, tetapi ketidakpuasan itu datangnya dari segenap pelusuk rakyat marhaein.....dan najib, walaupun menang, hakikatnya dia kalah besar, kalau zaman Paklah dulu, Tun M dah suruh step down, tp itu najib mana nak step down....

    Dan yang paling best, najib yang memulakan isu perkauman dan sentimen chinese tsunami itu tidak dikenakan apa2 tindakan pulak...huh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pendapat.
      Boleh buat point untuk berdebat dgn kawan2.

      Padam
  2. Saya sangsi, masih adakah lagi politik yang bersih dan suci hatinya...?

    Kalaupun tidak sesempurna zaman Rasulullah, tetapi at least separuh dari itu pun mungkin boleh beri keyakinan pada rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak kenal pasti.
      Kebykan politician berjuang utk poket sendiri.
      UMNO,
      PKR,
      PAS.
      Sama sahaja.

      Padam
    2. BN ,PKR, PAS sama sahaja? namun sebagai rakyat malaysia yang terpaksa memilih apa pilihan yang kita ada, antara 3 parti besar itu siapa yg lebih kurang buruk dari yang buruk. rakyat malaysia bukannya mintak rumah pecuma, kereta percuma, mintak wang tiap tiap bulan, tapi cukuplah dapat kerajaan yang dapat mengurangkan sedikit beban rakyat, turunkan harga tol kalaupun tanak hapus, turunkan harga minyak (ibu segala kenaikan barang) takkan itupun kerajaan yg kaya raya ni tak boleh lakukan, kita asyik dimomokkan dengan isu negara bangkrup, tapi pemimpin kroni semua hidup senang. kita tidak mencari kerajaan yang perfect sebab memang tidak ada, tapi kita mencari kerajaan yg mengambil tahu kesusahan rakyatnya..

      Padam
  3. seperti tuan doktor..saya juga risaukan masa depan anak cucu saya...sedang spatutnya kita merasa bangga dengan pencapaian negara tp malangnya hari berganti hari tidak pernah sehari pun saya rasa berbaloi menonton televisyen...saya jelek dipertontonkan dengan keburukan lawan hanya kerna untuk menutup kelemahan sendiri.....dimomok api perkauman...dia manusia kita juga manusia ..itu bukan kerja kita yg menilai ..itu kerja Tuhan...di keheningan malam ini saya terfikir..apakah nilai nota RM50 di mata mereka? adakah masih sama dengan nilai nota RM saya? atau hanya bernilai sen 5 sehaja di mata mereka??? kecewa!Walaupun begitu saya masih bersyukur dengan keputusan saya menukar alamat Selangor untuk mempertahankan negeri yang saya cintai ini..sayangnya kampung halaman saya masih hanyut dibuai mimpi indah dek kerana suapan demi suapan yang bersifat sementara...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Tengok berita di tv sangat memualkan.
      Berita tv Alhijrah pun cerita politik jugak.

      Saya kagum dengan rakyat Selangor.
      Tak termakan dek hasutan.


      Padam