Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mei 2013

Aku dan Hari Ini

Semalam aku cuti.
Tapi pagi2 lagi dah kena keluar rumah.
Banyak urusan tertangguh aku kena buat.
Satu daripadanya ialah urusan pertukaran sekolah anak.
Gila punya complicated.
Gila punya panjang prosedurnya.
Padahal nak tukar pusat peperiksaan Darjah Khas sahaja.

Selepas anakku keluar asrama tempohari,
sekolah agama pun kena tukar jugak.
Dalam zaman teknologi, IT dan online sebegini,
proses pertukaran sekolah masih di zaman batu lagi.

Mula2 kena pergi ambil borang pertukaran sekolah dulu.
Borangnya hanya ada di Pejabat Pendidikan Agama Johor Bahru di Larkin.
Padahal borangnya borang photostat sahaja.
Takdalah special sesangat.
Lepas isi borang kena bawa ke sekolah agama yang asal.
Kena minta autograf gurubesarnya.
Disebabkan gurubesar takda,
borang kena tinggalkan di pejabat sekolah.
Bila gurubesar dah siap autograf baru datang ambil.


Bila gurubesar sekolah lama dah autograf,
kena bawa borang ke sekolah agama yang baru,
minta autograf gurubesar sekolah baru pulak.
Bila dia dah autograf,
bawa ke pejabat pendidikan agama daerah pulak.
Dapatkan autografnya pulak.


Bila dah dapat semua tandatangan/chop mohor,
bawa borang 5 salinan itu ke Unit Peperiksaan,
Bahagian Pendidikan Agama,
Majlis Agama Negeri Johor.
Bila dah disahkan, borang2 itu dibahagi2kan.
Barulah selesai prosesnya.
Semuanya memakan masa lebih 2 minggu.
Bil telefon, duit minyak, duit tol,
juga kena saman parking dengan MPJB.
Semuanya lebih 100 ringgit.


Ramai yang bertanya,
kenapalah susah2 nak keluarkan anak daripada asrama?
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulinya"
meminjam ayat Zul Kapan Rock Ooo.
Tetapi inilah antara kesusahan yang ibubapa perlu hadapi.
Demi nak menyekolahkan anak.
Kenapalah prosedurnya tak dipermudah?
Kenapalah tak guna sistem online?
Zaman dah moden,
sepatutnya klik aje kat skrin komputer.
Kan senang cerita.
Ini kena ke sana ke sini,
telefon sana telefon sini,
tanya pegawai ada kat pejabat ke tidak,
tanya borang dah diautograf ke belum,
tanya borang dah boleh diambil ke belum.
Aku tengok bangunan Majlis Agama sangatlah cantik,
luar dan dalam.
Pegawai2nya ramai yang bersembang daripada bekerja.
Tetapi kenapa sistemnya tak diupgrade?
Bulan2 berjuta zakat dikumpul.
Bulan2 zakat aku bayar.
Tapi begini juga nasib aku.

Ini belum lagi cerita prosedur nak keluar SBP.
Cerita 1001 malam pun tak habis.

Kesimpulannya,
aku dan wife dah taubat.
Jangan sibuk2 nak masukkan anak ke sekolah asrama lagi.
Terutama jika anak tak pernah duduk berasingan.
Terutama jika anak tak pernah basuh kasut sekolah.
Terutama jika kelengkapan dah cukup di rumah.
Tunggulah naik Tingkatan Empat esok.


14 ulasan:

  1. Yes, mmg susah nak masuk SBP dan nak keluar pun susah. Nak keluar siap kena sound lagi, nnt dorang blacklist anak. Macam siot je bahasa. So, anak tak jadi keluar dan alhamdulillah, anak pun dah ok dlm asrama.

    Cuma, mmg prosedur leceh. Macam anak sulung aku nak masuk SMK Victoria. Proses perpindahan melibatkan daerah Selangor dan Wilayah. Berapa kali naik turun PPD Selangor & PPD Wilayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dah taubat Taz.
      Serik dah uruskan hal anak.

      Padam
    2. Yes, aku pun tak paham prosedur2 kenapa lain2. basicnya sama, tapi cara dorang melaksanakan hinggakan menyusahkan ibubapa. Apply pun online, sepatutnya semua urusan pun online. Itu pun secara tak sengaja aku check online sbb dah lama apply, tiba2 tgk nama dah ada. Kelam kabut jadinya. Mintak alamat emel bagai, tapi tak hntr pun emel. Nnt kalau tak perasan, dituduhnya tak berminat.

      Padam
  2. Hahahahahahha....sembang2? Dalam bangunan cantik? Hahahahahha...standaarddddd!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layanan diberi memang bagus.
      Cepat dan pantas.
      Tapi prosedurnya tu...
      Banyak sangat red tape.

      Padam
  3. insyaAllah adalah rahmat disebalik semuanye tuuu., muger2 anak abg doc tu faham dan jadi anak yg soleh dan cemerlang dlm bidang yg dceburinye nnti tuu...aminnn

    BalasPadam
  4. Assalam Doc, anak bujang yg mana tak tahan duk asrama hehehe anak manja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan anak bujang.
      Anak dara.
      Satu2nya anak dara saya.
      Memang manja budaknya.

      Padam
  5. pernah merasa juga pengalaman tu doktor..siap orang tu cakap..orang lain menangis2 nak masukkan anak sekolah asrama..cik nangis2 nak keluarkana nak dari asrama..padahal tak de pun menangis masa tu..satu haru suntuk..dari pagi sampai petang Alhamdulillah seleasi urusan terus bawaka anak balik...tu masa masuk ting,1..dah tingkatan 4 dulu.dia yang mintak sendiri..sebab maknya dah tak nak hantar keasrama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita yang hari2 ngadap,
      kita yang merasa bebanannya.

      Bagi mereka,
      bagi Pengetua,
      bagi guru2,
      bagi warden,
      semuanya biasa.
      Biasa, biasa , biasa.
      Jawapan sangat standard.

      Tapi kita yang ngadap,
      rasa sangat luar biasa.
      Anak jadi hilang hormat kat ibubapa.
      Tuhan pun dimarahnya juga.

      Padam
  6. Saya akan ingat cerita Doc Zoul ni....
    Bila tiba masanya nanti, kalau, anak anak saya 'dapat tawaran ke asrama' :)

    red tape ni mmg menyusahkan..
    padahal kata zaman IT..
    dah la nak jumpa Pengetua tu, kadangkala dah macam nak buat appointment jumpa Menteri Besar susahnya! haha

    BalasPadam
  7. Wak, aku dah kena dulu lagi. Bila masuk asrama dah tak boleh sambung sekolah agama ke darjah khas... Memang tak ada improvement langsung pejabat diorang ni. Bila pindah Johor anak aku masuk sekolah agama swasta lagi senang

    BalasPadam
  8. As salam,
    Pengalaman urusan tukar sekolah anak memang merumitkan.
    Sek.keb. oklah juga...urusan di sekolah agama, alahai...nak cerita pun sakit kepala. Susahnya tu macam nak berhentikan anak sekolah jer...
    Apa2 pun, anak saya masih dalam proses menyesuaikan diri.dr kedah ke johor.banyak bezanya...

    BalasPadam