Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Jun 2013

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri 2)


Pukul 6 pagi.
Jeti dah mula dipenuhi manusia.
Perjalanan pertama feri ialah jam 7:15 pagi.
Bas2 persiaran dah beratur menurunkan penumpang.
Ada sebuah masjid baru di sebelah jeti.
Masjid tercantik pernah aku jumpa.
Karpetnya tebal.
Aircond diseluruh ruang sembahyang.


Feri aku dijadualkan bertolak jam 8:15 pagi.
Tapi memandangkan penumpang ramai,
Proses mencari tempat duduk mengambil masa lebih lama.
8:40 pagi barulah feri meninggalkan jeti.
Lalu aku menghantar SMS kepada tuanpunya kereta sewa.
Dah 2 minggu aku booked kereta untuk kegunaan semasa di sana.
Jadi taklah susah2 nak cari kereta sewa bila tiba nanti.
Walaupun banyak ulat2 di sana- sini,
Ada yang kata booked awal2 lebih terjamin.


Pukul 9:30 pagi,
Aku selamat tiba di Jeti Kuah.
Kali kedua sampai sini selepas kira2 20 tahun.
Segala2nya dah berubah.
Aku dah tak ingat langsung keadaan 20 tahun dulu.


Keluar daripada jeti,
Kereta sewa aku dah menunggu.
Maka dengan lafaz Bismillah,
Aku memulakan penjelajahanku.
Lokasi wajib yang ada dalam senarai,
Underwater World Langkawi.

Bersambung.

4 ulasan:

  1. Ok....warm up yer Doc...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terakhir sekitar tahun 1993.
      Masa tu 3rd year di UM.
      Singgah di Langkawi masa buat Rural Health Service di Balik Pulau.
      1 Mei saya datang.
      Tanpa booking apa2.
      Hampir tidur tepi laut.
      Sebab hotel semua penuh.

      Padam
  3. Perghhhhhh 20 thn? Lots of changes.

    BalasPadam