Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Jun 2013

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri 1)


Hari Isnin 28 Mei 2013.
Pukul 11:00 malam.
Aku memulakan penjelajahanku.
Memandu kereta secara solo.
Kulaijaya menuju Kuala Perlis.
Memandu 800 km semalaman.
Banyak cabarannya.
Mengantuk nombor satu.
Dan dua, 
serangga berani mati dicermin depan.
Mengganggu pemandangan.
Tapi jalan sangat lengang.
Boleh bawa selaju mungkin.
Sebab tak takut speed trap.


Pukul 2:30 pagi tiba di KL.
Pukul 5:00 pagi di Ipoh.
Pukul 10:00 pagi di Bukit Kayu Hitam.
Pukul 12:00 tengahari di Padang Besar.
Pukul 3:00 petang baru tiba di Kuala Perlis.
Singgahlah dulu kat mana2 yang patut.


Pemandangan di kiri kanan jalan,
Sekitar Kedah dan Perlis sangat cantik.
Aku kagum dengan ciptaan Tuhan.
Sangat-sangat kagum.
Pemandangan kehijauan bumi Tuhan.
Hilang rasa penat semalaman memandu.

Kali terakhir aku sampai ke sini.
Sekitar tahun 90-an.
Bersama kawan2 sekuliah.
Dan selepas hampir 20 tahun.
Aku mengulanginya semula.
Semuanya terasa sangat berbeza dah.
Cuma Bukit Kayu Hitam masih sama.
Kedai Zon Bebas Cukainya masih seperti dulu.
Tiada apa2 untuk dilihat atau dibeli.


Atas cadangan saudara,
Aku menginap di hotel betul2 depan jeti Kuala Perlis. 
Jalan kaki 2 minit dah sampai dah. 
Kereta aku parking dibelakang hotel.
Ada ruang berbumbung boleh disewa. 
15 ringgit untuk sehari. 

Tiket feri ke Langkawi boleh dibeli awal.
Sehari sebelum perjalanan.
Perjalanan setiap satu jam hingga lewat petang.
Tapi bergantung kepada bilangan penumpang.
Semakin ramai penumpang,
Makin lambatlah perjalanan.
Urusan naik turun penumpang tidak dikira dalam jadual.
Perjalanan sejauh 43km,
Mengambil masa hampir sejam.
Ferinya sangat selesa.
Lengkap dengan kemudahan.
Cuma Nasi Lemak Pak Naseer tiada dijual.


Malam di Kuala Perlis.
Makan seafood di tepi laut.
Berderet kedai untuk dipilih.
Guna Foursquare pun boleh.
Tapi aku ikut petua lama.
Kalau nampak kedai tu penuh,
Itulah kedai pilihanku.

Esok pagi2 aku akan bertolak ke Langkawi.
Memulakan penjelajahan selama 3 hari 2 malam.
Perancangan sudah ada dalam kepala.
Tapi Tuhan yang menentukan.


Bersambung...

3 ulasan:

  1. Nak bersihkan serangga mati yg melekat kat bumper depan/side mirror tu yang leceh kan...hahaha..

    Bagus ada parking berbumbung tu..
    Rasa safe sikit tinggalkan kereta

    BalasPadam
  2. Yeayy...Doc gie Langkawi!

    BalasPadam
  3. Pemanduan solo yg jauh. Tahniah.

    BalasPadam