Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mei 2013

Aku ke Mutiara Motors Service Center



Pagi hari Jumaat.
Aku ke Mutiara Motors Service Center.
Servis kereta untuk kali ketiga.
Kali pertama dan kedua sangat OK.
Tapi kali ini aku tension.
Gila punya tension.
Rasa nak bakar aje workshop tu.

Pukul 9.30 pagi aku dah sampai.
Suasana sunyi dan lengang.
Para mekanik sedang duduk baca suratkhabar.
Hanya ada satu kereta sedang diservis.
Jadi aku rasa sejam siaplah kereta aku.
Lagipun cuma tukar minyak hitam aje.
Dan check wayar2 juga skru2 yang longgar.

Sementara itu,
Aku pergi sarapan dulu.
Lepas tu melepak kat showroom di tingkat atas workshop.
Tengok motosikal Harley Davidson pelbagai jenis.
Juga kereta2 lumba yang dipamerkan.
Teringin nak menunggang Harley Davidson tu.
Tapi sebijik dah 80 ribu harganya.

Pukul 10.30 staf MM call aku.
Aku ingat dah siap.
Tapi dia beritahu,
Bateri kereta dah nazak.
Dicadangkan tukar.
Aku tanya kalau aku tukar sendiri tak boleh ke?
Mekanik tak galakkan kata kerani tu.
Aku pun iyakan sahaja.
Sebab bukannya susah nak tukar bateri kan?

Pukul 11.15 pagi.
Kereta aku masih tak siap lagi.
Rupa2nya bateri kena order kat supplier.
Kena tunggu dispatcher hantar.
Pukul 11.30 bateri pun sampai.
Tapi lepas tu senyap sahaja.
Bila ditanya baru aku dapat tahu.
Dispatcher dah salah hantar bateri.
Kena tunggu lagi.

Sampai 12.30 tengahari.
Habis semua majalah kat lounge aku baca.
Siaran tv pun dah makin bosan.
Kereta aku masih tak siap lagi.
Kerani2 kat kaunter dah tak berani tengok aku.
Masing2 tunduk sambil berSMS.
Mekaniknya pun dah nyorok dibalik kereta.

Semua sekali aku bahasakan.
Masing2 tak nak mengaku salah.
Pukul 1 tengahari hari Jumaat.
Baru selesai semuanya.
3 jam setengah masa terbuang.
Ingat ambik MC boleh duduk rumah diam2.
Rupa2nya kena temberang dengan staf MM.
Kalau mula2 dulu aku beri markah penuh,
kali ini semuanya failed.
Nak beri markah kesian pun tak boleh. 
Sebab bila aku checked,
taklah special sesangat baterinya.
Sama brand macam bateri kereta aku yang lagi satu.
Lepas tu satu skru tak dipasang,
dan satu lagi klip dah patah.
Dan aku kena bayar extra 20 ringgit untuk bateri itu.

Malang sungguh nasib aku minggu ini.
Salam berhujung minggu kawan2!



3 ulasan:

  1. Kalau servis kat luar, tak boleh ke bro? berapa lama MM bagi warranty utk recon cars dia?

    BalasPadam
  2. Ishh....memang tension kalau macam tu...

    BalasPadam
  3. Tajang je len kali. X reti nk communicate agaknya!

    BalasPadam