Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Mei 2013

Aku pun MC hari ini

Cuti lagi hari ini.
Mogok.
Malas nak jumpa orang sakit.
Sejak pilihanraya sampai semalam,
ramai datang klinik untuk MC.
Bukan atas sebab2 perubatan.
Tapi untuk sakit yang remeh2.

Muka tersenyum simpul.
Datang tengah malam sebab senggugut.

Muka baru bangun tidur,
Datang petang2 sebab cirit-birit.

Muka sihat walafiat,
Datang klinik pagi2 sebab sakit pinggang.

Bila ditanya jawab tak bersungguh.
Bila ditanya sungguh2,
baru nak buka cerita.
Baru balik dari kampung.
Penat memandu alasannya.


Ramai sungguh kaki2 MC kat Malaysia ni.
Tak kira apa bangsa.
Perangai sama sahaja.
1Malaysia.
Mereka ingat MC tu hak mereka.
Setiap kali datang klinik mesti dapat MC.
Tak kira sakit apa.
Even kucing kat rumah sakit nak beranak pun,
masih berani tanya doktor pasal MC.

Mereka tahu,
Pergi klinik kerajaan susah dapat MC.
Tunggu sehari suntuk pun dapat time slip aje.
Jadi ramai yang ada appointment dengan klinik kerajaan 
datang singgah ke klinik aku lepas appointment.
Lepas antenatal check up datang klinik.
Lepas ambil ubat darah tinggi singgah klinik.
Lepas appointment ultrasound singgah klinik.
"Cuti tahun dah habis."
"Sayang nak ambik cuti tahun."
"Cuti tahun nak kumpul."
Kalau klinik kerajaan tak beri MC,
Mereka tak berani bising2.
Tapi mentang2 mereka bayar bila jumpa aku,
berani bising2 kalau tak dapat MC?
Ingat duit mereka besar sangat agaknya?
Ingat aku kebulur sangat dengan duit dia?

Ada juga yang bawa anak sakit ke klinik.
Demam biasa2 aje.
Tapi emak bapak yang sibuk nak MC.
Nak jaga anak katanya.
Bagi surat akuan tak nak.
Nanti elaun kena potong.

Mamat2 Bangla dan Nepal lagi dahsyat.
Hidup mati mesti dapatkan MC.
Merayu2 sampai berair mata.
" No MC allowance cutting."
" No MC 200 ringgit cut."

17 tahun jadi doktor.
Aku dah lali dengan semua ini.
Ibarat kata,
"Sekilas riak ikan di air,
Aku dah tahu jantan ke betina."
Doktor juga manusia biasa.
Doktor juga ada pasang surutnya.
Doktor juga ada perasaan.
Doktor juga ada pertimbangan.
Jadi faham2lah.
Dulu aku rajin juga bertekak dengan pesakit.
Dulu aku rajin juga bergaduh dengan pesakit.
Tapi sekarang dah malas.

Aku tak takut kehilangan pesakit.
Aku tak takut kehilangan pendapatan.
Rezeki aku Allah yang beri.
Rezeki aku bukannya menjual MC.
Jadi beberapa hari ni aku moody.
Perasaan bengang dah tahap melampau.
Petang semalam aku tak masuk klinik.
Hari ini pun sama.
Aku malas nak fikir.
Aku malas nak tengok pesakit.
Aku tak nak buat apa2 hari ini.
Aku pun MC hari ini.

4 ulasan:

  1. kikiki....padan muka patient yang beratur nak dapatkan mc, sekali tgk doktornya pun takde....
    pstt...kalau kat klinik kami, dtg cek ngandung memang kami tak kasi mc pun, kecuali kes2 tertentu, atau dia mmg sakit pada hari tersebut. kalau setakat cek, bukannya sakit pun, mengandung kan atas pilihan sendiri...even staff kami or Dr Kk pegi cek kat hospital pun kena amik cuti tahun sendiri...so tak logik kami nak bagi kat patient mc ...:)..kalau anak sakit lagi lah tak logik nak minta mc...even anak i masuk spital pun amik cuti sendiri....

    BalasPadam
  2. Tu sebab setiap tahun saya ambil long break ( tak la long pun, 2 minggu aja..hahaha), gi melancong...lupakan terus pasal klinik, pasal karenah kaki MC...yg kaki MC ni sebeanrnya yg buat kita ' sakit jiwa'...ni pada pendapat saya la..sebab utk genuine cases, mmg sakit..saya seronok jumpa patient...Cuma tahun ni saya tak dpt melancong lama lama..wife pun nak bersalin nanti...hahaha..

    Teringin nak cuti sebulan dua ..gi jelajah europe..
    Tapi kena penuhkan tabung ayam dulu..haha

    BalasPadam
  3. Err, saya bukan kaki MC Doc, tapi dok dalam HR nie, memang dapat kenal la staff yg kaki MC. Bila querie lebih2, marah. Bila tekan sikit, berenti kerja terus. Peningg.

    BalasPadam
  4. I hate getting MC. Best sgt ke MC?

    BalasPadam