Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Confirmed. Dah tukar nama. Klinik Johor Darul Takzim.

Aku dan Klinik Panel

Imej
Dah 10 tahun usia klinikku.
Bermula dengan 2 orang pesakit pada hari pertama,
hinggalah sekarang.
Bermula dengan beberapa kilang melantik aku sebagai panel,
hinggalah beratus2 panel sekarang.
Dulu nisbah pesakitku 60 berbayar : 40 panel.
Tapi sekarang dah terbalik.
Kadang2 hampir 80% semuanya pesakit panel.
Aku bukan tak suka pesakit panel.
Tapi bila pesakit panel,
banyak sangat songelnya.
Banyak sangat karenahnya.
Banyak sangat terma dan syaratnya.
Banyak sangat benda yang tak boleh.
Dan bila banyak sangat yang tak boleh,
ramai yang merayu2 minta pengecualian.

Di zaman tiada lagi ikan segar kurang 10 ringgit sekilo.
Di zaman susu formula semuanya lebih 50 ringgit setin.
Di zaman tiada lagi rumah teres berharga kurang 150 ribu,
masih ada panel memberi limit 25 ringgit untuk sekali rawatan.
Minta tambah 5 ringgit pun tak boleh.
Suruh bayar ekstra 5 ringgit pun berhutang.

Aku pun tak faham dengan jenis manusia sekarang.
Kalau boleh sesen pun tak nak bayar.
Mentang2lah ada klinik panel,

Aku dan Supermoonku

Imej
23 Jun= Malam Nisfu Syaaban Ada fenomena keajaiban ciptaan Tuhan.
Bulan kelihatan 15% lebih besar,
dan 30% lebih cerah
berbanding hari2 lain.
Fenomena Supermoon.
Itulah istilahnya.
Berlaku setiap 14 bulan sekali.
Kalau tak percaya baca di sini.
















Ramai kawan2 sibuk ambik gambar Supermoon.
Semuanya cantik2 belaka.
Cuba tengok #supermoon di Instagram.
Beratus2 ribu gambar bulan ada di sana.
Maka aku pun tak ketinggalan.
Mencuba nasib sejak beberapa malam.



Aku ada juga baca cara2 nak ambil gambar bulan.
Tapi kelengkapan aku tak cukup.
Lensa aku tak cukup panjang.
Tripod aku tak cukup tegap.
Maklumlah tripod dapat free masa beli kamera dulu.
Sekali karate dah boleh patah tiga dah.
Juga aku tak pandai rajin nak edit gambar di darkroom.
Tapi itu tak mematahkan semangatku.
Aku masih gigih mencuba.
Cuma hasilnya belum mencapai tahap professional.
Kena lebih latihan dan kesabaran.

Contoh hasil terbaik ada di sini.


Aku Gila Ke Subway

Imej
Dah lama aku teringin nak ke Subway.
Makan sandwich yang kononnya menyihatkan. Rendah kolesterol. Rendah lemak. Rendah kalori. Jadi taklah menggemukkan.
Cuma aku pun tak pasti Subway dah ada cawangan di JB ke belum.


10 hari yang lalu.
Aku terpandang kaunter Subway di AEON Bukit Indah.
Perut tiba2 terasa lapar.
Terasa ingin mencuba. Ramai yang kata sedap.

Lalu aku menuju ke kaunter 'pertanyaan'. Lama juga termenung tengok menunya. Nasib baik masa tu akulah satu2 nya customer. Jadi taklah malu2 nak bertanya. Mula2 pilih roti dulu.
Ada 4 jenis roti untuk dipilih.
Katanya disediakan segar setiap hari.
Apa bezanya aku pun tak pasti.
Roti pun ada dua saiz.
Nak yang 6 inci ataupun yang sekaki panjangnya.  Lepas tu pilih inti atau isinya. Ada macam2 pilihan. Tuna, Chicken Teriyaki, Roast Beef, Turkey Ham, Turkey Breast.
Nak bubuh semua pun boleh. Lepas tambah beberapa keping cheese, dipanaskan dalam oven sekejap. Lepas tu pilih sayur2an pulak.
Salad, kobis, bawang, tomato, jeruk pun a…

Aku dan Lawak Hari Sabtu

Imej
Cilok daripada blog Dr Pagal. Nampak biasa dan standard kan? Untuk pandangan orang biasa. Tapi untuk orang medical, ini sesuatu yang luar biasa. Susah nak buat kerja ni, pasang branula 'melawan arus'. Pertama kali aku jumpa. Garu kepala juga aku. Sakit perut ketawa pun ada. Kalau houseman aku yang buat camni, kat situ jugak aku suruh ketuk ketampi.
Salam berhujung minggu kawan2.


Aku dan Musim Jerebu

Imej
Udara semakin tak sihat. Bacaan Indeks Pencemaran Udara pagi ini.
Kawasan Kulaijaya dah menghampiri 200.
Kota Tinggi dah 230.
Dan di Muar dah melebihi 300.

Suasana diluar kelabu seluruhnya.
Udara dihidu berbau asap terbakar.
Sesak nafas.
Pening kepala.
Mata terasa kering.
Tekak pun terasa kering.

Klik di sini  untuk IPU/API terkini.
Muar dah masuk kawasan merah.
Zon bahaya.
Begitu juga keadaannya di Singapura.

Di SMS Muar sekarang,
ada pertandingan bolajaring antara sekolah SBP.
Anakku dah dicutikan sejak semalam.
Asramanya digunakan untuk penempatan peserta.
Harap2 tiada kejadian buruk berlaku.
Dan rasanya pertandingan akan dibatalkan.

Kualiti udara tidak sihat.
Risiko serangan Asthma meningkat.
Risiko demam, batuk, sakit tekak meningkat.
Risiko kena sakit kepala/migraine meningkat.
Risiko cirit-birit juga meningkat.
Dah 2 malam berturut2 aku kerja overtime.
Face mask pun dah kehabisan stok.

Ini cerita ulangan setiap tahun.
Negara jiran kita tak pernah ambil endah.
Pembakaran kebun d…

Aku dan Minggu Ini

Imej
Berjerebu dilangit nampak kelabu.
Berjerebu dihati tiada siapa yang tahu.



Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Belum ada mood nak menulis. Jerebu di luar. Jerebu di dalam.



Aku dan Warna-Warni Jelajah Langkawi

Imej
Kalau anda suka window shopping,
jangan pergi ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.
Tiada apa2 di sini.
Buang masa sahaja datang ke sini.
Barang2nya semua outdated.
Barang2nya banyak yang China-made.
Barang2nya tak layak dijual di sini.
Baik terus ke Padang Besar.


Ini buah mempelam HarumManis.
Sangat famous di Perlis.
Khabarnya ada dijual secara online.
Tapi harganya 20 ringgit sekilogram.
Di Alor Setar 30 ringgit/2 kg.
Kenapa mahal sangat aku bertanya.
" Penjagaannya susah bang! " kata penjual.
"Kena selalu bubuh racun untuk elak serangga."
Aku beli sekilo dapat 3 biji.
Kurang 2 ringgit pun tak boleh.
Rasanya memang lain daripada yang lain.
Mungkin sebab banyak sangat bubuh racun gamaknya.
3 bijinya aku dah semai kat belakang rumah.
Harap2 tumbuh.


Kalau pergi Padang Besar,
jangan lupa beli jersi bola.
Semuanya serba lengkap.
Semua team ada,
semua saiz ada.
Jersi untuk season depan pun dah mula dijual.
Kualiti AAA RM30.00.
Kualiti Second Original RM35.00.
Kual…

Aku dan Hutan Lipur Gunung Pulai

Imej
Kali terakhir aku ke sini.
Tahun 1986.
Masa itu aku di Tingkatan 3.
Pergi berkhemah dengan kawan2 sekelas.
Itulah kali pertama dan terakhir.
Lepas tu emak dah tak benarkan.


Dulu Gunung Pulai agak terkenal.
Ada kawasan air terjun untuk mandi-manda.
Juga menjalankan aktiviti2 perkhemahan.
Juga aktiviti2 kurang bermoral.
Tetapi selepas tragedi tanah runtuh
yang mengorbankan beberapa nyawa
sekitar tahun 2000
kawasan ini telah ditutup.
( aku kena buat post mortem salah seorang mangsanya )


Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini,
kawasan ini kembali meriah.
Bukan untuk berkhemah atau mandi manda.
Tetapi menjadi tempat beriadah,
berjogging, hiking, jungle tracking dan juga berbasikal(?).
Ramai pesakit2ku yang beri cadangan kepadaku.
Datanglah ke Gunung Pulai.


Satu pagi yang tenang.
Aku bawa anak2ku.
Kononnya nak morning walk sampai puncak gunung.
Aku tiba kira2 jam 8 pagi.
Banyak juga kereta diparkir di sekitar rumah penduduk.
Ada tuan rumah yang siapkan tempat berbumbung.
Juga garisan berkot…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita warga Indonesia.
Datang ke klinik untuk pemeriksaan FOMEMA.
Tarikh akhir period 1/5/2013.
Tetapi pemeriksaan UPTnya Positif.
Bermaksud dia sedang mengandung.
Kalau ikut prosedur,
gagalkan sahaja dan hantar balik kampung.
Mudahkan?

Tapi ini tak semudah itu.
Usianya baru 23 tahun.
Baru setahun datang ke Malaysia.
Suaminya bekerja satu kilang dengannya.
Dah nama suami isteri,
takda dosakan kalau mengandung?
Tapi sebenarnya,
tarikh 1/5/2013 itu bukan waktu dia start period.
Itu waktu dia melahirkan anak sulungnya.
Dia baru sahaja bersalin di hospital.
Siapa yang salah?
Wanita ini langsung tak nak beritahu.
Juga bukan rutinku untuk bertanya,
"Kau baru bersalin ke?"

Masa datang ke klinik untuk pemeriksaan FOMEMA,
dia memang masih dalam pantang.
Baru 3 minggu bersalin.
Tapi kenapa UPT masih lagi positif?
Kalau lepas keguguran UPT masih boleh positif selepas 2 minggu.
Tetapi lepas bersalin,
ini pertama kali aku jumpa.
Hari ini aku panggil dia datang ke klinik.
Keputus…

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri Akhir)

Imej
1 Jun 2013.
Cuti Harijadi Agong.
Aku masih berada di Alor Setar.
Dah hampir seminggu meninggalkan kampung.
Bilalah nak balik agaknya?


Pukul 10 pagi.
Aku dah checked out daripada hotel.
Tapi sebelum balik aku nak jalan2 sekitar Alor Setar dulu.
Sebab ini kali pertama aku sampai sini.
Wife nak ke Pekan Rabu.
Pekan Rabu ni macam pasar kering sahaja.
Menjual produk2 makanan dan pakaian harian.
Jadi aku lalu kat luar sahaja.


Sementara menunggu wife,
aku jalan2 sekitar Pekan Rabu.
Memerhati manusia dan bangunan yang ada.
Bandar Alor Setar biasa2 sahaja.
Bangunannya pun biasa2 sahaja.
Bangunan2 lama termasuk istana lama tidak dijaga dengan rapi.
Parit/longkangnya sama seperti di Langkawi.
Parit/longkangnya sama seperti di Johor Bahru.
Hitam, pekat, melekat dan banyak sampah-sarap.


Tak sampai sejam wife dah call.
Dia dah siap shopping.
Barang jualan di Pekan Rabu hanya biasa2 sahaja.
Tiada yang istimewa sangat seperti di Pasar Payang atau Pandak Mayah.
Tapi ikan pekasam wajib beli kalau ke s…

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri 6)

Imej
31 Mei 2013.
Hari terakhir di Pulau Langkawi.

Masing-masing bangun lambat. Lepas tu duduk melepak kat bilik. Sambil membelek2 barang2 yang dibeli. Sambil berfikir apa lagi yang nak dibeli. Feri bertolak jam 11.30 pagi. Tapi pukul 10.00 pagi aku dah sampai kat jeti. Dah janji nak pulangkan kereta sewa pagi itu.

Sementara menunggu feri, aku pusing2 sekitar Kompleks Bebas Cukai di jeti Kuah. Tengok apa barang yang murah2. Tapi apa erti bebas cukai aku pun tak faham. Keliru. Sebab harga barang semua sama sahaja. Macam tertipu pulak rasanya. Cuma masa beli kopi mahal kat Starbuck, aku tak kena cukai. Itu sahaja kelebihan yang aku nampak.

Pukul 11.15 pagi. Aku masuk ke ruang menunggu. Pegawai kastam cuma nak tengok tiket masa aku sampai. Ataupun resit sewa kereta. Ataupun resit hotel. Nak bukti bahawa aku dah duduk lebih 2 hari di Langkawi. Barang2 mereka tak check pun.

Pukul 11.30 pagi. Ada satu pengumuman. Feri aku naiki lewat setengah jam. Rosak.
Ada tersadai kat jeti depan tu. Kenalah t…