Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Jun 2013

Aku dan Hutan Lipur Gunung Pulai

Kali terakhir aku ke sini.
Tahun 1986.
Masa itu aku di Tingkatan 3.
Pergi berkhemah dengan kawan2 sekelas.
Itulah kali pertama dan terakhir.
Lepas tu emak dah tak benarkan.


Dulu Gunung Pulai agak terkenal.
Ada kawasan air terjun untuk mandi-manda.
Juga menjalankan aktiviti2 perkhemahan.
Juga aktiviti2 kurang bermoral.
Tetapi selepas tragedi tanah runtuh
yang mengorbankan beberapa nyawa
sekitar tahun 2000
kawasan ini telah ditutup.
( aku kena buat post mortem salah seorang mangsanya )


Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini,
kawasan ini kembali meriah.
Bukan untuk berkhemah atau mandi manda.
Tetapi menjadi tempat beriadah,
berjogging, hiking, jungle tracking dan juga berbasikal(?).
Ramai pesakit2ku yang beri cadangan kepadaku.
Datanglah ke Gunung Pulai.


Satu pagi yang tenang.
Aku bawa anak2ku.
Kononnya nak morning walk sampai puncak gunung.
Aku tiba kira2 jam 8 pagi.
Banyak juga kereta diparkir di sekitar rumah penduduk.
Ada tuan rumah yang siapkan tempat berbumbung.
Juga garisan berkotak untuk memudahkan parkir.
Tapi kena bayar seringgit sekali masuk.
"Wah! pandai bisnes orang2 Gunung Pulai ni."


Jalan menuju ke kawasan gunung memang berkunci.
Tapi aku masih boleh masuk.
Pagar batunya telah dirobohkan.
Suasana nyaman dan sunyi.
Jalannya redup dan sepi.
Pada aku Best!
Tapi anak2 dah takut,
dah ajak berpatah balik.


Aku berselisih dengan ramai kumpulan berbangsa Cina.
Yang datang sekeluarga ada.
Yang tua2 pangkat nenek dan atuk pun ada.
Yang muda2 pun ada.
Masing2 saling menegur sapa.


Perjalanan menuju ke puncak sejauh 6 km.
Jalannya curam.
Memang sesuai untuk mengeluarkan peluh.
Tapi memandangkan ini kali pertama aku sampai,
anak perempuan aku tak larat.
Dia dah sibuk ajak patah balik selepas separuh jalan.


Aku sempat singgah ke persekitaran air terjun.
Tempat aku pernah berkhemah 27 tahun dulu.
Walaupun tempatnya semak samun,
walaupun sampah-sarap bersepah,
namun air sungainya masih lagi jernih.
Air terjunnya masih seperti dulu.


Sayang.
Sepatutnya MPKu perlu pulihkan balik kawasan ini.
Ini lokasi terbaik untuk beriadah.
Udaranya bersih.
Jauh daripada kebisingan bandar.


Aku akan datang lagi.
Nak cuba menjejak sampai puncak gunung.
Khabarnya cantik pemandangan di atas sana.
Tunggu laporan aku selanjutnya.


11 ulasan:

  1. Aku tak naik gunung..cuma dok kat Pulai Springs Resort, gi JPO, gi Tg Piai, Legoland & JB. Esok balik KL.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singgahlah Kulai.
      Klinik saya dekat aje dgn JPO tu...

      Padam
    2. Mintak maaf Doc, tak sempat sebab pergi 2 kereta...InsyaAllah lain kali, saya calling2

      Padam
  2. Cousin saya, makcik saya yg tinggal di Skudai, di Kangkar Pulai...mmg selalu hujung2 minggu beriadah kat sini..Selalu ajak saya..cuma saya aja yg selalu tak sempat pergi each time saya balik Johor..;)

    Mmg sayang kawasan ni tak dipelihara betul2...

    BalasPadam
  3. Mandi sungai ka sini best ni. Tp macam seram jer tgok tempat ni kalau x ramai orang.

    BalasPadam
  4. dari aku sekolah rendah dok gasak nak pi sini, memanjang hajat tak pernah sampai....eh ada ke org mandi manda kat situ

    BalasPadam
  5. Thanks Doc for highlighting a nice place that should us of younger times and a place to relax and recall. Will be in Kulai now and then, as my daughter is posted to Kulai Hospital. Hope to meet up with you Inshaallah. One of the rare blog that I read now and then which is written in Bahasa Malaysia. I just like your style of writing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.

      Do contact me when you in Kulai.
      Hospital Kulai is near my clinic.

      Padam
  6. bakang umah wak je nih abg doc..,ehHHHEee

    BalasPadam
  7. Waaa,jom doc naik same2,sye Ank jati gunung pulai

    BalasPadam
  8. Waaa,jom doc naik same2,sye Ank jati gunung pulai

    BalasPadam