Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Jun 2013

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri 3)


Memandu kereta di Langkawi agak santai.
Jalannya cantik,
pemandangan dikiri kanan jalan pun cantik.
Kereta tak banyak.
Suasana di Langkawi terasa seperti di Bandung.
Cuma suhu agak tinggi.
Panas terik membakar kulit.


Mula-mula aku ke Underwater World.
Dah janji dengan anak2.
Nak tengok penguin.
Tiket untuk masuk ke dalam agak mahal.
130 ringgit untuk sekeluarga.
Tetapi suasana di dalam menyamankan.
Pameran haiwan2 air agak mengasyikkan.
Dan yang paling teruja sekali,
melihat gelagat2 penguin sedang diberi makan.
Seperti melihat bayi sedang belajar berjalan.
Sangat comel dan cute.


Yang lain biasa2 sahaja.
Lebih kurang macam di Akuaria KLCC.
Pukul 11.30 pagi aku masuk.
Pukul 1.30 tengahari aku keluar.
Terbang juga 25 ringgit beli gambar berframe yang dijualnya.


Lepas lunch di depan Underwater World,
aku sambung berjalan lagi.
Disebabkan cuaca sangat panas,
aktiviti tepi2 laut memang tak sesuai.
Jadi aku ke Galeria Perdana.
Lokasi wajib yang ada dalam senarai.
Tempat menyimpan cenderamata2 kepunyaan Tun Mahathir.


Tiket masuk 5 ringgit seorang.
Tambah 2 ringgit untuk kamera DSLR.
Ruang pamerannya sangat luas.
Ada 2 bangunan 2 tingkat.
Hiasan dalamannya mengkagumkan.
Aircondnya sejuk betul.
Dan barang2 dipamerkan lagi mengkagumkan.
Macam2 jenis barang berharga milik Tun Mahathir.
Tak ternilai harganya.


Sesungguhnya aku bangga menjadi rakyat Malaysia.
Aku kagum dengan ketokohan Tun Mahathir.
Tanpa beliau,
Malaysia tak akan menjadi sehebat ini.
Tanpa beliau, takkan ada KLCC.
Tanpa beliau, takkan ada Putrajaya.
Tanpa beliau, takkan ada F1 Sepang.
Tanpa beliau, Langkawi takkan jadi destinasi pelancongan.
Tiada tokoh Malaysia sehebatnya.
Terlalu banyak jasanya terhadap kita.


Keluar daripada Galeria Perdana,
cuaca masih lagi panas terik.
Nampaknya kena cari tempat2 sejuk jugak.
Pilihannya?
Shoppinglah apa lagi?
Di Langkawi banyak tempat wajib pergi untuk wanita.
Tempat menjual pinggan mangkuk berjenama.
Sana sini penuh dengan kedai menjual pinggan mangkuk.
Nak kata berjenama sangat tak jugak.
Nak kata murah pun tak jugak.
Banyak juga yang China-made.
Tapi berebut2 orang kita membelinya.


Pukul 5 petang,
aku checked in di hotel pilihanku.
Hotel yang dekat dalam pekan Kuah.
Murah dan senang nak kemana2.
Kalau ikutkan hati,
nak juga cari hotel terpencil ditepi laut.
Bangun pagi dapat tengok pantai.
Juga jauh daripada kebisingan.
Tapi bawa anak 3 orang memang tak sesuai langsung.


Sebelah malamnya,
aku sambung menemankan wife shopping di Pandak Mayah.
Berderet2 kedai menjual pinggan mangkuk.
Juga barangan lain seperti coklat, minyak wangi, beg, pakaian, dsbnya.
Cadangan nak tengok sunset di Dataran Lang tak tercapai.
Wife masih sibuk membelek Corelle dan Corning Ware.
Lepas pukul 9 aku baru sampai ke Dataran Lang.
Suasana dah gelap dan orang pun dah tak ramai.
Cuma dapat tengok helang besar itu sahaja.


Pukul 10 malam,
aku pergi makan malam di Wan Thai Restaurant.
Mencuba masakan Thai yang dimasak oleh orang Thai.
Mencuba Tomyam, Padprik, Daging Merah juga Otak-Otak.
Banyak komen positif aku baca di Foursquare.
Tapi selepas menikmatinya,
kami sekeluarga berpendapat,
tomyam kat Kulaijaya lagi sedap.

















Pukul 11 malam aku sampai di bilik hotel.
Lenguh kaki seharian berjalan.
Kulit pun dah makin gelap.
Esok sambung lagi penjelajahanku.
Lokasi yang wajib seterusnya,
nak naik cable car di Oriental Village.

bersambung.


3 ulasan:

  1. salam singgah

    langkawi memang best lahh.... :) i love langkawi

    BalasPadam
  2. Rasa2nya macam Doc kena datang Langkawi lagi nanti. Tapi kena berdua berhoneymoon jer lah. Amik flight jer terus kheeennn.. hehehehehe

    BalasPadam
  3. Memang Langkawi ni panas dia lain macam...panas pulau + panas Kedah + panas musim panas sekarang ni...:)

    BalasPadam