Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Jun 2013

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri 5)

30 Mei 2013.
Hari kedua di Langkawi.


Selepas sarapan di Coffee House,
aku pun menuju ke Oriental Village.
Nak naik kereta kabel yang famous tu.
Jaraknya kira2 30 km daripada pekan Kuah.


Pukul 10.30 pagi aku tiba dilokasi.
Aku disambut dengan ulat2 yang mengedar risalah.
Macam2 pakej diperkenalkan.
Juga kelihatan Duck Boat sedang menunggu dipintu masuk.
Aku ada cadang nak naik Duck Boat tu.
Macam seronok aje naik boat atas darat.
Kat Majalah 3 pun dah keluar cerita pasal bot ini.
Tapi Tripadvisor kata sangat membosankan.
Laluannya cuma sekitar resort tu sahaja.
Tak berbaloi dengan harga tiketnya.


Di pintu masuk menuju Langkawi Cable Car,
sudah ramai orang beratur.
Tiket 15 ringgit untuk dewasa,
dan 10 ringgit untuk kanak2.
Kalau nak cepat dan malas nak menunggu lama,
juga nak rasa jadi VIP,
boleh tambah 50 ringgit seorang.
Dapat laluan ekspres.
Cepat sikit naik ke puncak.


Tapi aku warga marhaen jugak.
Kena ikut sama menunggu giliran.
Satu setengah jam kemudian.
Baru tiba giliranku.
Sementara tunggu giliran,
Sempat gak tengok tayangan video.
Shah Rukh Khan buat filem kat puncak gunung.


Bila dah dapat masuk dalam cable car,
baru terasa gayatnya.
Macam2 ayat dibaca untuk menghilangkan gayat.
Tapi anak2 semua relaks sahaja.
Pengalaman pertama.
Mungkin juga yang terakhir.
Berbaloi juga menunggu satu jam setengah.
Pemandangan  di atas sangat2 cantik.
Kehijauan gunung dan kebiruan laut.
Tak tertulis dek ayat.
Tak terkata dek lidah.


Selepas 45 minit di atas gunung,
duduk2 sambil makan burger dan Maggi Cup,
kami pun turun ke bawah.
10 minit selepas kami turun,
hujan turun dengan lebatnya.
Perkhidmatan cable car terpaksa ditangguhkan.
Memang rezeki aku dan anak2 agaknya.


Dipersekitaran Oriental Village,
banyak gerai2 dan kedai2 menjual barang2.
Cenderamata juga makanan ringan.
Restoran2 Jepun dan Korea pun ada. 
Dalam tu pun ada juga hotel penginapan.
Rasanya semua diuruskan oleh Berjaya Group.
Kawan baik kepada Tun Mahathir.


Pukul 3 petang aku meninggalkan Oriental Village.
Disebabkan hujan lebat,
Aku tak boleh nak ke Kilim.
Kalau tidak boleh menyusuri sungai dan pantai.
Kalau tidak boleh beri helang makan.
Kalau tidak boleh snorkeling.
Tapi apakan daya.


Jadi aku tukar pelan nombor dua.
Ke Mardi Agrotechnology Park.
Ke ladang buah2an.
Tiket masuk cuma 5 ringgit sahaja. 
Aku terus dibawa menaiki lori,
pergi melawat ladang/kebun buah2an mereka.
Dan yang penting,
dapat makan buah2an tempatan yang segar dan percuma.
Seberapa banyak nak makan makanlah.
Masa aku sampai,
ada pelancong daripada Brazil dan Arab bersama2ku.
Asyik sungguh tengok anak2 mat salih dan pak arab.
Makan tembikai, nanas, belimbing, limau bali dan dragon fruit.
Pekerja2 disitu semua ramah2.
Rajin sungguh melayan pelancong yang datang.


Pukul 5 petang,
aku tiba di hotel penginapan.
Selepas mandi,
aku segera bergegas ke jeti Kuah.
Nak beli tiket feri untuk balik esok.
Bila dah dapat tiket,
langkah kembali panjang.
Aku kena ikut wife repeat shopping di Pandak Mayah.
Ada lagi kedai yang belum diziarah.
Ada lagi barang yang belum dibeli.
Perfume itu wajib jika ke mari.
Coklat Daim itu wajib jika ke mari.


Dan malam itu,
aku dinner kat gerai depan hotel aje.
Dengan harga kurang separuh banding semalam,
aku rasa lebih kenyang.
Makanan disini lebih sedap.
Malam itu juga,
aku tidur lebih lena.
Perkara wajib semua aku dah buat semasa di sini.
Esok dah nak balik dah.


Bersambung lagi.





3 ulasan:

  1. Saya tak pernah tahu pun wujudnya ladang buah nie. Wah..ada lasan nak pergi lagi nie. Hubby...ooo hubby...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya yang beritahu.
      Kalau tak saya pun tak tahu...

      Padam
  2. berbaloi masuk ladang buah tu..bayar RM5, dpt makan buah unlimited ;)

    BalasPadam