Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Jun 2013

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri 6)

31 Mei 2013.
Hari terakhir di Pulau Langkawi.


Masing-masing bangun lambat.
Lepas tu duduk melepak kat bilik.
Sambil membelek2 barang2 yang dibeli.
Sambil berfikir apa lagi yang nak dibeli.
Feri bertolak jam 11.30 pagi.
Tapi pukul 10.00 pagi aku dah sampai kat jeti.
Dah janji nak pulangkan kereta sewa pagi itu.


Sementara menunggu feri,
aku pusing2 sekitar Kompleks Bebas Cukai di jeti Kuah.
Tengok apa barang yang murah2.
Tapi apa erti bebas cukai aku pun tak faham.
Keliru.
Sebab harga barang semua sama sahaja.
Macam tertipu pulak rasanya.
Cuma masa beli kopi mahal kat Starbuck,
aku tak kena cukai.
Itu sahaja kelebihan yang aku nampak.


Pukul 11.15 pagi.
Aku masuk ke ruang menunggu.
Pegawai kastam cuma nak tengok tiket masa aku sampai.
Ataupun resit sewa kereta.
Ataupun resit hotel.
Nak bukti bahawa aku dah duduk lebih 2 hari di Langkawi.
Barang2 mereka tak check pun.


Pukul 11.30 pagi.
Ada satu pengumuman.
Feri aku naiki lewat setengah jam.
Rosak.
Ada tersadai kat jeti depan tu.
Kenalah tunggu feri datang dari Kuala Perlis.
Pukul 12.00 tengahari.
Feri yang aku patut naik pun sampai.
Suasana jadi kelam-kabut.
Masing2 tertumpu di pintu.
Pada masa yang sama,
Ada feri lain baru mendarat.
Berebut2 penumpang dengan troli masing2.
Dipendekkan cerita,
pukul 12.30 tengahari baru feri bergerak.
Dan feri bergerak terasa sangat lambat.
Tak tahu kenapa.
Hampir pukul 2 baru aku tiba di jeti Kuala Perlis.
Cadangan nak solat Jumaat di masjid Kuala Perlis tak kesampaian.


Selepas makan tengahari,
aku bertolak meninggalkan Kuala Perlis.
Wife dan anak2 sibuk nak ke Padang Besar semula.
Tak puas masa pergi kali pertama tempohari.
Ada jersi bola yang belum beli lagi.
Juga ada orang kampung kirim nak beli pes tomyam Thailand.
Aku ikutkan sahaja.
60 km sahaja jaraknya daripada Kuala Perlis.


Pukul 4.00 petang.
Aku tiba di Padang Besar.
Cuaca panas terik.
Kenderaan penuh dikiri kanan jalan.
Orang pun ramai gila.
Semua sibuk membeli-belah.
Janjinya sejam sahaja,
tapi pukul 5.30 petang masih tak gerak2 lagi.


Pukul 6.50 petang.
Akhirnya aku tiba di Alor Setar.
Transit pilihan sebelum balik ke JB esok.
Aku checked in di hotel belakang stadium Darul Aman.
Hotel Seri Malaysia adalah hotel kegemaran wife.
Satu2nya hotel yang beri diskaun untuk kakitangan kerajaan.


Lepas maghrib aku mencari sahabat lama ku.
Dah 3 tahun tak jumpa.
Kali terakhir berjumpa masa dia datang ziarah rumah aku.
Dia seorang pakar bedah usus di Hospital Alor Setar.
Salah seorang sahabat yg masih setia dengan kerajaan.
Yang ambil skim berpencen.
Yang pasti akan dapat JUSA beberapa tahun lagi.

Rumahnya tak jauh daripada bandar.
Wife dia dah siapkan makan malam untuk aku sekeluarga.
Lauk-pauk penuh atas meja.
Sembang punya sembang sampai tengahmalam.
Maklumlah lama dah tak berjumpa.
Dan tak tahu bila lagi nak jumpa.


Malam tu aku tidur di Alor Setar.
Esok baru nak balik ke Johor.
Entah pukul berapa akan sampai ke rumah.
Sebab rasanya masih banyak tempat nak disinggahi.



6 ulasan:

  1. Agaknya kita 'berselisih' di HSM, Alor Setar! Kakcik masuk di sana pada hari Sabtu 1/6 dan keluar pada 2/6 utk ke Langkawi! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kot.
      Tapi pagi sabtu saya dah checked out.
      Dah tak sabar nak balik Johor.

      Padam
  2. Err...first time tengok pic doc. Hehehehehe. Kenapa macam adajarak usia dengan best friend doc nie ekk? Nampak doc mudaaaaa lagi..hihihihi (Penangan bekerja di hospital kerajaan kah?)

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.. Sangat berguna untuk panduan saya :)

    BalasPadam
  4. yup..your friend mmg nampak lagi berusia....grey hair tu puncanya...:)

    BalasPadam