Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Jun 2013

Aku dan Jelajah Langkawi (Siri Akhir)

1 Jun 2013.
Cuti Harijadi Agong.
Aku masih berada di Alor Setar.
Dah hampir seminggu meninggalkan kampung.
Bilalah nak balik agaknya?


Pukul 10 pagi.
Aku dah checked out daripada hotel.
Tapi sebelum balik aku nak jalan2 sekitar Alor Setar dulu.
Sebab ini kali pertama aku sampai sini.
Wife nak ke Pekan Rabu.
Pekan Rabu ni macam pasar kering sahaja.
Menjual produk2 makanan dan pakaian harian.
Jadi aku lalu kat luar sahaja.


Sementara menunggu wife,
aku jalan2 sekitar Pekan Rabu.
Memerhati manusia dan bangunan yang ada.
Bandar Alor Setar biasa2 sahaja.
Bangunannya pun biasa2 sahaja.
Bangunan2 lama termasuk istana lama tidak dijaga dengan rapi.
Parit/longkangnya sama seperti di Langkawi.
Parit/longkangnya sama seperti di Johor Bahru.
Hitam, pekat, melekat dan banyak sampah-sarap.


Tak sampai sejam wife dah call.
Dia dah siap shopping.
Barang jualan di Pekan Rabu hanya biasa2 sahaja.
Tiada yang istimewa sangat seperti di Pasar Payang atau Pandak Mayah.
Tapi ikan pekasam wajib beli kalau ke sini.
Juga kuah rojak Mak Bee wajib beli.


Pukul 11.45 pagi aku bertolak balik.
Tapi aku nak singgah satu lagi tempat.
Melawat rumah kelahiran Tun Mahathir.
Dengan bantuan Garmin di iPhone,
aku berjaya menjejakinya.


Rumah kelahiran Tun Mahathir telah dijadikan muzium.
Telah diambilalih oleh Arkib Negara.
Sejarah kehidupan Tun Mahathir daripada kecil hingga dewasa,
diabadikan dalam pameran2 bergambar.
Apa makanan kegemaran beliau,
apa hobi beliau,
apa kemahiran beliau.
Dan yang paling menarik,
kehidupannya sebagai seorang doktor sebelum menjadi politician.


Aku respect dengan Tun Mahathir.
Tun Mahathir sangat sayang kepada pesakit2nya.
Beliau sangat komited dengan kerjayanya.
Tun Mahathir sanggup tak keluar rehat semata2 kerana pesakitnya.
Kalau pesakit tak cukup duit,
dia langsung tak berkira.
Tak macam aku.
10 minit sebelum waktu rehat aku dah cabut.
Klinik lengang aje aku dah cabut.
Kalau rasa malas aku tutup klinik.
Patutlah aku tak boleh maju seperti beliau.


Pukul 1.30 tengahari.
Aku mula memasuki lebuhraya Utara-Selatan semula.
Perjalanan lancar walaupun kenderaan agak banyak.
Ada kesesakan teruk semasa menghampiri jambatan Pulau Pinang.
Hentian R&R pun penuh.
Nak cari parking pun susah.
Tapi adatlah kan, cuti sekolah.


Pukul 3 petang.
Aku terkeluar daripada laluan asal.
Menyinggah di Kuala Sepetang.
Kepingin nak makan Mee Banjir Udang Mak Teh.
Memandangkan hari itu hari cuti,
pelanggannya pun ramai.
Warung Mak Jah yang famous tu lagi ramai pelanggannya.
Kena tunggu hampir sejam sebelum makanan sampai.
Tetapi satu penantian yang tidak sia-sia.
Tiada Mee Banjir Udang sehebatnya.


Pukul 5 petang.
Aku memasuki lebuhraya semula.
Bergilir2 memandu dengan wife.
Pukul 1 pagi baru sampai ke rumah.
Satu percutian penuh kenangan.
Satu perjalanan merentas Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Satu perjalanan hampir 2000km jaraknya.


Selepas ini nak ronda2 satu semenanjung pulak.



2 ulasan:

  1. Seronok kan.... Kerja kuat...kumpul duit..lepas tu cuti lagi. Best...best.

    BalasPadam
  2. best jalan2 tapi singgah merata, abis cover baik semua

    BalasPadam