Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Jun 2013

Aku dan Klinik Panel


Dah 10 tahun usia klinikku.
Bermula dengan 2 orang pesakit pada hari pertama,
hinggalah sekarang.
Bermula dengan beberapa kilang melantik aku sebagai panel,
hinggalah beratus2 panel sekarang.
Dulu nisbah pesakitku 60 berbayar : 40 panel.
Tapi sekarang dah terbalik.
Kadang2 hampir 80% semuanya pesakit panel.
Aku bukan tak suka pesakit panel.
Tapi bila pesakit panel,
banyak sangat songelnya.
Banyak sangat karenahnya.
Banyak sangat terma dan syaratnya.
Banyak sangat benda yang tak boleh.
Dan bila banyak sangat yang tak boleh,
ramai yang merayu2 minta pengecualian.

Di zaman tiada lagi ikan segar kurang 10 ringgit sekilo.
Di zaman susu formula semuanya lebih 50 ringgit setin.
Di zaman tiada lagi rumah teres berharga kurang 150 ribu,
masih ada panel memberi limit 25 ringgit untuk sekali rawatan.
Minta tambah 5 ringgit pun tak boleh.
Suruh bayar ekstra 5 ringgit pun berhutang.

Aku pun tak faham dengan jenis manusia sekarang.
Kalau boleh sesen pun tak nak bayar.
Mentang2lah ada klinik panel,
sakit sedikit sahaja nak jumpa doktor,
sakit sedikit sahaja nak rujuk klinik pakar.
Lepas tu tanya soalan bukan2.
Lepas tu tanya soalan macam2.
Consultation 5 minit jadi 20 minit.
Kalau sanggup bayar lebih takpa.
Ini nak keluar sesen pun tak nak.

Bila ada klinik panel,
ramai yang menyalahgunakannya.
Nak ambil pil vitamin guna panel.
Nak ambil pil perancang guna panel.
Nak ambil pil kurus guna panel.
Nak suntikan Typhoid guna panel.
Nak suntik pergi umrah guna panel.
Nak laporan perubatan guna panel.
Nak buat pemeriksaan kesihatan masuk kolej pun guna panel.
Suruh buat x-ray dada kat klinik lain pun nak guna panel jugak.

Itu belum kira yang bawa anak isteri,
ipar duai juga sedara-mara untuk rawatan.
Ada yang tolong menjaga anak jiran.
Bila anak jagaannya demam dibawanya ke klinik panel.
Tolong claim guna nama anaknya.
Bila accident terlanggar orang dijalanan.
Bawa ke klinik panel untuk rawatan.
Tolong claim guna namanya.
Bila ada saudara sakit tak baik2.
Bawa ke klinik panel untuk consultation.
Tolong claim guna nama isterinya.

Aku bosan dengan manusia sebegini.
Beli handphone mahal2 boleh.
Beli ubat2 awet muda mahal2 boleh.
Beli aksesori kereta gempak2 boleh.
Tapi keluar duit sedikit untuk beli ubat anak tak boleh.
Bila sekali sekala aku tolong bolehlah.
"Gaji belum masuklah."
"Bulan ni sempit sikitlah."
Jadi setakat ubat demam sebotol kira halallah.
Tapi bila dah sekali nak dua kali.
Lepas tu mula ambik mudah.
Sebab itu anak asyik demam sahaja.

Aku bukan tak suka pesakit datang klinik selalu.
Tapi berpatut2lah.
Memanglah boleh claim panel,
tetapi aku rasa macam kurang berkat pulak rezekiku.

Dulu aku malas nak ambik tahu pasal panel.
Aku serah sepenuhnya kat staf kananku.
Dia yang buat claim setiap bulan.
Dia yang buat claim online setiap hari.
Duit masuk tally ke tidak,
aku malas nak fikir.
Yang penting setiap bulan ada untung.
Yang penting setiap bulan ada duit masuk.
Lebih ke kurang aku buat tak tahu.
Lebih kurang halal.

Sejak awal tahun ini,
kelam-kabut sedikit akaun klinikku.
Bila semakin kurang duit tunai yang masuk,
akaun menjadi kurang seimbang.
Termenung menunggu duit panel masuk.
Ada yang sebulan,
ada yang dua bulan,
ada yang 3 bulan,
yang langsung tak masuk pun ada.
Yang terus bangkrap pun ada.

Mulai awal tahun ini aku mula berkira.
Aku mula mengambil tahu pasal claim panel.
Memang sangat leceh kerjanya.
Untuk menyemak satu persatu.
Dalam sehari ada lebih 30 pesakit panel datang ke klinik.
Setiap satunya ada undang2 dan cara2 tersendiri.
Kebanyakannya boleh claim ikut head office.
Setiap bulan hantar penyata kat head office.
Bulan berikutnya duit masuk dalam akaun.
Nampak mudah.
Tetapi yang membuatnya manusia biasa juga.
Bila dah banyak sangat panel yang nak dibuat,
macam2 hal berlaku.
Panel cawangan klinik A masuk ke cawangan klinik B,
yang cawangan B masuk ke cawangan C,
cawangan C masuk ke D,
dan selanjutnya.
Terlebih atau terkurang bayar seratus dua kira adat.
Tetapi kalau dijumlahkan selama setahun?
Kalau dijumlahkan selama 10 tahun?
Aku kerja susah2 siang malam,
hasilnya ibarat kerja amal.
Itupun kalau rasa nak menghalalkannya.
Kalau tidak?

Selain claim direct ke head office,
ada yang kena claim secara online.
ING, Medilink, PMCare.
Setiap syarikat HMO/TPA,
ada terma dan syarat masing2.
Pening kepala.
Sakit kepala.
Migraine.
Masalahnya aku tiada masa nak memantau.
Kerja aku sendiri pun tak habis2.
Juga takkanlah aku asyik nak mengacau,
meja kerja dan komputer orang?
Katakan aku claim 100 ringgit,
mereka tak akan bayar sekaligus.
Mereka bayar beberapa kali.
Itupun bukan pada bulan yang sama.
Kalau mereka setakat bayar 80 ringgit pun,
aku mungkin tak tahu.

Aku masih mendapat pertanyaan dan soalan.
Daripada doktor2 baru yang bersemangat nak buka klinik.
Bukannya nak mematahkan semangat mereka,
tetapi klinik bukan lagi lombong emas.
Persaingan sangat sengit.
Harga ubat semakin naik.
Profit margin semakin kecil.
Kos operasi semakin meningkat.
10 tahun dibidang ini,
aku dah rasa sangat perbezaannya.
10 tahun akan datang?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.








9 ulasan:

  1. Saya sangat memahami. Memang pening kepala. 3rd party administrator untuk panel pun banyak. Dan saya 'nampak' mereka buat apa pada klinik, buat apa pada company.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai klinik tak suka HMO.
      Middleman.
      Ibarat lintah darat.
      Byk sangat terma dan syarat.
      Juga byk kena potong.
      Tapi apakan daya.
      Mereka ikan jerung.
      Saya cuma ikan kaloi sahaja.


      Padam
    2. Dan ada company yang kononnya memberi benefit dengan kos murah kepada staff sebenarnya tidak memberikan apa2 manfaat. Bila klinik digariskan aturan yang ketat...kos mesti murah, maka hasilnya ubat yang diterima staff adalah yang murah dan kurang kualitinya. Syukurlah company saya tidak menetapkan limit untuk GP.

      Padam
  2. Betul tu. Keberkatan rezeki tiada, walaupun kita rasa duit banyak masuk, bila kita ' bersubahat' menipu claim panel. Bila hidup taida keberkatan, duit segudang pun tak happy, sempit rasanya.

    Print aja entri ni, laminate, dan tampal di dinding klinik. Insya Allah, dakwahnya pasti sampai.

    Saya sound direct aja kat patient yang terlalu lemak nak suruh kta salah guna kemudahan panelship mereka. Biarlah dikata sebagai doktor yang ' tak boleh bertolak ansur'. Hal sebegini, bukannya tak boleh bertolak ansur...Risau sangkut kat Padang sana nanti

    BalasPadam
  3. Time to call in Consultant on Continuous Improvement to permanently eliminate such errors and delays in billing and payments! if you permit, will assist you to minimise losses due such errors.

    BalasPadam
  4. Time to call in Consultant on Continuous Improvement to permanently eliminate such errors and delays in billing and payments! if you permit, will assist you to minimise losses due such errors.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for the offer.
      Its a small matter.
      Have solution already.

      Also thank you for dropped by yesterday.
      I had a pleasant conversation with you.

      Padam
  5. It is said, a problem well defined is 50% solved. Glad to know you have a solution! It was indeed a pleasure and a priviledge to meet a writer cum blogger who is so kind to share his experience and views and a blog that I follow closely to get my children to benefit from your practice! Thanks a lot Doc!

    BalasPadam
  6. mcm2 hal kan, penipuan secara tidaklangsung...hilang keberkatan di situ....tak tau nak salahkan sapa melainkan salahkan diri sendiri, as doctor perasaan serba salah tu sentiasa ada....mmg susah....semoga patient dr lebih berhemah la kan!

    BalasPadam