Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Jun 2013

Aku dan Musim Jerebu


Udara semakin tak sihat.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara pagi ini.
Kawasan Kulaijaya dah menghampiri 200.
Kota Tinggi dah 230.
Dan di Muar dah melebihi 300.

Suasana diluar kelabu seluruhnya.
Udara dihidu berbau asap terbakar.
Sesak nafas.
Pening kepala.
Mata terasa kering.
Tekak pun terasa kering.

Klik di sini  untuk IPU/API terkini.
Muar dah masuk kawasan merah.
Zon bahaya.
Begitu juga keadaannya di Singapura.

Di SMS Muar sekarang,
ada pertandingan bolajaring antara sekolah SBP.
Anakku dah dicutikan sejak semalam.
Asramanya digunakan untuk penempatan peserta.
Harap2 tiada kejadian buruk berlaku.
Dan rasanya pertandingan akan dibatalkan.

Kualiti udara tidak sihat.
Risiko serangan Asthma meningkat.
Risiko demam, batuk, sakit tekak meningkat.
Risiko kena sakit kepala/migraine meningkat.
Risiko cirit-birit juga meningkat.
Dah 2 malam berturut2 aku kerja overtime.
Face mask pun dah kehabisan stok.

Ini cerita ulangan setiap tahun.
Negara jiran kita tak pernah ambil endah.
Pembakaran kebun dah jadi tradisi.
Kerja mudah untuk membersihkan kebun.
Jimat dan tak perlu banyak belanja.
Tapi kita yang menanggung akibatnya.
Bila mereka nak belajar agaknya.

Itu cerita diluar klinik.
Didalam klinik pun berjerebu juga.
Staf klinik cuma 5 orang.
Tetapi masing2 dengan keegoan masing2.
Ada yang tak bertegur sapa.
Ada yang bermasam muka.
Ada yang meninggikan suara.
Ada juga yang berani tak masuk kerja.
Tanpa alasan.
Tanpa kenyataan.
Tanpa rasa bersalah.

Selagi tidak menjejaskan perjalanan klinik,
aku buat2 tak tahu sahaja.
Hal2 orang perempuan aku malas nak melayan.
Tetapi bila dah sampai tak datang kerja,
aku kena ambil tindakan.
Surat amaran,
potong gaji dan elaun,
dan kalau masih tak boleh berubah,
tamatkan kontrak.

Dari dulu lagi aku tak setuju pasal gaji minimum.
Staf lama gaji starting baru 600 ringgit.
Tiba2 staf baru datang gaji dah 900 ringgit.
Itu yang timbul konflik tu.
Gaji besar tapi kurang tanggungjawab.
Selepas seorang staf seniorku berhenti akhir tahun lepas,
dah beberapa orang staf baru aku ambil.
Semuanya hanya bertahan kurang 3 bulan.
Walaupun ramai berkelayakan di "atas kertas",
tapi personaliti dan perasaan tanggungjawab semuanya "ke laut".
Kalau di waktu kerja,
lebih banyak duduk daripada berdiri.
lebih lama pegang gajet banding pegang pen.
lebih suka diam daripada bertanya.
lebih suka buat tak tahu daripada ambil tahu.

Kalau staf yang paling baru ni buat hal juga,
aku rasa cukuplah dulu.
Aku malas nak cari staf baru.
Biarlah 4 orang tu kerja lebih masa.
Selama ini aku sanggup bayar gaji lebih masa,
tetapi mereka yang tak nak kerja lebih masa.
Atas alasan keluarga katanya.
Nak tengok anak membesarlah.
Anak nak ambik periksalah.
Juga macam2 alasan.

Inilah dia.
Cerita jerebu di luar.
Jerebu di dalam.

Hujung minggu ini kena keluar daripada Johor.
Kena lari dari jerebu.
Kena cari udara lebih sihat.




4 ulasan:

  1. Banyak tempat lain pun jerebu gak Doc. Agaknya, kena lari tempat tinggi kot... Pantai timur pun lebih kurang sama keadaannya.

    BalasPadam
  2. Suka dengan penulisan doktor.
    Ringkas tetapi penyampaiannya sangat berkesan...
    Mudah difahami (easy to digest)
    and kelakar pun ade...

    About your staff, please don't give-up to motivate them.
    I think perlu pendekatan Islamic kot....

    BalasPadam
  3. IPU kat Spore dah hazardous state..
    JB/Kulai/Senai mmg harus terima kesannya juga..
    Yang 'bijak' malingering pun, pasti tersenyum saat ini kan..:P

    Pasal staff tu, saya setuju dgn pandangan bro..
    Yg betul2 'ada hati' nak kerja kita boleh kenal..cam..Yg jenis budak2 ni mmg susah nak kawal..Penyudahnya, asyik staff baru masuk keluar..jenuh nak ngajar aja pasal dosing, pasal labeling..etc..

    BalasPadam
  4. tak best kan keje tempat b'jerebu' cam tu, jerebu luar ni kejap jer, tp jerebu dalaman ni makan dalam....susah ckit....

    BalasPadam