Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Jun 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita warga Indonesia.
Datang ke klinik untuk pemeriksaan FOMEMA.
Tarikh akhir period 1/5/2013.
Tetapi pemeriksaan UPTnya Positif.
Bermaksud dia sedang mengandung.
Kalau ikut prosedur,
gagalkan sahaja dan hantar balik kampung.
Mudahkan?

Tapi ini tak semudah itu.
Usianya baru 23 tahun.
Baru setahun datang ke Malaysia.
Suaminya bekerja satu kilang dengannya.
Dah nama suami isteri,
takda dosakan kalau mengandung?
Tapi sebenarnya,
tarikh 1/5/2013 itu bukan waktu dia start period.
Itu waktu dia melahirkan anak sulungnya.
Dia baru sahaja bersalin di hospital.
Siapa yang salah?
Wanita ini langsung tak nak beritahu.
Juga bukan rutinku untuk bertanya,
"Kau baru bersalin ke?"

Masa datang ke klinik untuk pemeriksaan FOMEMA,
dia memang masih dalam pantang.
Baru 3 minggu bersalin.
Tapi kenapa UPT masih lagi positif?
Kalau lepas keguguran UPT masih boleh positif selepas 2 minggu.
Tetapi lepas bersalin,
ini pertama kali aku jumpa.
Hari ini aku panggil dia datang ke klinik.
Keputusan UPT sudah negatif.
Pening kepala aku.
Apa nak buat selanjutnya?

Prosedur rayuan untuk FOMEMA sangat leceh.
Banyak borang nak kena isi.
Banyak borang nak kena sain.
Banyak borang nak kena faks.
Banyak borang nak kena pos.
Sebulan juga nak menunggu jawapan.

2 minggu sebelum itu,
wakil majikan ada bertanya denganku.
Perempuan lepas bersalin urine boleh sangkut ke?
Dan setahu aku,
Apa yang akan sangkut?
Mana ada yang sangkut?
Rupa2nya ini kesnya.
Pengalaman pertama sepanjang 10 tahun.
False Positive Urine Pregnancy Test.

 

4 ulasan:

  1. Ooo...ada rupanya macam tu. Saya ingatkan, sebaik saja dia dah tang pregnant, gugur atau bersalin, UPT mesti negative. Rupa2nya ada tempoh masa yer.

    BalasPadam
  2. Saya dah baca,mmg sepatutnya post partum period tu, UPT should be negative..

    Yup, false positive UPT..
    Repeat balik la test..kena la inform balik FOMEMA...tu yg leceh

    BalasPadam
  3. ohhhh sungguh leceh nak repeat fomema tu kan.....jenuh la

    BalasPadam
  4. Complicated ke? And actually what is FOMEMA?

    BalasPadam