Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Jun 2013

Aku dan Warna-Warni Jelajah Langkawi


Kalau anda suka window shopping,
jangan pergi ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.
Tiada apa2 di sini.
Buang masa sahaja datang ke sini.
Barang2nya semua outdated.
Barang2nya banyak yang China-made.
Barang2nya tak layak dijual di sini.
Baik terus ke Padang Besar.


Ini buah mempelam HarumManis.
Sangat famous di Perlis.
Khabarnya ada dijual secara online.
Tapi harganya 20 ringgit sekilogram.
Di Alor Setar 30 ringgit/2 kg.
Kenapa mahal sangat aku bertanya.
" Penjagaannya susah bang! " kata penjual.
"Kena selalu bubuh racun untuk elak serangga."
Aku beli sekilo dapat 3 biji.
Kurang 2 ringgit pun tak boleh.
Rasanya memang lain daripada yang lain.
Mungkin sebab banyak sangat bubuh racun gamaknya.
3 bijinya aku dah semai kat belakang rumah.
Harap2 tumbuh.


Kalau pergi Padang Besar,
jangan lupa beli jersi bola.
Semuanya serba lengkap.
Semua team ada,
semua saiz ada.
Jersi untuk season depan pun dah mula dijual.
Kualiti AAA RM30.00.
Kualiti Second Original RM35.00.
Kualiti Player issue RM45.00.
Beratus kedai ada disini.
Harga lebih kurang sahaja.
Tersenyum peminat Man U.
Dapat 3 helai jersi sekaligus.


Kalau nak naik feri ke Langkawi,
gunalah jeti Kuala Perlis.
Perjalanan tak sampai sejam.
Tiket boleh dibeli sehari lebih awal.
Tapi kena banyak bersabar.
Walaupun semua tiket ada nombor tempat duduk,
orang masih lagi berebut2.
Apatahlagi untuk perjalanan balik.
Masing2 bawa beg besar gajah.


Ini kotak kunci dalam cable car yang aku naik.
Pecahkan untuk ambil kunci jika ada kecemasan.
Tapi mana kuncinya?
Peti itu kosong!
Kalau aku ada Panic Attack,
memang dah lama aku terjun gamaknya.


Adik ini duduk di baris depanku masa dalam feri.
Mungkin baru dapat handphone agaknya.
Jadi sekejap2 dia ambik gambar orang dibelakangnya.
Ini gambar dia aku ambil.
'' Uncle belakang ambil gambar kakaklah."
Dia mengadu kat ibunya.
Lepas tu baru dia berhenti ambil gambar.
Harap2 dia tak tahu gambar dia masuk dalam blog.


Ini kereta sewaku masa di Langkawi.
Suzuki ERV 6 tempat duduk.
Aku booking atas talian.
Walaupun kereta lama,
aku sangat selesa membawanya.
Jadi kalau nak ke Langkawi,
cari kereta awal2.
Jadi bila sampai sana kereta dah sedia.
Memang ramai ulat2 yang membantu carikan kereta sewa.
Tapi semuanya kereta tangkap muat.
Nasib baik dapat kereta yang baik.
Nasib tak baik?
Harga kereta sewa lebih kurang sama sahaja.
Ekstra 20 ringgit semasa cuti sekolah.


Aku kagum dengan couple Mat Salih ni. 
Sepanjang dalam barisan nak naik cable car,
mereka langsung tak hirau sekeliling.
Mereka sangat asyik dengan buku bacaan mereka.
Tak macam orang kita.
Pantang ada free sikit,
gadget juga yang dipegangnya.


 Ini Black Devil.
Aku jumpa di kedai jual minuman keras.
Cute! Tapi terbayang macam2.


Ini Mrs. Longjack.
Buah nangka yang tumbuh hidung.
Menjadi maskot di Langkawi AgroTech.
Ramai mat Salih dan pak Arab bergambar dengannya.

Salam hujung minggu kawan2!


8 ulasan:

  1. Budaya membaca mmg menebal di kalangan mat saleh, yg muka muka punk pun, melepak kat bus stand baca buku/magazine...ni pengalaman masa saya duduk kat Sydney dulu...

    Yg kelakarnya pasal 'jersey next season' tu, kadangkala officially club tak announce pun lagi...Saya pernah tgk masa gi Pdg Besar dulu..last2, bila new season begin, jersey baru mmg lain design nya! haha..Tapi kalau pergi Pdg Besar masa season EPL/La Liga ni dah habis/end of May, mostly mmg betul2 la new season punya jersey tu

    BalasPadam
  2. hai.. salam kenal

    follower ke : 341

    done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Tak tahu pula yang Bukit Kayu Hitam tiada apa-apa. Terima kasih atas info ini. Sebab itu saya suka pandangan orang ketiga di blog apabila nak bercuti-cuti satu Malaysia. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  4. Saya rasa jersey tu mahal. Lebih murah di Rantau Pamjamg. Separuh dari itu boleh dapat. So Doc, Kelantan pula lepas nie? Wink..wink... hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.
      Nak pusing satu semenanjung hujung tahun ini.

      Padam
  5. pi langkawi mmg kena sewa keta awal2, kalau tak dpt yang tangkap muat ajelah, aku suka last pic hahahahahhahahaah

    BalasPadam
  6. bestnyer dapat jejalan kat sana! mr longjack tu memang camtu ek????

    BalasPadam