Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Jun 2013

Aku Gila Ke Subway

Dah lama aku teringin nak ke Subway.
Makan sandwich yang kononnya menyihatkan.
Rendah kolesterol.
Rendah lemak.
Rendah kalori.
Jadi taklah menggemukkan.
Cuma aku pun tak pasti Subway dah ada cawangan di JB ke belum.


10 hari yang lalu.
Aku terpandang kaunter Subway di AEON Bukit Indah.
Perut tiba2 terasa lapar.
Terasa ingin mencuba.
Ramai yang kata sedap.

Lalu aku menuju ke kaunter 'pertanyaan'.
Lama juga termenung tengok menunya.
Nasib baik masa tu akulah satu2 nya customer.
Jadi taklah malu2 nak bertanya.
Mula2 pilih roti dulu.
Ada 4 jenis roti untuk dipilih.
Katanya disediakan segar setiap hari.
Apa bezanya aku pun tak pasti.
Roti pun ada dua saiz.
Nak yang 6 inci ataupun yang sekaki panjangnya. 
Lepas tu pilih inti atau isinya.
Ada macam2 pilihan.
Tuna, Chicken Teriyaki, Roast Beef, Turkey Ham, Turkey Breast.
Nak bubuh semua pun boleh.
Lepas tambah beberapa keping cheese,
dipanaskan dalam oven sekejap.
Lepas tu pilih sayur2an pulak.
Salad, kobis, bawang, tomato, jeruk pun ada.
Kalau tak tahu nak pilih yang mana,
letak semua pun boleh.
Lepas tu pilih sos pulak. 
BBQ, chili, mustard, mayonaise, thousand island.
Nak letak semua pun boleh.
Maka,
dah siap sandwich pilihan sendiri.

Model sambilan merangkap peminat tegar Subway
Sandwich 6 inci yang basic,
harganya RM11.50.
Itu tak termasuk air minuman dan juga cookies.
Agak mahal.
Tapi mengenyangkan.
Dan yang penting.
Rendah lemak dan kalori.

Peminat2 tegar Subway senyum sampai ke telinga
Di Airport Senai ada cawangan Subway baru dibuka.
Rasanya belum ada sebulan.
Aku suka duduk2 di sana.
Beli majalah/buku di MPH,
lepas tu beli sandwich 6 inci.
Aku tahan duduk berjam2 kat sana.
Aircondnya sejuk.
Udaranya bersih.
Orang pun tak ramai.
Cuma kos parking kereta agak mahal sedikit.

Aku ingat aku seorang yang 'kagum' dengan Subway.
Rupa2nya ada oranglain sepertiku.
Tapi sepanjang 10 hari ini,
aku dah 3 kali ke Subway.
Aku dah tahu camna nak order.
Aku dah tahu sos apa yang sedap.
Aku juga dah tahu cara sebenar dan adab2 makan sandwich.



14 ulasan:

  1. heheheh.....masa saya mula2 beli kat subway, memang terasa diri ni jakun sangat-sangat...bila dah pandai, laju je pilih apa nak.. :)

    BalasPadam
  2. haha. td pelik tgk hari ni ramai ceta pasal subway. bila klik kat -oranglain- rupanya diri sendiri

    BalasPadam
  3. Ada sebuah kedai di Kg.Attap, KL yg supply daging2 halal berkualiti tinggi ke serata hotel di KL..saya selalu pergi ke sana beli stok daging lembu Australia..Argentina..dan juga lamb...Buat stok utk home made steak..dan juga sandwich ala Subway :) Dan kedai ini juga ada jual pelbagai jenis cheese & sos...Percayalah, try & error, wife saya dah boleh buat our home made Subway..Cuba check kedai sebegini di JB..boleh hari2 buat Subway :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh saya tahu apa nama kedai tu? Terima kasih

      Padam
    2. Naja, saya tak igt nama kedainya...hehehe..Tapi ianya di Kg Attap, berdekatan dgn Hotel Midah...kalau sampai di area situ, boleh tanya org sekitar...dah lama wujud kedai tu..dah established, lokasi tersorok sikit.

      Padam
    3. Saya pun dah berkira2 camtu jugak.
      Akan diusahakan.
      Terima kasih.

      Padam
    4. kedai tu dah lama aku tak pergi..kawan abang aku yg suggest kalau nak buat BBQ mmg situlah tmpt nak beli daging steak..

      dan subway ni kebetulan sabtu lepas baru aku makan setelah sekian lama tak beli..aku mmg carik roast beef sandwich tapi aku dgn anak sorang dua je yg suka..yg lain tekak melayu..

      Padam
  4. Pernah lalu saje depan subway dan terliur tengok gambar sandwich yang ade..

    Gambar potongan bawang segar dan sayur serta mayonis itu...menggiurkan. memang betul-betul sedap barangkali..

    BalasPadam
  5. Doktor, maaf bertanya yang cawangan doktor beli ni ada logo HALAL tak?
    Sebab tak semua outlet Subway ada pengesahan HALAL..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tengok kat website.
      Semua daging adalah halal.
      Tapi tak pula check yg kat airport tu.
      Pekerjanya semua melayu.
      Takpa.
      Kena repeat ke sana semula.
      Kena check.

      Terima kasih ya...

      Padam
    2. Sama sama Dr.
      If halal...nanti Dr. warwarkan kat blog ni tau
      sebab saya juga sangat sangat suka sanwich sandwich gaya omputih ni hehehe

      Padam
    3. Doktor,

      Refer pada link ni...
      yang outlet dekat dengan rumah saya ada dalam list.
      http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

      Padam
  6. Mahal memang, tapi mengenyangkan tu saya setuju sangat.

    BalasPadam
  7. Tcarik2 sos apa yg sedap.. share la sikit sos apa cmour sedap kt subway ni?

    BalasPadam