Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Aku dan Wordless Wednesday

Jumpa di FB.
Malaysia masih negara selamat?



Aku dan Hujung Minggu Ini

Diam tak diam, Dah 2/3 Ramadhan kita lalui. Tinggal 10 malam yang terakhir. Ramai yang mengajak, ramai yang mengingatkan, ramai juga yang mengajar. Mencari malam Lailatul Qadar. Malam yang bersamaan dengan seribu bulan.

Dan nampaknya aku kena ubah jadualku. Kerana setiap malam, aku tak pernah missed tengok rancangan ini. Masterchef Australia Season 4. Aku lebih kenal dengan peserta2 rancangan ini, banding dengan pelajar tahfiz  yang mengetuai sembahyang Terawih. Malunya aku. Tapi aku dah obses dan ketagih dengan rancangan ini. Hebat sungguh daya tarikannya. Kuat sangat cobaannya.

Petang Sabtu kelmarin. Aku tengok Despicable Me 2 di IOI Mall. Selepas beberapa kali tangguh dan mengecewakan anak2. Walaupun dah hampir sebulan ditayangkan, panggung masih lagi penuh. Jalan ceritanya biasa2 sahaja. Tapi karakter minion itu yang orang nak tengok. Perangai mereka gila2.
Bahasa mereka tak siapa yang faham.
Tak jemu menonton gelagat mereka.


Hari minggu. Aku kena melawat anak di Muar. Kena bawa…

Aku dan Wordless Wednesday

Malam 15 Ramadhan.

Shutter: 1/250 Aperture: f/8.0 ISO: 200




Aku dan Annual Medical Check-Up

Ada kilang baru pindah.

Pilih klinikku untuk buat Medical Check-up.

Kerjanya tak susah.
Tapi banyak sangat paperwork.
Bukan seorang dua.
Tapi beratus2 'kertas periksa' nak ditanda.
Nak update status pun tak sempat.


Aku dan Wordless Wednesday

Siapa nak order kuih ni? Ustazah anak aku menjualnya.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku ada seorang pesakit.
Usianya lebih kurang usia bapakku.
Pesakit diklinikku semenjak 2007.
Berpenyakit darah tinggi dan kencing manis.
Dan pernah kena stroke sebelum berjumpa denganku.
Dia salah seorang pesakit setiaku.
Setiap bulan tak pernah missed berjumpa denganku.
Staf klinik dah anggap dia sebagai bapak angkatku.
Kerana kalau ada apa2 berlaku,
wife dia akan call klinik.
Suruh aku datang melawatnya di rumah.

Disebabkan dia pernah kena stroke,
dia berjalan menggunakan tongkat.
Dah beberapa kali dia jatuh.
Di rumah mahupun ditempat awam.
Dan setiap kali ada kejadian tak diingini,
akulah yang diberitahu dahulu.

Sepanjang 6 tahun dia bersamaku,
tekanan darahnya sentiasa turun naik.
Paras gulanya pula naik turun.
Dia sangat rajin makan ubat.
Tetapi tak berapa rajin menjaga dietnya.
Puas aku menasihatinya,
tetapi degilnya macam bapak aku jugak.

Setiap bulan kalau dia datang klinik,
pasti 10-20 minit aku berborak dengannya.
Dia suka cerita pasal isterinya yang kuat berleter.
Pasal is…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Aku ada seorang sahabat. Sahabat semenjak sekolah menengah dulu.
Sama2 satu sekolah di SMSJ dulu.
Sama2 satu kolej masa di UM dulu.
Sama2 satu bilik masa menyewa di Pantai Dalam dulu.
Sama2 satu group masa buat praktikal di wad.
Sama2 satu geng masa buat elective posting di JB.
Sama2 satu negeri.
Sama2 menyokong Johor DT Luaskan Kuasamu.

Selepas tamat pengajian,
aku terus balik ke Johor.
Dia pula kena extend 6 bulan lagi.
Sebab failed satu paper masa final exam.
Dia pernah bekerja di JB beberapa tahun
sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur.
Murah rezeki dia.
Dia dapat menyambung pelajaran di UM semula.
Satu langkah yang sangat berani kata kawan2 yang lain.
Bukan senang nak buat program Master di UM.
Tetapi dia melakukannya.
2 tahun yang lalu dia berpindah ke private,
membuka klinik pakarnya sendiri.
Dia juga ada kolum sendiri di HMetro.
Bercerita mengenai kesihatan hidung/tekak/telinga itu kepakarannya.

Sepanjang 20 tahun ini,
sesekali aku ada berjumpa dengannya.
Dan yang terakhir se…

Aku dan Salam Jumaat

Ini kawanku. Man Rimau gelarannya. Kawan sekelas masa sekolah menengah di kampung dulu. Dia ni memang tipikal budak nakal. Semua kerja2 jahat dibuatnya. Semua guru2 dah kenal dengan kejahatannya. Tapi sebagai kawan dialah yang terbaik. Alhamdulilah. Kini dia seorang polis. Bekerja di Gemencheh Negeri Sembilan. Sejak ada geng WhatsApps ni, dialah paling rajin update status. Setiap hari, Ada aje cerita/gambar lawak diposkannya. Ada aje bahan untuk menceriakan hari aku.

Ini gambar terbaru dia. Dia dapat jawatan baru. Dia jadi guru disiplin sepanjang bulan puasa ni. Siap bawa rotan untuk menakut2kan budak2. Tujuannya mendisiplinkan budak2 semasa terawih. Jangan buat bising masa sembahyang. Dia kata dah 2 tahun pegang jawatan. Takda oranglain yang sanggup katanya.
Teringat aku zaman budak2 dulu. Kami sama2 jadi budak jahat masa tu. Waktu orang tua berterawih, aku main mercun dan bunga api. Curi rambutan kat rumah orang, juga curi2 makan kuih sebelum moreh. Dan paling jahat sekali, Orang l…

Aku dan 1 Ramadhan

Satu Ramadhan tahun ini.
Sana-sini terasa kemeriahannya.
Ramai sahabat2ku yang pulang ke kampung.
Menyambutnya bersama2 ahli keluarga.
Bersahur bersama,
berterawih bersama,
berbuka bersama2.
Memang terasa meriahnya bila masing2 bercerita di WhatsApps.
Siap dengan gambar warna sekali.
Jealous aku.

Tapi tidak aku.
2-3 hari ini aku kurang sihat.
Wife pun sama.
Kalau tidak kerana anak2,
memang berbuka dan bersahur dengan air kosong sahaja.
Badan terasa sakit semuanya.
Kepala pun sama.
Nak buat apa2 pun malas.
Jadi nak baring dan tidur sahaja seharian.

Satu Ramadhan.
Cuti umum di Johor.
Jadi puas aku tidur seharian.
Untuk menghilangkan rasa sakit2 dibadan.
Anak yang sulung pula pertama kali berpuasa diasrama.
Asyik telefon aje nak balik.
Rindu kat suasana di rumah katanya.
Aku dah melaluinya.
Boleh mengalir airmata kalau nak buat flashback.
Ikan kering emak goreng,
lebih sedap daripada paha ayam makcik dewan makan yang goreng.
Ais kosong emak sediakan,
lebih sedap daripada Air Katira kat de…

Aku dan Wordless Wednesday

Jumpa di Wetex Parade, Muar.


Aku ke PC Expo 2013

Nama sahaja orang Johor. Tapi sangat jarang aku ke bandaraya Johor Bahru. Takda keperluan. Tapi hujung minggu kelmarin. Aku merayap sampai ke tengah bandaraya. Aku ke Persada Convention Center. Ada PC Expo. Ada pesta jualan komputer dan gajet.

Seperti dijangka. Suasana sangat sibuk sekali. Penuh kereta dikeliling Persada dan kawasan sekitarnya. Dan seperti dijangka juga, suasana di dalam pun lebih kurang juga. Macam2 ada dijual di sini. Hampir 50 gerai mempromosi barangan masing2. Semuanya menjual barang2 terbaru mereka. Pada harga yang berpatutan. Daripada sekecik2 microSD, Sehingga sebesar2 tv LED. Sana sini penuh dengan promoter menghulur kertas. Tak cukup tangan nak memegangnya.

Satu yang aku perhatikan, Semua gerai dimonopoli oleh satu bangsa sahaja. Tiada satu pun syarikat bumiputera kelihatan. Nak jumpa promoter Bumiputera pun susah. Tapi semuanya fasih berbahasa Melayu. Semuanya rajin menjawab soalan2. Walaupun mereka tahu, aku cuma sekadar lalu dan bertanya, bersungguh2 mere…

Aku dan Lawak Hari Jumaat

Jumpa di FB. Tapi tak lawak pun.



Aku dan Wordless Wednesday

Mohon pencerahan. Adakah MC ini sah dari segi undang2? Kalau sah, kenapa perlu di countersigned oleh doktor?

Aku dan Subway Homemade

Tak rugi beberapa kali ke Subway. Membuat lawatan makan sambil belajar. Belajar membuat sandwich sendiri. Terima kasih kepada DaddyZiyyad. Dia yang memberi cadangan kepadaku.
Hujung minggu lepas, aku berulang-alik ke Tesco, Jusco dan Mydin. Mencari bahan2 asas untuk membuat sandwich. Betul kata DaddyZiyyad. Buat sendiri lebih ekonomik. Buat sendiri lebih memenuhi citarasa. Harganya pun kurang 50% berbanding di Subway.
Bila buat sendiri, lebih banyak variasi. Macam2 roti boleh digunakan. Roti putih, roti Tortila, roti Perancis. Macam2 inti boleh digunakan. Macam2 sayuran boleh diletakkan. Macam2 sos boleh digunakan. The choice is endless.

Beberapa hari ini aku try and error. Anak2 pun ikut belajar sama. Memang kerja senang. Tak sampai 5 minit dah siap. Mula2 letak inti pilihan atas roti. Letak 1-2 keping cheese. Lepas tu panaskan dalam microwave. 30 saat sahaja. Lepas tu letak sayuran pilihan. Lettuce dan bawang besar paling sedap dan rangup. Lepas tu letak sos pilihan. Sos cili, sos b…

Aku dan Final Piala FA 2013

Sepatutnya hujung minggu ini aku ke Putrajaya. Nak tengok Pameran Floria 2013. Tetapi rupanya ada event lain yang lebih penting. Jadi terpaksa tangguh lagi ke tahun depan.  Malam Sabtu 29 Jun. Final Piala FA 2013. Aku dapat tiket depan sekali. Tiket Grandstand. Siap ada remote lagi. Boleh tukar channel lain kalau game bosan.

Ini gambar kawan aku post di WhatsApps. Pagi2 lagi dia dah beratur kat Stadium Bukit Jalil. Tapi penat aje beratur. Tiket yang dijual hanya beberapa ribu keping. Sekejap aje dah habis. Yang lain dah dibooking oleh 'orang2 dalam'. Yang lain akan dijual pada harga berlipat kali ganda. Inilah resmi manusia. Mencari untung dengan menyalahguna kuasa.

Dah lama team Johor tak masuk final apa2 acara. Jadi untuk sekian lamanya, rakyat Johor sangat menunggu2 saat2 ini. Beramai2 nak masuk stadium. Dan dalam keghairahan nak masuk stadium, ramai yang menangguk di air keruh. Ramai putar alam mencari mangsa. Beribu2 yang terkena. Berpuluh2 bas terkandas. Tiket masuk sta…