Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Julai 2013

Aku dan 1 Ramadhan


Satu Ramadhan tahun ini.
Sana-sini terasa kemeriahannya.
Ramai sahabat2ku yang pulang ke kampung.
Menyambutnya bersama2 ahli keluarga.
Bersahur bersama,
berterawih bersama,
berbuka bersama2.
Memang terasa meriahnya bila masing2 bercerita di WhatsApps.
Siap dengan gambar warna sekali.
Jealous aku.

Tapi tidak aku.
2-3 hari ini aku kurang sihat.
Wife pun sama.
Kalau tidak kerana anak2,
memang berbuka dan bersahur dengan air kosong sahaja.
Badan terasa sakit semuanya.
Kepala pun sama.
Nak buat apa2 pun malas.
Jadi nak baring dan tidur sahaja seharian.

Satu Ramadhan.
Cuti umum di Johor.
Jadi puas aku tidur seharian.
Untuk menghilangkan rasa sakit2 dibadan.
Anak yang sulung pula pertama kali berpuasa diasrama.
Asyik telefon aje nak balik.
Rindu kat suasana di rumah katanya.
Aku dah melaluinya.
Boleh mengalir airmata kalau nak buat flashback.
Ikan kering emak goreng,
lebih sedap daripada paha ayam makcik dewan makan yang goreng.
Ais kosong emak sediakan,
lebih sedap daripada Air Katira kat dewan makan.

Masa anak masing2 masih kecil,
puasa pertama mesti berkumpul dirumah emak.
Emak sendiri dan bergilir dengan rumah emak mertua.
4-5 keluarga berkumpul menunggu waktu berbuka.
Meriah tak terkata.
Penat emak memasak hilang serta-merta,
bila melihat cucu2 berebut2 lauk.

Tapi sekarang dah tak boleh lagi.
Emak dah semakin uzur.
Dah tak larat nak memasak banyak2.
Lagipun cucu2nya semua dah besar2.
Masing2 dah belajar jauh2.
Memang susah nak berkumpul.
Kenalah tunggu cuti hari raya nanti.

Aku pun dah rasa berbeza.
Bila usia dah makin bertambah,
selera makan dah makin kurang.
Juga makan pun tak boleh ikut selera tekak sahaja.
Kena kawal mana yang patut.
Kena kurangkan mana yang tak patut.
Jadi bila emak masak ikut selera,
memang payah nak control.



Sepanjang awal Ramadhan ni,
aku layan tengok cerita ini.
Kisah manusia zaman batu.
Gila punya lawak.
Sampai tak ingat sakit dibadan.
Sampai tak ingat ini bulan puasa.

Selamat berbuka kawan2!


1 ulasan:

  1. Hari nie dah hari ke-3. Dah sihat? Weekend nie, yang di asrama pasti dah boleh pulang agaknya. Kalau tidak, terpaksalah hantarkan juadah weekend nanti. Kasihan dia.

    BalasPadam