Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Julai 2013

Aku dan Final Piala FA 2013


Sepatutnya hujung minggu ini aku ke Putrajaya.
Nak tengok Pameran Floria 2013.
Tetapi rupanya ada event lain yang lebih penting.
Jadi terpaksa tangguh lagi ke tahun depan. 
Malam Sabtu 29 Jun.
Final Piala FA 2013.
Aku dapat tiket depan sekali.
Tiket Grandstand.
Siap ada remote lagi.
Boleh tukar channel lain kalau game bosan.


Ini gambar kawan aku post di WhatsApps.
Pagi2 lagi dia dah beratur kat Stadium Bukit Jalil.
Tapi penat aje beratur.
Tiket yang dijual hanya beberapa ribu keping.
Sekejap aje dah habis.
Yang lain dah dibooking oleh 'orang2 dalam'.
Yang lain akan dijual pada harga berlipat kali ganda.
Inilah resmi manusia.
Mencari untung dengan menyalahguna kuasa.


Dah lama team Johor tak masuk final apa2 acara.
Jadi untuk sekian lamanya,
rakyat Johor sangat menunggu2 saat2 ini.
Beramai2 nak masuk stadium.
Dan dalam keghairahan nak masuk stadium,
ramai yang menangguk di air keruh.
Ramai putar alam mencari mangsa.
Beribu2 yang terkena.
Berpuluh2 bas terkandas.
Tiket masuk stadium hilang entah ke mana.
Janji2 ada kenal orang dalam adalah helah biasa.
Untuk mengaut keuntungan sekelip mata.
Yang terkena duduk terkebil2 diluar stadium.
Yang terkena juga tak boleh nak balik Johor.
Driver bas mogok sebab payment masih sangkut.
Stadium muat 87 000.
Tetapi yang ada dalam stadium hampir 100 000.
Sebab yang takda tiket pun boleh masuk.
Sebab apa?
Kaw-tim dengan penjaga tiket.
Ada duit semua boleh jadi.


Kepada yang bertuah dapat masuk stadium,
satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Suasana sangat gamat di dalam stadium.
Beberapa kawan aku 'live' di WhatsApps.
Memang happening sangat kata mereka.
Penyokong2 Johor adalah yang terbaik di Malaysia.
Mereka menyanyi dan bersorak bersama2.
Lagu Luaskan Kuasamu bergema diseluruh stadium.

Tapi Johor hanya menang sorak malam itu.
Game hancur!
Taktikal Fandi Ahmad ke laut perginya.
Pertahanan hancur.
Midfield lagi hancur.
Dan pelik jugak,
Safee Sali dikeluarkan hanya selepas 15 minit.
Padaku,
Kelantan memang layak menang.
Kelantan memang layak jadi juara.


Kelantan juara Piala FA 2013.
Walaupun cuba dibomohkan,
mereka tetap takkan kalah punya.


Pagi hari Isnin,
ramai juga penyokong Johor datang ke klinik.
Sakit tekak dan hilang suara.
Yang sakit2 badan dan nak MC pun ramai.
Tapi heran juga aku.
Hanya penyokong Johor yang sakit.
Mana perginya penyokong2 Kelantan?



4 ulasan:

  1. Saya tak tengok langsung. Sibuk di dapur. Tapi, saya terfikir, agak2nya kalau Kelantan yang kalah, ada tak aman damai macam masa tu...?

    Psst : Doc, saya ada entry esok (Selasa) tentang medical sikit. Harap dapat opinion dari Doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada kawan Colorectal Surgeon.
      Apa2 hal saya boleh dptkan advice.

      Hanging tough!

      Padam
  2. Ni antara kisah mereka yang dapat rasa pengalaman dalam Bukit Jalil doc.. Meriah!
    http://berteromber.blogspot.com/2013/07/final-piala-fa-2013.html

    BalasPadam