Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Julai 2013

Aku dan Hujung Minggu Ini


Aku ada seorang sahabat.
Sahabat semenjak sekolah menengah dulu.
Sama2 satu sekolah di SMSJ dulu.
Sama2 satu kolej masa di UM dulu.
Sama2 satu bilik masa menyewa di Pantai Dalam dulu.
Sama2 satu group masa buat praktikal di wad.
Sama2 satu geng masa buat elective posting di JB.
Sama2 satu negeri.
Sama2 menyokong Johor DT Luaskan Kuasamu.

Selepas tamat pengajian,
aku terus balik ke Johor.
Dia pula kena extend 6 bulan lagi.
Sebab failed satu paper masa final exam.
Dia pernah bekerja di JB beberapa tahun
sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur.
Murah rezeki dia.
Dia dapat menyambung pelajaran di UM semula.
Satu langkah yang sangat berani kata kawan2 yang lain.
Bukan senang nak buat program Master di UM.
Tetapi dia melakukannya.
2 tahun yang lalu dia berpindah ke private,
membuka klinik pakarnya sendiri.
Dia juga ada kolum sendiri di HMetro.
Bercerita mengenai kesihatan hidung/tekak/telinga itu kepakarannya.

Sepanjang 20 tahun ini,
sesekali aku ada berjumpa dengannya.
Dan yang terakhir semasa reunion geng SMSJ
beberapa bulan yang lepas.
Dia tak pernah berubah.
Ciri2 kejawaannya masih tebal dijiwanya.
Dia masih seorang yang sangat peramah.
Dia boleh berkawan dengan semua orang.
Dia seorang yang mementingkan persahabatan.
Dia jarang melukakan perasaan orang lain.
Dia juga tidak lokek.
Ilmu, wang ringgit ataupun apa sahaja.
Itulah ciri2 bangsa Jawa yang sebati dengan jiwanya.

Beberapa kali berjumpa dengannya,
dia selalu bercerita pasal keadaan kesihatannya.
Walaupun dia seorang doktor,
dia juga manusia biasa juga.
Tak boleh lari daripada sebarang penyakit.
Dia menghidap penyakit darah tinggi dah lama.
Tetapi tak berapa suka makan ubat.
Tak berapa strict dengan dietnya.
Takda masa untuk bersenam dan beriadah.
Berat badannya sekitar 70kg masa bersama denganku.
Dan kali terakhir berjumpa dengannya,
beratnya dah lebih 110kg.
Prosperous katanya.

Beberapa hari lepas aku dapat berita.
Dia dimasukkan ke wad.
Dia mengalami kegagalan buah pinggang.
Satu penyakit yang agak kritikal.
Satu penyakit yang mungkin tak boleh pulih sepenuhnya.
Satu penyakit yang perlu belanja besar.

Sebagai seorang kawan,
aku turut bersedih dengan keadaannya.
Aku berdoa semoga dia tabah.
Aku berdoa semoga dia boleh sembuh.
Aku berdoa semoga nasib baik menyebelahinya.
Aku seorang yang optimis.
Aku yakin dia boleh melaluinya.

Inilah namanya kehidupan.
Manusia hanya boleh merancang.
Tapi Tuhan yang menentukan segala2nya.
Sempena bulan yang mulia ini,
marilah kita sama2 bermuhasabah.
Menilai diri kita sendiri.
Siapa kita?
Dimana kita?
Kemana kita selepas ini?
Tiada guna wang ringgit,
tiada guna harta benda,
tiada guna isteri cantik,
kalau kesihatan diri tidak berjaga.

Salam hujung minggu kawan2!





3 ulasan:

  1. Pakar ENT di Metro? hurmm..dah lama tak beli metro ni....apapun, moga your fren tu dpat melalui ujian ni...tapi kata org, doctor is the worst patient..poor compliance...bukan kata orang, tp diri sendiri pun sama... huhu

    BalasPadam
  2. True. Saya baca dalam novel Melur Jelita, pepatah Kemboja pernah berkata, seseorang itu akan mati di kemahirannya. Kalau cekap berpedang, nyawanya di hujung pedang. Kalau mahir menembak, mungkin pistol. Tapi itu hanya pepatah zaman dahulukala.

    BalasPadam
  3. Very sad to hear about your good old Javanese friend. May Allah bless him with full recovery. Being healthy is an investment, not only for ourselves, but for our children and wife and family. For their sake, we must do our best to take care our health. Death is not in our hand, Allah determines!, but preventive health practices are within our control. This reminds of two Doctors, husband and wife who passed away in Muar a few years ago within a short time of one another. ( Klinik Jayaraman near Khalidi). First, wife was slightly ill, but did not want to go to hospital, fearing nobody to take care of husband. But minor ailment without treatment took a turn for worse and later passed away in hospital. Within less than six months, the husband too passed away due to being alone. I consider both deaths were preventable. And the sadder part is they had two sons who were doctors, not staying with them then!

    BalasPadam