Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Julai 2013

Aku dan Hujung Minggu Ini

Diam tak diam,
Dah 2/3 Ramadhan kita lalui.
Tinggal 10 malam yang terakhir.
Ramai yang mengajak,
ramai yang mengingatkan,
ramai juga yang mengajar.
Mencari malam Lailatul Qadar.
Malam yang bersamaan dengan seribu bulan.


Dan nampaknya aku kena ubah jadualku.
Kerana setiap malam,
aku tak pernah missed tengok rancangan ini.
Masterchef Australia Season 4.
Aku lebih kenal dengan peserta2 rancangan ini,
banding dengan pelajar tahfiz 
yang mengetuai sembahyang Terawih.
Malunya aku.
Tapi aku dah obses dan ketagih dengan rancangan ini.
Hebat sungguh daya tarikannya.
Kuat sangat cobaannya.


Petang Sabtu kelmarin.
Aku tengok Despicable Me 2 di IOI Mall.
Selepas beberapa kali tangguh dan mengecewakan anak2.
Walaupun dah hampir sebulan ditayangkan,
panggung masih lagi penuh.
Jalan ceritanya biasa2 sahaja.
Tapi karakter minion itu yang orang nak tengok.
Perangai mereka gila2.
Bahasa mereka tak siapa yang faham.
Tak jemu menonton gelagat mereka.


Hari minggu.
Aku kena melawat anak di Muar.
Kena bawa anak keluar bandar.
Jadi boleh shopping raya sekali.
Dan bila Syawal kian menjelang,
ramai sungguh umat manusia sedang berbelanja.
Bandar Muar semakin bersih.
Bangunannya berwarna-warni.
Malangnya sistem trafik masih kelam-kabut.
Manusia masih parking ikut suka.
Bukan di Muar sahaja.
Tabiat semulajadi di mana2.


Selepas bandar Muar,
aku menyinggah di pekan Ayer Hitam.
Mencari karpet baru untuk raya.
Warga Pakistan semakin bermaharajalela di sini.
Memonopoli perniagaan jualan karpet.
Tapi mereka rajin dan tekun melayan pelanggan.
Permintaan pelanggan tak pernah dihampakan.
Walau sebesar dan setebal mana karpet sekalipun,
mereka tak merungut untuk membentangnya.
Dan mereka tak lokek memberi diskaun.

Sebelum balik,
Aku sempat juga singgah ke Bazaar Ramadhan Ayer Hitam.
Tengok air berwarna warni sungguh mengancam.
Begitu juga lauk2 kampung.
Bau asap ayam golek sungguh menyelerakan.
Akhirnya aku mengaku kalah.
Macam2 dibelinya.
Sampai tak cukup tangan nak pegang.


Seharian berjalan.
Aku kepenatan.
Nasib baik ada second driver.
Bolehlah aku duduk belakang melelapkan mata.
Sedar aje dah sampai rumah.

Selamat mencari Lailatul Qadar kawan2!

4 ulasan:

  1. Rumah x de astro, jadinya x leh nak tengok mc australia s4 ni... Nak kena tengok on9 la gayanya :)

    Selamat mencari malam lailatul qadar doc :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau awak suka memasak,
      kena tengok rancangan ni.
      Banyak resepi baru boleh dipelajari.

      Tahu apa itu Antipasti?

      Padam
  2. Wah, memang penuh sungguhlah weekend Doc. Malam itu, jangan di tunggu, cuma berserah diri kepada Allah jer yang pentingnya, kan...Hehehehehe. Doc, raya nie tutup klinik berapa lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuti 6 hari.
      termasuk Sabtu dan Ahad.

      Padam