Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Julai 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini



Aku ada seorang pesakit.
Usianya lebih kurang usia bapakku.
Pesakit diklinikku semenjak 2007.
Berpenyakit darah tinggi dan kencing manis.
Dan pernah kena stroke sebelum berjumpa denganku.
Dia salah seorang pesakit setiaku.
Setiap bulan tak pernah missed berjumpa denganku.
Staf klinik dah anggap dia sebagai bapak angkatku.
Kerana kalau ada apa2 berlaku,
wife dia akan call klinik.
Suruh aku datang melawatnya di rumah.

Disebabkan dia pernah kena stroke,
dia berjalan menggunakan tongkat.
Dah beberapa kali dia jatuh.
Di rumah mahupun ditempat awam.
Dan setiap kali ada kejadian tak diingini,
akulah yang diberitahu dahulu.

Sepanjang 6 tahun dia bersamaku,
tekanan darahnya sentiasa turun naik.
Paras gulanya pula naik turun.
Dia sangat rajin makan ubat.
Tetapi tak berapa rajin menjaga dietnya.
Puas aku menasihatinya,
tetapi degilnya macam bapak aku jugak.

Setiap bulan kalau dia datang klinik,
pasti 10-20 minit aku berborak dengannya.
Dia suka cerita pasal isterinya yang kuat berleter.
Pasal isterinya yang suka berjalan makan angin.
Pasal isterinya yang suka beli nombor ekor.
Pasal anaknya yang bekerja di Singapura.
Pasal anaknya yang bekerja di Australia.
Pasal anaknya yang belum mahu berkahwin.
Pasal adik-beradik isterinya yang sombong.
Dan sebagainya.

Juga setiap kali dia datang,
dia mesti mintak diskaun.
Dia juga mintak resit dan mintak ditambah ekstra 10 ringgit.
Nak claim kat anak katanya.
Dan 10 ringgit ekstra itu untuk dia bersarapan diwarung sebelah.

Mulai awal tahun ini,
kesihatannya mula merosot.
Beratnya semakin menurun.
Selera makannya semakin kurang.
Ujian darahnya semuanya normal.
Aku pernah merujuk dia ke hospital kerajaan.
Tetapi CT Brainnya dikatakan normal.
Jadi dia balik follow-up kata aku jugak.

Apa yang aku perhatikan,
dia memang tak ngam dengan isterinya.
Isterinya seolah2 semakin membencinya.
Semua yang dibuatnya serba tak kena.
Nak makan salah,
nak tidur salah,
nak berjalan2 salah,
pendek kata semuanya menjadi bahan leterannya.
Anak2nya pun ramai menyebelahi ibunya.
Kesian dia.
Asyik dia sahaja yang salah.

Sebulan yang lalu dia datang seperti biasa.
Semuanya seperti biasa.
Cuma pergerakannya agak terbatas.
Mulutnya pun tak sekecoh dulu.
Mungkin faktor usia agaknya.
Dan aku tak menyangka.
Itulah kali terakhir dia datang ke klinikku.

Dua minggu yang lalu isterinya suruh aku datang ke rumah.
Dia jatuh lagi.
Masa aku datang dia kelihatan murung dikerusi.
Wajahnya sudah tak ceria.
Isterinya pula asyik membebel menyalahkan dia.
Muka aku pun tak nak dipandangnya.
Dia kata pening kepala sahaja.
Tiada kesan2 luka atau lebam kelihatan.
Tekanan darahnya agak tinggi.
Paras gulanya pun sama.
Tiada tanda2 serangan stroke sebab kaki dan tangan masih kuat lagi.
Isterinya kata dah 2 hari dia tak nak makan ubat.
Suruh bersarapan pun tak nak.
Dia seolah2 merajuk dengan isterinya.
Aku faham perasaannya.
Kerana sepanjang aku berada di rumahnya,
isterinya tak habis2 membebel menyalahkannya.
Aku yang takda darah tinggi pun naik darah jugak.
Inikan pula suaminya.

Dua hari kemudian,
aku dipanggil semula ke rumahnya.
Dia sudah terlantar di atas katil.
Dia sudah tidak sedarkan diri.
Memang sah.
Dia kena stroke untuk kali kedua.
Aku terus suruh anaknya panggil ambulans.

Semalam anaknya call aku.
Ayahnya telah dirujuk ke Hospital Besar JB.
Seminggu didalam wad tanpa sebarang perubahan.
Dan semalam,
dia meninggal dunia.
Jangkitan kuman di paru-parunya.

Aku dan biasa menghadapi situasi ini.
Tetapi kali ini aku rasa sangat berlainan.
Pesakit ini terasa sangat dekat dihatiku.
Aku merasa kehilangan.
Aku akan merindui senyumannya.
Aku akan merindui jenakanya.
Dialah pesakit aku paling setia.
Dialah pesakit paling lama bersamaku.
Aku perlu banyak berterima kasih kepadanya.
Dia banyak 'membawa' pesakit ke klinikku.
Kalaulah dia bukan berbangsa Cina,
memang aku dah buat majlis tahlil untuknya.

R.I.P Uncle OBW.


6 ulasan:

  1. sedih..menitik airmata baca..uhuhuhuuuu

    BalasPadam
  2. Orang tua memang banyak kerenahnya. Sebab tu bila melayan orang tua, terutama yang dah nyanyuk sikit, kita kena layan dengan sabar seumpama dia seorang anak kecil yang baru belajar berkata2. Kasihan dengan uncle nie. RIP uncle.

    BalasPadam
  3. Mmg tipikal ada jenis old chinese yg macam tu...makin tua, makin galak main mahjong/judi..

    BalasPadam