Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Julai 2013

Aku dan Salam Jumaat


Ini kawanku.
Man Rimau gelarannya.
Kawan sekelas masa sekolah menengah di kampung dulu.
Dia ni memang tipikal budak nakal.
Semua kerja2 jahat dibuatnya.
Semua guru2 dah kenal dengan kejahatannya.
Tapi sebagai kawan dialah yang terbaik.
Alhamdulilah.
Kini dia seorang polis.
Bekerja di Gemencheh Negeri Sembilan.
Sejak ada geng WhatsApps ni,
dialah paling rajin update status.
Setiap hari,
Ada aje cerita/gambar lawak diposkannya.
Ada aje bahan untuk menceriakan hari aku.


Ini gambar terbaru dia.
Dia dapat jawatan baru.
Dia jadi guru disiplin sepanjang bulan puasa ni.
Siap bawa rotan untuk menakut2kan budak2.
Tujuannya mendisiplinkan budak2 semasa terawih.
Jangan buat bising masa sembahyang.
Dia kata dah 2 tahun pegang jawatan.
Takda oranglain yang sanggup katanya.

Teringat aku zaman budak2 dulu.
Kami sama2 jadi budak jahat masa tu.
Waktu orang tua berterawih,
aku main mercun dan bunga api.
Curi rambutan kat rumah orang,
juga curi2 makan kuih sebelum moreh.
Dan paling jahat sekali,
Orang lain sebut 'Amin' lepas Fatihah,
Kita sebut 'ayam' ramai2.

Zaman budak2.
Zaman tak tahu hukum.
Yang tahu berseronok2 sahaja.
Bila dah dewasa sekarang,
Tersenyum sorang2 mengingatkan kejahatan lampau.
Juga tergelak sakan,
bila sejahat2 kawan masa kecik2 dulu,
kini dan bertukar jadi sebaik2 umat.
Alhamdulilah.

Minggu lepas.
Waktu sembahyang Jumaat.
Ada seorang hamba Allah bawa anak ke masjid.
Umur sekitar 4 tahun.
Masa masing2 tengah berjemaah,
selamba aje budak tu keluar saf.
Jalan2 depan makmum2 lain.
Siap berhenti dah menengok muka makmum tengah sembahyang. 
Nasib baik dia cuma jalan2 sahaja.
Tak berguling2 atau jerit2.
Tapi hilang separuh kekhusyukkanku.

Lepas sembahyang aku perhati hamba Allah tu.
La! patient aku rupanya.
Patutlah.
4 anaknya semua perempuan.
Yang bungsu sekali baru lelaki.
Tu yang bersemangat nak mengajar dan mendisiplinkannya tu.
Baguslah kecik2 dah dibawa ke masjid.
Tapi kalau dah mengganggu jemaah lain,
kira macam mana tu?

Salam hari Jumaat kawan2!





1 ulasan:

  1. Seronoknya baca pengalaman Doc masa kecik. Perghh...boleh tahan nakal ekkk

    BalasPadam