Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Julai 2013

Aku dan Subway Homemade

Tak rugi beberapa kali ke Subway.
Membuat lawatan makan sambil belajar.
Belajar membuat sandwich sendiri.
Terima kasih kepada DaddyZiyyad.
Dia yang memberi cadangan kepadaku.

Hujung minggu lepas,
aku berulang-alik ke Tesco, Jusco dan Mydin.
Mencari bahan2 asas untuk membuat sandwich.
Betul kata DaddyZiyyad.
Buat sendiri lebih ekonomik.
Buat sendiri lebih memenuhi citarasa.
Harganya pun kurang 50% berbanding di Subway.

Bila buat sendiri,
lebih banyak variasi.
Macam2 roti boleh digunakan.
Roti putih, roti Tortila, roti Perancis.
Macam2 inti boleh digunakan.
Macam2 sayuran boleh diletakkan.
Macam2 sos boleh digunakan.
The choice is endless.


Beberapa hari ini aku try and error.
Anak2 pun ikut belajar sama.
Memang kerja senang.
Tak sampai 5 minit dah siap.
Mula2 letak inti pilihan atas roti.
Letak 1-2 keping cheese.
Lepas tu panaskan dalam microwave.
30 saat sahaja.
Lepas tu letak sayuran pilihan.
Lettuce dan bawang besar paling sedap dan rangup.
Lepas tu letak sos pilihan.
Sos cili, sos black pepper juga mayonaise
Dah siap.


Untuk isi pilihan,
di Jusco ada yang dijual ikut gram.
Tapi aku pilih yang dah siap dipekkan.
Harga antara 6-8 ringgit untuk 6 hirisan.
Dan sebagai permulaan,
aku beli kesemuanya.
Tak tahu mana yang paling sedap.

Kepada sesiapa yang nak rasa sandwich aku,
datanglah rumah hari raya nanti.
Nak buat sendiri boleh.
Nak suruh anak aku buatkan pun boleh.




19 ulasan:

  1. Saya pun rasa macam nak try buat sendiri sandwich ala2 subway ni.... Mujur rumah doc jauh di selatan. Kalau dekat, harus saya pergi nanti hehe :D

    BalasPadam
  2. menjimatkan...tetiba rasa nk try jgak la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa letak gambar...

      Padam
    2. hahaha...kalo siap tapi xlawa..segan nk letak...

      Padam
  3. wah cepatnya progress
    hahaa
    dan sungguh menyelerakan
    adoii buat mak buyung ni mengindam je lah doktor ni
    kena cepat2 pergi kedai daging tu tak pun pergi Jusco je la mcm Doktor

    BalasPadam
  4. aku biasa buat utk anak2 breakfast & bekal ke sekolah. bila dorang balik, dorang ckp kengkawan suma order suh bawak lagi utk dorang ..wakakaka..

    tapi aku tak suka beli byk2 sbb dia punya expiry cepat..so, bila nak makan baru beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. First timer.
      Tak tahu mana yg sedap.
      Semua nak try.

      Boleh buat bisnes tu...

      Padam
    2. You can't go wrong with beef & chicken. Tapi aku, pan-fry dulu sebelum masuk roti. My kids prefer it that way.

      Padam
  5. saya tak boleh nak beli all the inti, and all the bahan sbb tak tahan lama, yang nak makannya sorg jer...anak2 kecik, so takdenya nak makan benda gini, sang suami pun sama makan ala kadar jugak...so nanti expired kalau nak beli macam2 choice macam ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau camtu,
      ke Subway ajelah kalau teringin.


      Padam
  6. Serius Doc? Boleh datang rumah masa raya? Makan subway Doc? Hehehehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.
      Kalau kena dengan harinya.
      Boleh menyinggah ke JPO.
      Boleh menyinggah ke Legoland.
      Dah dekat sangat dah tu...

      Padam
  7. eh anak saya sagt fav subway ni..asyik nyinggah ke situ je..rasernyer lebih ekonomik kalo buat sendiri..good idea..tp nak tanya..frozen inti2 yang beli kat jusco tu pegi dekat area barang absah ikan/ayam etc atau area hot dog daging burger tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Area jual barang2 disejukkan.
      Tapi bukan yang dibekukan.
      Dekat dengan barang2 Yong Tau Fu,
      dan segala jenis tauhu.

      Di area jual ikan segar,
      ada yang dijual ikut berat.
      belum dipacking lagi.

      Selamat mencuba.

      Padam
  8. Terus rasa nk pi umah doc raya ni

    BalasPadam
  9. salam DR,

    sy dh buat homemade subway ala2 yg doc buat tu..mmg owesome btl..sy dh letak credit blog ni di blog sy...jemput singgah yer...

    http://mytravelmyfood.blogspot.com/2013/07/homemade-subway-sandwich.html?showComment=1373882408058

    BalasPadam