Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Julai 2013

Aku ke PC Expo 2013


Nama sahaja orang Johor.
Tapi sangat jarang aku ke bandaraya Johor Bahru.
Takda keperluan.
Tapi hujung minggu kelmarin.
Aku merayap sampai ke tengah bandaraya.
Aku ke Persada Convention Center.
Ada PC Expo.
Ada pesta jualan komputer dan gajet.


Seperti dijangka.
Suasana sangat sibuk sekali.
Penuh kereta dikeliling Persada dan kawasan sekitarnya.
Dan seperti dijangka juga,
suasana di dalam pun lebih kurang juga.
Macam2 ada dijual di sini.
Hampir 50 gerai mempromosi barangan masing2.
Semuanya menjual barang2 terbaru mereka.
Pada harga yang berpatutan.
Daripada sekecik2 microSD,
Sehingga sebesar2 tv LED.
Sana sini penuh dengan promoter menghulur kertas.
Tak cukup tangan nak memegangnya.


Satu yang aku perhatikan,
Semua gerai dimonopoli oleh satu bangsa sahaja.
Tiada satu pun syarikat bumiputera kelihatan.
Nak jumpa promoter Bumiputera pun susah.
Tapi semuanya fasih berbahasa Melayu.
Semuanya rajin menjawab soalan2.
Walaupun mereka tahu,
aku cuma sekadar lalu dan bertanya,
bersungguh2 mereka memberi penerangan.
Kalau itu bukan produk dia,
dia panggil kawannya untuk terangkan pasal produk.


Tak banyak yang aku beli.
Tapi menara kepala plug ini memang dah lama aku cari.
Cantik dan unik.
Juga senang nak bawa travel.
Lepas ni dah tak berebut2 lagi.
Ada 8 kepala plug.
Ada 5 kepala USB.
Boleh dicucuk sekaligus.
Kata promoter,
diluluskan oleh kerajaan Singapura.
(sebab syarikat yang menjualnya daripada sana)
Jangan meletup sudahlah!


Di luar Persada,
Ada sebuah bas ekspres.
Menjadi bahan pameran.
Ada direct travel JB-KL non stop.
Bila masuk di dalamnya,
Tak terasa seperti berada di dalam bas.
Gila punya selesa.
Macam dalam kapal terbang.
Cabin Business Class.
Hanya 55 ringgit seperjalanan.
Ada makanan disediakan.
Cuma masa perjalanan agak tak sesuai.
Pukul 5.30 petang daripada Persada.
Dan tiba di KLCC jam 11 malam.
Tapi kalau nak merasa duduk dalam kabin Business Class,
tak dapat dalam kapal terbang,
dalam bas sebegini pun jadilah.


Selamat menjalani ibadah puasa kawan2!
Semakin menghampiri Ramadhan,
semakin sibuk pulak nampaknya.
Alhamdulilah.




2 ulasan:

  1. Bas tu menariknya. Cable tower tu selamat ek Doc?

    Salam Ramadhan, Doc.

    BalasPadam
  2. nampak chantek jer bahagian dalaman bas tu..... :)

    BalasPadam