Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Ogos 2013

Aku dan Hari Ini


Hari ini dah 8 Syawal.
Hari ketiga aku buka kedai.
Kerja agak banyak.
Pagi, petang juga malam penuh dengan aktiviti.
Semalam ada seorang budak lelaki.
Datang mengadu sakit perut dan muntah2.
Tapi fizikalnya sihat walafiat.
Sebelum keluar bilik siap berpesan denganku,
" Doktor tulis MC untuk semalam sekali boleh? "
Sehari sebelum cuti raya ada seorang budak perempuan datang.
Pukul 9 pagi dah ada diklinik.
Sakit senggugut katanya.
Dia pun sama juga.
" Doktor minta MC untuk malam ni boleh? "
" Saya dah nak balik kampung malam ni."

Sehari dua ni pun sama sahaja.
Terutama yang baru balik daripada Pantai Timur.
Dah tahu hari ini nak masuk kerja,
pagi ini baru sampai ke sini.
Lepas tu terhegeh2 datang ke klinik.
Sakit kepalalah, sakit pingganglah,
tak cukup tidurlah, tak cukup rehatlah.
Semuanya dah tua2 bangka.
Sepatutnya dah tak perlu diajar atau dinasihat.
Dah cuti seminggu pun nak sambung dengan MC jugak.


Pagi semalam ada sahabat mayaku hantar gambar di Instagram.
Dia ada disekitar Kulaijaya.
Datang bercuti ke Legoland katanya.
Masa cuti Aidiladha tahun lepas pun aku hampir berjumpa dengannya.
Bersama2 bercuti di negeri Pahang.
Dia kata nak datang jumpa aku.
Tapi aku sedikit sibuk pagi tadi.
Ramai warga asing nak ambik darah.
Tengahari aku terus balik rumah.
Aku langsung lupa pasal dia.
Tup2 keluar gambar dalam Instagram.
Dia dah ada depan klinik.
Memang bukan rezeki.

Hari ini wife aku ambil cuti.
Ada kawan anak2 nak datang beraya.
Bila kawan anak2 nak datang beraya,
wife paling sibuk sekali.
Uruskan makan minum,
uruskan duit raya,
juga uruskan pengangkutan.
Kena ambil dan kena hantar ke/dari rumah sebelumnya.
Nasib baik aku kerja.
Kalau tidak jatuh pangkat jadi driver.
Takpalah.
Raya setahun sekali.

Hujung minggu ini rasanya sibuk jugak.
Undangan rumah terbuka di sana sini.
Hanya di Malaysia.
Hari Raya disambut sebulan lamanya.




5 ulasan:

  1. Sibuk betul yer Doc. Setakat ini, staff saya masih ok lagi. Belum ada yang beri MC, kecuali sorang. Dia pun dari kelantan juga. Dahlah tak call office inform ketiadaannya. Masuk kerja esoknya tersengih2 jer. Kena sebijik warning recorded dari saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim Fomema hantar warga asing buat medical.
      Tak cukup tangan nak melayan.
      Rezeki selepas raya gitu.

      Padam
  2. Hujung minggu ni bayak kunjungan rumah terbuka. Rumah sy pun buat rumah terbuka juga.

    pesakit macam ni, kalau tak bagi MC juga tak boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pesakit ni tak layak dpt MC.
      Pesakit ni layak dpt maki sahaja.

      Padam
  3. assalam doktor..betul la..pelik kan..dah seminggu cuti..zaman acik kerja jauh dulu..dua hari sebelum nak kerja dah balik dah..tak mau penat masa dah pi kerja..dah tua2 ni dah tak de nak balik kampung dah

    BalasPadam