Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Ogos 2013

Aku dan Hari Ini


Hari ini aku dapat cuti.
TNB beri aku cuti.
Karan takda satu hari.
Mereka nak cuci2 pencawang.
Rutin tahunan.


Tapi pagi2 lagi aku dah pergi kerja.
Ada free medical check up di pejabat TNB.
Screening untuk semua warga kerja TNB.
Check berat dan tinggi.
Check tekanan darah.
Check paras gula.
HQ nak ambik buat kajian.


Hampir separuh warga TNB adalah patient aku.
Ahli2 keluarga mereka sekali.
Jadi bila HQ minta kerjasama,
untuk buat pemeriksaan percuma,
aku langsung tak teragak2.
Setahun sekali apa salahnya.

Pukul 9 pagi.
Dah ramai yang menunggu aku.
Target 100 orang.
Dan sehingga jam 11.00 pagi,
Lebih 70 orang dah siap diperiksa.
Walaupun hampir semuanya warga tua,
perangai masing2 macam orang muda.
Meriah bilik pemeriksaan.
Masing2 nak tahu keadaan kesihatan mereka.
Ramai yang excited sangat nak tahu paras gula mereka.
Ramai2 buat countdown tunggu result keluar.
Lepas tu pakat gelak ramai2.

Pukul 12 tengahari.
Mereka benarkan aku balik.
Saki- baki yang belum hadir,
akan diuruskan oleh Klinik Penawar.
Mereka stay sampai pukul 3 petang.


Kalau nak kira untung,
Memang takda untung.
Klinik tutup.
Income tak masuk.
Modal beli glucose strip, lancet, alcohol swab?
Bayar gaji pekerja yang aku bawa?
Aku tak pernah berkira pasal untung rugi.
Kerana aku tahu Allah Maha Adil.
Tetapi kelmarin ada satu peristiwa.
Satu peristiwa yang akan mengubah segala2nya.

Tahun 2008.
Hari raya ke empat.
Main branch desperate takda doktor ganti.
Maka aku tolong buat locum selama 2 jam.
Dapatlah upah 75 ringgit.
Aku buat beli barang dapur untuk jamuan hari raya.
Lepas tu aku tak ingat apa2.


Dua bulan lepas,
Main branch kena audit dengan Lembaga Hasil.
Dan aku kena tempiasnya.
Aku dituduh gagal melaporkan pendapatan 75 ringgit tersebut.
Menurut kata akauntan aku,
75 ringgit tu sepatutnya memang kena declare.
Pasti kena cukai.
Ada penalti dan denda juga.

Siapa yang tak sakit hati?
Niat asalku cuma nak membantu.
Sebab itulah kali pertama dan terakhir aku buat locum sejak ada klinik sendiri.
Gila punya frust.
Frust dengan sistem.
Frust dengan undang2.
Frust dengan kerajaan.
Kerana 75 ringgit,
Hilang mood aku.
Berasap aje kepala.
Panas aje hati.
LHDN langsung tak berlebih kurang.

Aku terus mogok sepanjang hari ini.
Malam tak buka klinik.
Esok pun belum tentu lagi.



5 ulasan:

  1. alahai...rm75 punya pasal? yang juta2 taikun bisnes geng dan kroni diaorang tu leh jer lepas....

    BalasPadam
  2. Org2 kecik mcm kita ni yg selalu kena. Baru2 ni sykt saya yg dah setahun lebih tak beroperasi dan tentunya tiada income telah dapat surat cinta kata nak diambil tindakan mahkamah kerana gagal kemukakan borang cukai. Memang silap kami kerana akauntan yg sepatutnya submit borang cukai itu pun tak buat kerana mungkin dia rasa dia tak akan dibayar oleh sykt kami.

    Skrg kami sedang tunggu apakah tindakan yg akan diambil oleh LHDN.

    Inilah cabaran jika ada sykt sdn bhd .... huhu

    Ada org lain berniaga MLM masyukkk berpuluh ribu selamba dog tak bayar cukai

    BalasPadam
  3. Aku tak pernah miss bayar cukai, tapi aku takut nak tanya kalau2 ada lebihan kredit dgn LHDN sbb member aku dulu tanya, dptlah balik ribuan ringgit..pastu LHDN buat tindakan susulan, LHDN kata byk yg dia tak declare..so kena lagi cukai..

    Yg aku kena masa tahun 1999, aku tak mintak pun tapi LHDN bayar balik dlm RM2000. Baru nak enjoy, minggu depan dia hntr surat kata aku kena cukai tambahan RM3000. cilakak betul..

    BalasPadam
  4. Memang LHDN selalu jer dapat kemarahan rakyat jelata. Sepatutnya company's akaun Doc tu boleh jer letak 75 tu under different type of payment kalau saya tak silap. Cuba try tanya kaunter LHDN nak buat cemana...

    BalasPadam
  5. hahahhaha itulah hakikatnya LHDN tau....apa nak buat, undang2 dibuat utk jadi cam tu, mmg kita bleh bising, tapi apa derang peduli, kegagalan kita declare income kita, mmg dr buat locum, nak tolong, tapi klinik tu kan, dia nak kurangkan tax dia, jadi pe dia bayar kat dr adalah perbelanjaan utk klinik dia, so dia declare as expenses, so kita yang terima tu mesti kena declare sebagai income....mmg nampak mudah semuanya, tapi LHDN mmg sangat teliti bila tiba bab2 audit hehehehehehhehe so sila follow up dr, nanti makin byk lak penalti semata2 RM75 punya hal

    BalasPadam