Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 April 2013

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Sabtu.
Hari untuk bermalas2.
Tapi ada company kata nak hantar pekerja buat medical.
Bukan seorang dua,
tapi hampir 20 orang.
Tunggu punya tunggu tak datang2.
Call ofis tak berjawab.
Ini bukan pertama kali.
Dah banyak kali terkena.
Janji2 yang tak boleh pakai.
Kita tunggu bagai nak rak.
Masa nak datang konon nak urgent.
Nak kena siapkan cepat.
Tapi bila tiba masanya,
mungkir janji.
Langsung takda courtesy nak call atau informed.
Mangkuk punya HR.


Tengahari hari Sabtu.
Aku ke open house rumah bekas kawan sekolah.
Seorang pakar bius.
Dia kerja di Singapore.
Tak sampai 2 tahun kerja,
dah boleh beli rumah 3/4 juta ringgit di Nusajaya.
Aku yang dah 10 tahun kerja jadi GP,
nak beli X6 pun tak mampu2 lagi.


Lepas rumah dia,
aku ke rumah kawan sekolah lama juga.
Walaupun dia tak buat open house,
Aku redah aje.
Aku dengar rumahnya dah siap renovate.
Dia seorang Pakar Bedah.
Kerja sendiri baru 3 tahun.
Dah ada rumah 2 1/2 tingkat di Nusajaya.
Aku kagum dengan rumahnya.
Dah siap renovate luar dan dalam.
Rasanya berjuta ringgit nilainya.

Aku tak pernah jealous dengan kawan2ku.
Aku tumpang gembira.
Tetapi ramai orang diluar sana jealous dengan doktor.
Doktor semuanya overpaid.
Doktor semuanya dah sangat kaya.
Doktor semuanya asyik buat duit sahaja.
Tetapi tak ramai yang tahu,
kerja doktor 24 jam.
Kerja doktor sangat berisiko tinggi.
Waktu orang2 lain sedang bersama keluarga,
doktor duduk diklinik melayan pesakit.
Waktu orang lain sedang menghayun kayu golf,
doktor duduk diklinik menunggu pesakit.
Waktu orang lain sedang nyenyak tidur,
doktor sedang sibuk membedah pesakitnya.
Kalau doktor charged mahal pun,
Setimpal dengan risiko dan tahap kesukarannya.


Kerja doktor bukan kerja senang.
Nak jadi doktor pun bukannya senang.
Doktor bukan setakat tahu teori sahaja.
Lulus teori 100% pun belum tentu boleh jadi doktor.
Doktor belajar daripada pengalaman.
Doktor belajar daripada pesakit.
Doktor belajar daripada doktor2 lebih senior.
Doktor belajar daripada kesilapan,
Jadi semakin lama berada di wad/hospital,
Semakin yakin doktor dengan kebolehan diri sendiri.

Ini cerita anak sedara aku.
Umur baru 3 bulan.
Tiada sejarah Asthma dikalangan keluarga.
Tiba2 doktor kata ada Asthma.
Lepas tu kata ada jangkitan kuman.
Siap buat X-ray.
Siap beri antibiotic.
Siap beri O2 sepanjang dalam ambulans.
Padahal masalah Laryngomalacia sahaja.
Tengok doktor2 sekarang.
Stridor dan Wheezing pun tak boleh nak beza.
Aku kasihan kat anak sedaraku.
Aku lagi kasihan kat emak bapaknya.
Ditakut2kan tak tentu pasal.

Ada doktor2 muda bertanya pendapat.
Excited sangat nak buka klinik sendiri.
Padahal baru aje habis compulsory services.
Padaku kerja dulu di klinik2 kerajaan.
Kerjalah selama mana yang mampu.
Timba pengalaman sebanyak mungkin.
Belajar ambil darah.
Belajar buat ultrasound.
Belajar buat prosedur.
Belajar daripada pesakit2.
Bukan senang nak jadi GP yang berjaya.
Bukan senang nak jadi senang.

Hari minggu.
Muka depan The Star. 
Cerita pasal doktor.
" Doctors Want More ".
Ini cerita lama.
Ini cerita dah basi.
Tapi mana ada doktor GP charged 30-50 ringgit untuk consultation?
30-50 ringgit termasuk ubatan betullah.
Kalau tak termasuk ubat,
Dah lama aku kena tutup klinik.
Pesakit semua lari.
Gila punya mahal.


Petang hari minggu.
Aku kena masuk highway PLUS.
Kena hantar anak balik ke asrama.
Musim2 raya ni,
Kereta banyak dijalanraya.
Tapi selagi takda accident,
Perjalanan pasti lancar.

Kini bermula kembali rutin asal.
Anak2 dah kembali ke sekolah.
Raya pun sepatutnya dah habis.
Aku kena kerja, kerja dan kerja.
Duit dah banyak habis.
Raya punya pasal.


8 ulasan:

  1. Luahan hati yang tak semua memahami...

    BalasPadam
  2. tak tahu nak komen apa.. tapi ini la hakikat kehidupan.
    hanya yg Dia yang tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikda.
      Tak ramai yg faham.
      Tak ramai yg tahu.
      Hakikat kehidupan seorg doktor.

      Padam
  3. Saya HR, tapi saya tak mangkuk macam tu tau Doc. Hahahahahaha. Tapi saya pun tau, memang ramai saya kenal HR yang mangkuk dan goblok. Isu senang, kehulu ke hilir bertanya. Buka jer la buku akta, semua ada kat situ.

    Oh, saya teringinnn anak saya jadi doktor..seperti mana kebanyakan ibu bapa yang lain. Tapi sejak saya mengikuti cerita cerita Doc di sini, saya tak yakin yang dia mampu. Lagipun, minatnya lebih cenderung sama dengan bapanya. Engineering.

    Nampaknya saya kena tunggu anak lainlah kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 saya masih berminat nak jadi doktor.
      Tapi saya dah tak galakkan.
      Saya suruh ambil kemahiran.
      Jadi chef ke,
      Jadi mechanic ke,
      Jadi engineer ke.

      Perubatan dah hilang keseniannya.
      Semuanya semakin bergantung kpd mesin.
      Semuanya lebih kpd perniagaan.

      Padam
  4. saya baca entry dr dari before raya sampai la yang ni, malam tadi gagal mengomen sebab tah pesal lak note saya tuh tak leh komen2 bagai, so saya komen kat sini ajelah utk semua entry2 yang saya baca ye
    memula nak wish selamat hari raya, maaf zahir batin, selalu baca blog ni, tapi silent reader hahahahhahah
    baca punya baca, alamak prasan tak la jauh mana, may be dr duduk sekangkang kera aje ngan kampung saya dan tempat permainan saya hahahahhaha saya balik ke sana raya, even every year saya balik tempat permainan saya, kalau tau umah kat mana sure saya wat muka ikan tuna dan terjah aje umah dr hhahahahahhahahahha
    saya tak tau klinik dr kat mana, tapi tah2 saya pernah jugak pi klinik dr kan
    alhamdulillah kawan2 dr dah berjaya, termasuk lah dr juga kan.....syukur, saya pun happy bila tgk ramai kawan2 berjaya, saya suka dan saya bangga dpt tgk kwn2 berjaya
    kerja dr mmg tak mudah, pakcik saya dr, tgk dia kerja pun tau, dia dah pencen, tapi dia sangat komited ngan kerja
    nak cite sket, dia diberi tugas check program kedoktoran utk uitm, abis dia alter bagai, sebab katanya program tu kalau tak dibetulkan, abis la dr yang akan kuar nanti.....
    biasa tgk senario, tgh beraya dia berkejar ke hospital utk wat operation, kadang2 tak sempat, wat operation berbaju melayu, pernah skali tgh2 wedding, dia bergegas gi dewan bedah......tapi saya bangga menyaksikan kejayaan dia dan yang paling saya tabik, dia setia bekerja dengan kerajaan sampai la pencen...bila saya tanya, jawapan dia hanya satu: "kerajaan bantu dia belajar sampai dia berjaya, as return dia berkhidmat utk kerajaan semula" saya bangga punya pakcik begitu, walau ditawarkan gaji yang lumayan, dia tak pernah terima, umah dia pun dekat ngan umah saya, so saya pun selalu aje mintak consultation ngan dia hehehehehhehehehe

    BalasPadam