Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Ogos 2013

Aku dan Lesen Memanduku


Kelmarin.
Baru aku terperasan.
Lesen memanduku akan expired pada 1 Syawal ini.
Mengelabah sekejap.
Takkan raya nanti tak boleh nak memandu kereta?
Takkan raya nak mengayuh basikal sahaja?
Takkan raya nak berjalan kaki sahaja?

Aku telah diberitahu.
Tak boleh nak renew lesen di pejabat pos.
Sistem sedang diupgrade.
Pilihannya nak kena ke JPJ Taman Daya nun di sana.
Kalau hari isnin mesti penuh sesak punya.
Seharian kena duduk depan kaunter.
Ada cadangan suruh ke JPJ Pontian.
Khabarnya lengang sedikit.
Tapi mana boleh tinggal klinik gitu aje?
Tak beraya aku nanti.


Lalu aku teringat iklan ditv.
Gunakanlah www.myeg.com.my
Pertama kali aku mendaftar.
Pertama kali menggunakan servisnya.
Segala2nya mudah, pantas dan selamat.
Klik sana klik sini.
Dah siap.
Servis perkhidmatan 2 ringgit.
Khidmat penghantaran 6 ringgit.
Dijanjikan akan terima dalam masa 5 hari bekerja.

Aku sekadar mencuba.
Hantar email kepada mereka.
Beritahu masalah aku.
Aku akan menjadi illegal driver di musim perayaan ini.
Minta bantuan secepat mungkin.
Tapi aku tak mengharap apa2 miracle.
Agak terkejut aku.
Malam tadi aku terima balasan email.
Lesen memanduku dah siap.
Akan dihantar kepadaku keesokkan harinya.

Pukul 12 tengahari hari ini.
Aku dapat lesen memanduku.
Tahniah kepada mereka.
Iklan ditv bukan sekadar iklan.
Ianya kenyataan.
Kalaulah semua perkhidmatan kerajaan seperti ini,
Maju Malaysia.



p.s
Aku dah semak dengan JPJ dan PDRM.
Aku tiada saman tertunggak.
Begitu juga dengan second driverku.

Lepas ni aku nak cerita pasal Celcom pulak.
Tapi tunggu edisi selepas raya.
Bulan puasa tak baik mencarut.


2 ulasan:

  1. Cekap sungguh.. Macam ni lah yg diharapkan..... :)

    BalasPadam
  2. saya memandu secara illegal selama sebulan lebih. nasib baik MyEG cepat.

    BalasPadam