Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Ogos 2013

Aku dan Nasi Ayam Angah

Aku bukan 'hantu' Nasi Ayam.
Tapi setiap kali aku nak makan Nasi Ayam,
Aku mesti ke sini. 


Restoran Nasi Ayam Angah.
Lokasinya di Car City Indahpura.
Dekat dengan McD.
Sebelah pejabat Genting Property.
Restoran ni buka waktu lunch sahaja.
Tapi setiap kali aku datang,
Restoran ini tak pernah lengang.
Penuh dengan pelanggan.
Warga2 korporat  juga kakitangan kerajaan.


Restorannya simple sahaja.
Sekali pandang takkan perasan.
Suasananya agak suram di dalam.
Tapi itu tak penting.
Yang penting rasa masakannya.
Menunya pun agak terhad.
Jadi tak pening nak memilih.
Tak pening waiter nak ambik order.


Walau sibuk camnapun,
Dalam 10 minit air dan makanan mesti sampai.
Nasi Ayam adalah keutamaanku.
Nasinya peroi dan lembut.
Supnya berperisa dan tak rasa macam air kosong sahaja.
Ayamnya pula biasa2 sahaja.


Keseluruhannya,
Aku beri markah 7/10.
+ cepat dan pantas.
+ airnya sedap.
+ suasananya.
- kuantiti nasinya sesuai untuk orang berdiet. 
- harga agak mahal.

1 ulasan:

  1. Sup tu memang nampak lain dari sup nasi ayam biasa. Dan saya agak kurang gemar nasi ayam kaler kuning. Ini baru original rasanya.

    BalasPadam