Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Ogos 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini cerita 2 bulan terdahulu.
Seorang lelaki awal 40-an.
Datang ke klinik kerana jatuh ditempat kerja.
Pergelangan tangan kanannya bengkak.
Sekali tengok pun dah tahu.
Kalau tak patah mesti retak punya.
Aku hantar dia ke hospital.
Untuk buat x-ray.

Lepas seminggu dia datang ke klinik.
Mengadu sakit dan masih membengkak.
Doktor kerajaan kata tak patah.
Beri ubat dan MC dua hari.
Langsung takda follow up.
Dia cuba juga bekerja.
Tetapi sakitnya tak boleh tahan.
Langsung tak boleh nak pegang spanar.

Aku hanya boleh beri dia MC 3 hari.
Mengharap bengkaknya surut.
Lepas seminggu dia datang lagi.
Keadaannya tak berubah.
Dia pergi kerja.
Tetapi duduk termenung tengok orang buat kerja.
Aku suruh dia buat x-ray semula.
Aku tak puashati.
Gerak hatiku kata mesti patah punya.


Semalam dia datang lagi.
Tekaanku benar.
Repeat x-ray mengesahkan ada tulang yang patah.
Compression Fracture Distal Radius.
Tangannya disimen selama 6 minggu.
Nasib baik ada doktor yang prihatin.
Nasib baik ada doktor yang pandai baca x-ray.
Nasib baik ada doktor yang tak tuduh dia kaki MC.
Tapi masalah terbaru.
Perkeso reject permohonan claimnya.
MCnya tak tally dengan kecederaannya.
Pegawai Perkeso hairan,
bagaimana tulang patah boleh pergi kerja?

Ada kawan pakar Radiologi kata,
Fracture camni kadang2 boleh termissed.
Terutama kalau x-ray dibuat pada hari dia jatuh.
Juga kalau doktor2 baru yang kurang pengalaman.
Sebab itu jangan bergantung sepenuhnya pada x-ray.
Kena tanya bagaimana dia jatuh,
kena periksa dan pegang pergelangan tangannya.
Bukannya mengharap keputusan x-ray semata2.

Ada banyak kes datang ke klinik.
Anak2 kecil jatuh dan benjol dikepala.
Ibubapa yang perihatin terus minta dirujuk ke hospital pakar.
Nak minta x-ray ataupun CT Scan.
Takut ada kecederaan dalaman.
Padahal budaknya masih ligat macam biasa.
Kalau aku tak cukup prihatin,
aku terus rujuk aje ke hospital.
Habis cerita.
Tetapi itu bukan cara rawatannya.

Bila anak kecil jatuh,
soalan pertamaku,
" Budak tu menangis ke tidak?"
Kalau menangis sekuat hati itu OK lah.
Tak perlu tergesa2 nak pergi x-ray atau CT Scan.
Lepas tu tengok dalam tempoh 24 jam.
Kalau masih boleh bermain macam biasa,
boleh makan dan minum macam biasa,
takda demam ataupun muntah2.
InsyaAllah,
tak payah buang masa dan duit pergi ke Pakar.

Aku pening.
Tak tahu macamana nak membantunya.

  

8 ulasan:

  1. Minggu lepas, anak bujang saya tersepak batu dan tanah yang keras masa main bola. Main bola di kampung...bukan pakai kasut bola. Selipar pun kumpul tepi jer. Kakinya bengkak sampai tak boleh jalan.

    Saya tak sabar...bawa ke emergency KPJ Seremban selepas 2 hari tak surut bengkak. Alhamdulillah. Soft tissue jer. Tak apalah guna duit sikit, janji saya puas hati.

    BalasPadam
  2. kekadang kesan dari kecederaan tu lambat nampak.

    BalasPadam
  3. hmm... nk tumpang tanya... kalau nak buat fiberglass cast tuh camner yer? i ge gov hospital, diorg simen je kaki neh... then, balik rumah dekat berpuluh2 kaki la jatuh sbb simen neh berat giler.. ge balik gov hospital mintak tukar fiberglass cast, dier just kata beli fiber cast tuh kat pharmacy... pas tu kata simen kaki yg dah pecah2 neh elok lagik.. ader cadangan mana nak dpt fiberglass cast dgn rege yg berpatutan x? huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fiber cast tiada dijual di farmasi.
      Hospital pakar semua dah pakai ni.
      Kerajaan tak tahu bila nak tukar.
      Kalau diklinik2 kerajaan,
      Boleh juga dpt fiber cast ni.
      Biasanya beli dgn MA kat situ.
      Lepas tu dia tolong pasangkan.
      Dijual ikut roll.
      Bergantung pd tempat yg patah.
      Biasanya 1-5 roll.
      Harga saya kurang pasti.
      Dulu 45 ringgit/roll.
      Sekarang saya tak pasti...

      Padam
  4. Maaf ya MA tu singkatan utk apa...boleh dpt kn no tel dimana saya boleh dptkn utk simen kaki ni..area selangor

    BalasPadam
    Balasan
    1. MA = Medical Assistant atau Pembantu Perubatan

      Padam
  5. Walaupun post ni dh lama, sy nk tanya..baru2 ni semasa berhenti d trafik light, kaki sy telag d gilis oleh sebuah kereta dan kereta itu terus pergi..sy cuma rasa sakit dalam beberapa jam saja..selepas sehari, tiada lg rasa sakit..tp ramai yg menasihati sy utk buat x-ray...bimbang jika retak..soalan sy, perlukah sy buat x-ray?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu.
      Kalau ada tulang retak,
      mana boleh buat berjalan?
      Pasti sakit dan bengkak yang berpanjangan.

      Padam