Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Ogos 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pada suatu hari.
Dua warga Pakistan datang ke klinik.
Nak buat pemeriksaan Fomema.
Jarang aku jumpa,
Warga Pakistan yang agak fasih berbahasa Melayu.
Aku agak musykil dengan borang yang dibawanya.
Middle East Plantation?
Bekerja di ladang kurma gamaknya.


" Sudah lama sampai Malaysia? "
" Baru sampai. "
" Kerja apa? "
" Jual tudung."
" Mana kerja? "
" Kerja sini. Saleng. "
" Siapa tauke? Melayu ke Cina? "
" Pakistan juga. Satu kampung. "

Lalu aku tunjuk borang Fomema kat dia.
" Tengok. Ini patut kerja kebun. Mana boleh niaga? "
" Tengok. Ini tauke KL sana. Mana boleh datang sini? "
Sengaja aku mengertak mereka.
" Kalau semua orang macam ni,
macamana orang Malaysia mahu cari makan? "
" Ini Malaysia bagus. Senang cari makan. "

Kalau ikutkan semangat patriotik aku,
nak aje aku gagalkan mereka.
Hantar aje balik kampung.
Tapi demi kemanusiaan,
aku ikutkan sahaja.
Bukan hak aku nak menyusahkan hidup orang lain.
Bukan hak aku nak menutup rezeki orang lain.

Ini bukan kali pertama.
Dah banyak kali.
Pernah ada warga Filipina.
Datang klinik bukan main seksi.
Berseluar sangat pendek dan berbaju tanpa lengan.
Muka warna-warni.
Kuku panjang.
Nak buat pemeriksaan Fomema.
Nak jadi pembantu rumah.
Boleh runtuh rumah kalau maid bergaya camni.

Pernah juga seorang lelaki Myanmar.
Umur dah hampir 50-an.
Ikut suratnya kerja kat car wash di KL.
Tapi rupa2nya penebar roti canai.
Kedainya tak jauh dari klinikku.

Ini sebahagian sahaja.
Banyak lagi cerita warga asing yang pelik2.
Tetapi inilah Malaysia.
Syurga bagi pendatang asing.
Warga Indonesia memenuhi ladang2 dan tapak2 binaan.
Warga Bangaldesh sibuk membersih tandas2 awam.
Warga Pakistan sibuk berniaga karpet dan perabot.
Warga China sibuk menjadi GRO.
Warga Thailand sibuk memasak tom yam.
Warga Filipina sibuk di kaunter hotel.
Warga Afrika sibuk mengacau anak bini orang.

Aku bukan tak suka warga asing.
Aku bukan anti dengan warga asing.
Tetapi aku rimas bila bilangan mereka semakin ramai.
Bila bilangan mereka ramai,
mereka mula berani membuat angkara.
Undang2 negara sendiri digunakan di sini.

Ah! Malaslah nak cerita banyak2.
Budaya bangsa kita dah berubah.
Budaya kerja kita kini terlalu bergantung kepada pekerja asing.
Kerja2 kotor,
kerja2 berat,
kerja2 berisiko tinggi,
bangsa kita dah tak nak buat.
Suruh pekerja asing yang buat.
Mula2 mereka jadi kuli.
Lama2 mereka yang jadi tauke.
Bangsa kita sekadar tengok mereka berjaya.
Banyak perniagaan dah mula dimonopoli mereka.
Kerja2 pembersihan,
kerja2 pertukangan,
kerja2 ladang,
malah kerja2 perkilangan,
semuanya dah diisi oleh mereka.
Jadi apa yang tinggal untuk kita?



1 ulasan: