Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Ogos 2013

Aku dan Syawal Keduaku

Hari Raya Kedua.
Pagi2 lagi aku dah bangun.
Rancangan hari ini ialah beraya di kampung.
Melawat sedara-mara sebelah wife.
Melawat adik-beradik emak dan abah.
Inilah tradisi keluargaku setiap tahun.

Setiap kali musim raya,
aku berkonvoi 5-6 buah kereta.
Menyerbu rumah saudara-mara.
Kalau nasib baik,
dapatlah berjumpa dengan sepupu-sepapat,
juga dengan anak2 sedara yang susah nak jumpa.
Hanya musim hari raya sahaja waktunya.
Hanya musim raya mengenal saudara.


Perjalanan daripada Kulai ke Muar terasa sangat jauh.
Kenderaan memenuhi setiap inci jalan2 raya.
Kesesakan pasti berlaku disetiap simpang dan lampu isyarat.
Perjalanan 2 jam menjadi 4 jam.
Kesabaran sebagai pemandu ada hadnya.
Memberi2 laluan disimpang2 sepatutnya menjadi budaya.
Angkat tangan sudah cukup sebagai tanda terima kasih.
Tetapi pemandu2 yang datang dari kiri jalan,
pemandu2 yang cuba memotong barisan,
pemandu2 yang tiba2 masuk ke lorong tanpa isyarat.
Bila kita bersongkok dan berkopiah,
apatahlagi bila memandu kereta 'besar2',
hormatlah pemandu yang lain.
Oranglain pun nak cepat juga.
Oranglain pun nak beraya juga.
Oranglain pun membayar lesen dan road tax juga.

Mula2 aku ke Taman Sri Sulong di Parit Sulong.
Makan tengahari juga bersembahyang Jumaat.
Lepas tu barulah ke Muar.


Kg Sungai Sudah.
Kg Pt Hj Ali.
Jalan Haji Jaib.
Semuanya rumah2 sedara yang setahun sekali dikunjungi.


Rezeki raya tahun ini.
Ada musim buah mempelam.
Ada musim rambutan.
Ada musim durian.


Aku ada koleksi gambar2 raya semenjak 2005.
Bermula dengan naik motosikal Suzuki RG 125,
sehinggalah sekarang.
Alhamdulilah.
Ada peningkatannya setiap tahun.
Rumah sedara-mara pun sama.
Dulu nampak usang,
sekarang dah berwarna-warni.
Lantai pun dah dimozekkan.
Bilik air pun diupgradekan.


Berkonvoi beramai2 memang menyeronokkan.
Terutama bagi yang tak memandu.
Boleh duduk belakang sambil tengok gajet masing2.
Abang2 aku dah ada 2nd driver.
Anak2 masing2 dah boleh memandu.
Giliran aku lama lagi rasanya.
Nasib baik wife masih boleh diharap.



Sebelum balik,
aku pergi makan malam dulu.
Tahun lepas cadang nak makan di Kluang.
Sepanjang jalan perut lapar.
Sampai di Kluang takda satu kedai yang bukak.
KFC pun takda ayam.
Jadi tahun ini aku makan di Muar sahaja.
Cari gerai yang pertama aku jumpa.
Abang ipar cadangkan satu restoran di Bakri.
Walaupun sesak tapi nasib aku baik.
Ada banyak meja kosong lagi.
Order makanan pukul 8.00 malam,
pukul 9.00 malam baru dapat makan.
Sempat lagi untuk naik level main Candy Crush.


Restorannya Indah Seafood.
Depan Petronas dekat dengan masjid.
Tauke dan pekerja2nya semua warga Kelantan.
Mereka tak balik beraya nampaknya.
Suasananya agak suram dan malap.
Layanannya memuaskan.
Tapi sebab pelanggannya ramai,
lambatlah makanan nak sampai.
Bila dah lapar,
semuanya sedap2 belaka.
Tapi jujur aku katakan,
masakannya memang sedap.
Siakap Tiga Rasa dan Sup Sayurnya memang terangkat.
Walaupun musim cuti raya,
harga makanan tetap sama.
Takda rebat atau service charge.

Pukul 10 malam aku bertolak balik.
Kereta masih memenuhi jalan raya.
Jem teruk di Pekan Parit Sulong.
Jem teruk di simpang menuju Tol Yong Peng Utara.
Jem teruk di exit Tol Ayer Hitam.
Juga jem di sekitar bandar Kluang.

Akhirnya.
Pukul hampir 1 pagi aku tiba di rumah.
Satu perjalanan yang memenatkan.
Tetapi padaku sangat berbaloi.
Mengeratkan tali persaudaraan.
Menjalin hubungan kekeluargaan.



1 ulasan:

  1. Walau di hidang dengan berbagai juadah, perut tetap nak cari nasi kan.

    BalasPadam