Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Ogos 2013

Aku dan Syawal Keempat

4 Syawal.
Bersamaan dengan hari minggu.
Walaupun hari cuti,
pagi2 lagi aku dah bangun.
Kena buat sarapan untuk anak2.
Wife pula sibuk mengemas apa yang patut.
Ada orang nak datang beraya.
Khabarnya.


Pukul 10 pagi.
Beberapa kumpulan saudara datang bertandang.
Saudara sepupu sebelah wife.
Juga Pak Utih dan Pak Andak.
Juga kawan lama wife masa kanak2 dulu.
Kawan main pondok2.
Kawan mandi sungai.
Bukan setahun tak jumpa.
Tetapi lebih 10 tahun tak jumpa.
Inilah antara nikmatnya raya.


Lepas Zohur.
Aku ke Ulu Belitong.
Ke rumah kakak sulung aku.
Ada undangan makan tengahari.
Aku makan sampai terlebih kenyang.
Bila dah kenyang,
mata pun mula berat.
Layan tidur sambil tengok Senario di tv3.
Lawak2 Senario dah makin tak relevan.
Lawak2 Senario dah boleh buat orang tertidur.


Lepas Asar.
Aku balik ke rumah.
Kena buat preparation untuk majlis seterusnya.
Wife nak menjamu adik-beradiknya makan malam pulak.
Wife suruh aku masak.
Dan aku berangan2 jadi peserta Masterchef.
Memasak dengan apa2 bahan yang ada.
Hasilnya kurang memuaskan tetapi masih boleh ditelan.


Lepas Isyak.
Semua adik-beradik mula berkumpul.
Makan2 sambil sembang2.
Sembang2 sambil makan2.
Hanya inilah masa dan ketikanya.
Masing2 dapat berkumpul dan bercerita.
Inilah nikmatnya cuti raya.



1 ulasan:

  1. Pecal? Aduhai...jelesnya. Saya nak juga. Tapi bila meriah macam tu, walaupun penat, hati puas kan Doc?

    BalasPadam