Langkau ke kandungan utama

Aku dan Syawal Ketigaku


Sekejap sahaja.
3 Syawal dah menjelma.
Pagi2 lagi dah buat2 sibuk.
Emak dan abah juga adik-beradik,
Dah confirmed nak datang beraya.
Nak makan tengahari dirumahku.
Nak rasa masakanku.
Nak tengok ikan peliharaan.
Nak tengok kucing peliharaan.

Aku dah tahu masakan kesukaan abahku.
Aku dah tahu favorite emakku.
Jadi menu dah tersedia dalam kepala.
Tinggal sediakan bahan2 nya sahaja.

Selepas mereka pulang,
Aku segera bergegas ke Johor Specialist Hospital.
Dah berjanji dengan kawan lama.
Nak sangat2 berjumpa dan bertanya khabar.
Sekadar menelefon dan berSMS tak cukup.
Tak puas.
Kena jumpa in-person.
Baru tahu situasi sebenarnya.

Ini kisah kawan lamaku.
Aku pernah cerita dahulu.
Banyak kenangan pahit manis bersamanya.
Dan tak kusangka.
Begini nasibnya.

Dia dah confirmed ESRF.
Kena dialisis 3 kali seminggu.
Anak2 nya masih belajar. 
Tapi nasib baik isterinya masih bekerja.
Penyakit buah pinggang adalah penyakit 'orang kaya.'
Kos rawatannya sangat tinggi.
Sekali cuci darah dah 200++.
Sebulan 3K sekurang2nya.
Itu belum kira kos pengangkutan dan yang lain2 nya.
Pernah sekali line dia blocked.
Dua kali flushed dengan Urokinase dah 800 ringgit.
Nasib baik dia ada beli insurans beberapa tahun lepas.
Masalahnya prosedur insurans ni complicated jugak.
Masa beli semuanya mudah.
Masa beli semuanya boleh ditanggung.
Tapi masa nak pakai,
Macam2 terma & syarat tak dipatuhi.
Jadi kena reject mentah2 bila nak claimed.


Aku sedih dengan nasib hidupnya.
Sungguh berat dugaan yang sedang dihadapinya.
Tapi aku nampak dia seorang yang cekal.
Begitu juga dengan isterinya.
Pukul 7:30 pagi tengok patient,
Pukul 10 pagi dia buat dialisis.
Petang dia tengok patient semula.
Dia masih menggunakan laluan neck line untuk dialisis.
AVF ditangannya tak boleh digunakan.
Urat darahnya halus kata pakar.
Jadi bila guna urat dileher,
Dia susah nak bergerak.
Naik kejang leher 4 jam menoleh ke kiri sahaja.
Itupun mesin asyik 'sangkut ' sahaja.

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu yang memikulinya.

Selepas melawat kawan,
Aku segera patah balik ke kampung. 
Abang ipar ajak dinner dirumahnya.
Semua adik- beradik dan ahli keluarga dijemputnya.
Meriah.
Sangat meriah. 
Raya Pertama pun tak semeriah ini.
Apatahlagi bila team Malaysia boleh score ke atas Barcelona.
Lagilah gamat suasananya.





Ulasan

  1. Apa yang akan berlaku di masa hadapan memang kita takkan duga. Saya takut dengan kata2 manusia yang selalu merancang perjalanan hidupnya dengan riak seolah2 hidup mati itu di tangannya sendiri.

    Tapi memang seronok bila keluarga datang berkunjung ke rumah kita kan. Berbesar hati rasanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…