Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Ogos 2013

Aku dan Syawal Pertamaku


Kampungku dan kampung wife sebelah menyebelah sahaja.
Itupun tak sampai 30 minit daripada rumahku.
Jadi setiap kali raya,
memang asyik ke sana ke mari sahaja.
Takda nak gaduh2.
Dulu ada juga giliran.
Tetapi semenjak anak2 dah besar2 ni,
aku beraya di rumah sendiri dulu.
Lepas sembahyang raya baru ke rumah emak bapak masing2.
Tak payah lalu lebuhraya.
Tak payah lalu lampu isyarat.
10 langkah sampai ke rumah emak mertua.
10 minit sampai ke rumah emak yang satu lagi.
  

Sehari sebelum raya,
pagi2 lagi wife dah ajak berbelanja barang2 dapur.
Kena buat persiapan untuk penuhkan peti sejuk.
Adik-beradik aku,
adik-beradik wife aku,
kalau datang beraya mesti kena makan berat punya.
Setahun sekali masak untuk mereka apa salahnya.
Kawan2 anak2 pun dah berkira2 nak datang juga.
Budak2 lagi banyak makannya.

Mula2 aku ke Pasar Tani Mega di Flat Temenggung.
Tapi Mega lah sesangat.
Cuma ada 8 gerai yang meniaga.
Ayam siap proses RM 7.40 sekilo.
Kurang 30 sen sahaja banding harga siling.
Tapi raya punya pasal,
nak tak nak kena beli jugak.
Ada satu menteri tu cakap,
kalau rasa mahal jangan beli.
Boikot!
Tak beli ayam nak beli apa?
Ikan segar lagilah mahal.
Ikan sardin dalam tin pun dah mahal juga.
Dan takkanlah raya2 makan sardin?
Menteri cakap tak guna otak!

Lepas pasar tani,
aku ke TJ Mart Saleng dan Econsave Taman Putri.
Banyak lagi barang nak kena cari.
Wife sibuk berbelanja,
aku sibuk tengok keliling.
Tengok kemeriahan orang kita nak beraya.
Tengok harga barang yang semakin melambung.
Tengok bangsa lain seronok berniaga.
Pagi2 dah senyum lebar.
" Ini hali bisnes manyak untung! ".


Pagi hari raya.
Aku bersembahyang raya di Masjid Bandar Tenggara.
Dah 3 tahun aku tak bersembahyang di Masjid Bukit Besar.
Aku pernah sebut alasannya.
Jadi aku tak nak ulang.
Lepas sembahyang,
seperti biasa bermaaf2an.
Memohon maaf atas segala salah dan silap.
Terkasar tutur kata dan bicara.
Sambil tu beri ceramah sedikit kat anak2.
Supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Supaya tekun dalam pelajaran.
Supaya cemerlang dalam kehidupan.


Selepas tu baru aku ke rumah emakku.
Rendang daging emak,
sambal kacang emak,
sayur lodeh juga sambal goreng emak.
Itulah yang aku cari dipagi raya.
Yang lain2 aku tak minat.


Bila dah kenyang,
aku balik semula ke rumah emak mertua.
Ada Uncle Lai dan familinya datang beraya.
Setiap tahun mereka pasti tak lupa.
Walaupun berlainan bangsa dan agama,
tali persaudaraan tak boleh nak diputuskan.
Slogan 1Malaysia mesti diteruskan.


Petang Raya Pertama.
Aku berjumpa dengan geng2 SRP tahun 1986.
Azman Polis jadi tuan rumah.
Masalah bila jumpa kawan lama,
bercerita berjam2 pun tak boleh nak habis.
Apatahlagi bila ada sup Gearbox.
Terus bertenaga sampailah ke Maghrib.
Selepas aku balik,
mereka menyambung ngeteh tanpa anak bini pulak.
Khabarnya sampai pukul 3 pagi.
Tapi aku tak join.
Pukul 9.30 malam aku dah pengsan.


1 ulasan:

  1. Sambal goreng kita sama ke agaknya yer. Ruginya saya sebab x sempat ambil gambar sambal goreng kami tahun nie.

    BalasPadam