Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Aku dan Minggu Ini

Selepas cuti Hari Malaysia,
hidupku agak berserabut.
Kerja banyak.
Masalah banyak.
Pesakit pun agak ramai.
Itu tak termasuk warga asing yang buat medikal.
Pening pening pening.

Ada satu kilang panel hantar surat amaran.
Minta kerjasama pasal pemberian MC.
Ini bukan kali pertama.
Dah banyak kali dah.
Itu tak termasuk yang call pagi2 buta,
tanya kenapa beri MC kepada pekerja2nya.
Doktor yang beri MC?
Ataupun pesakit yang minta MC?
Apa bezanya?

Aku sebenarnya dah malas nak bertekak dengan pesakit.
Aku juga dah malas nak memberi alasan kepada majikan.
Dah beribu2 kali aku jelaskan,
pemberian MC adalah hak doktor.
Pemberian MC adalah atas budi bicara doktor.
MC bukannya hak pesakit.
MC juga bukannya hak majikan.
Padaku bila pesakit mempersoalkan budi bicara doktor,
bila majikan mempersoalkan budi bicara doktor,
kenapa lokek sangat nak beri MC,
kenapa mudah sangat nak beri MC,
ianya mempersoalkan kredibiliti doktor itu sendiri.
Maka,
bila kredibiliti aku dipersoalkan,
aku senang sahaja.
Ca…

Aku dan Wordless Wednesday

Satu slogan pengiklanan yang sangat bangsat.

Aku dan Masalah Hari Ini

Disebelah menyebelah rumah kediamanku.
Tengah sibuk buat house renovation. Aku tak kisah pasal debu simen. Aku tak kisah pasal bunyi bising. Aku tak kisah pasal longgokkan barang binaan depan rumah. Aku tak kisah jika pekerja2 nya semua warga asing.
Yang aku kisahkan cara mereka makan. Lepas makan bungkusan makanan dicampakkan sahaja. Sisa2 makanan, bekas2 polisterin dibiarkan bertaburan. Lalu anjing pun datang. Sakit mata memandang. Dan lama-kelamaan, Menjadi tempat menternak nyamuk Aedes. Lalat pun sama.
Masing2 mencari bahagian masing2.
Pagi Sabtu lepas aku dah tak tahan. Bukan tugas rutin aku memungut sampah2 mereka. Jadi aku tunggu mereka datang masuk kerja.
Aku cari kepalanya. Aku sound mereka. Beri sedikit ceramah kesihatan.
Hari ini dah sedikit berubah. Tiada lagi kelihatan bekas2 plastik, Bekas2 polisterin, botol2 air, Juga sisa2 makanan.
Sekarang musim demam denggi.
Ini cerita 3 tahun lepas.
Ini pula cerita ilmiah pasal demam denggi.

Demam denggi bukan disebabkan nyamuk sem…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki warga Nepal.
Bekerja kilang. Agak susah berhubung kerana masalah bahasa. Datang ke klinik kali pertama kira2 sebulan yang lalu. Mengadu tercucuk dawai besi pada jarinya. Dia datang ke klinik 4 hari kemudian. Dengan jarinya yang semakin membengkak. Doktor locum buat dressing dan beri antibiotik. 3 hari kemudian dia datang lagi. Jarinya semakin teruk. Doktor locum rujuk dia ke hospital. Tapi doktor kerajaan tak buat apa2 yang drastik. Cuma dressing dan beri antibiotik sahaja.
Seminggu yang lalu. Aku berjumpa dengannya. Jarinya dah sekali ganda bengkaknya. Jangkitan kuman agak teruk. Aku tak yakin dia makan ubat ikut aturan. Aku tak yakin dia jaga kebersihan. Dengan jari sebegini, dia masih gigih bekerja. Aku rujuk dia ke klinik pakar tulang. Dua kemungkinan komplikasi. Satu Osteomyelitis. Dua ada foreign body tertinggal didalamnya.
Aku harap doktor hospital akan buat x-ray.
Aku harap doktor hospital akan buat pembedahan.

Ini jarinya hari Sabtu yang lepas. Seram juga aku m…

Aku dah Upgrade ke iOS 7

iPhone 4S.
Handphone kesayanganku.
Dah hampir 2 tahun aku menggunakannya.
Aku tak akan tukar.
Aku tak akan pindah.
Aku suka kameranya.
Mudah sangat nak updateInstagramku.

iPhone 4Sku.
Aku upgrade ke iOS 6 setahun yang lalu.
Tapi tak banyak sangat perbezaannya.
Semalam.
Aku upgrade ke iOS 7.
3 jam tunggu.
Dan akhirnya.
Kalau dulu aku suka iPhoneku.
Kini aku lebih2 lagi menyukainya


Skrinnya terasa lebih besar.
Warnanya lebih menyerlah.
Sistem kameranya lebih pelbagai.
Photo organizernya lebih kemas.
Boleh tengok ikut tahun.
Boleh cari ikut lokasi.
Boleh edit macam2.


Yang lain2 pun begitu juga.
Kelihatan lebih mudah dan simple.
Apa lagi kawan2,
beralihlah ke iPhone.

Salam hari Jumaat.

Aku dan Lawak Hari Jumaat

An old Italian gentleman live in New Jersey.
He wanted to plant his annual tomato garden,
but it was very difficult to work,
as the ground was hard.
His only son Vincent,
who used to help him was in prison.
The old man wrote a letter to his son
and described his predicament:

Dear Vincent,
I am pretty sad because it looks like I won't be able
to plant my tomato garden this year.
I'm just getting old to be digging up a garden plot.
I know if you were here
my trouble would be over.
I know you would be happy to dig the plot for me
like in the old days.

Love Papa

A few days later he received a letter from his son.

Dear Papa,

Don't dig up the garden.
That's where the bodies were buried.

Love Vinnie.

At 4 a.m the next day.
FBI agents and local police arrived and dug up
the entire area without finding any bodies.
They apologized to the old man and left.
That same day the old man received another letter
from his son.

Dear Papa,

Go ahead and plant the tomatoes now.
That's the best I could …

Aku di Hotel Traders Muar

Aku suka duduk di hotel ini kerana:
Lokasinya yang strategik. Pilihan tempat makan yang pelbagai disekeliling hotel.Jalan kaki sahaja ke Wetex Parade.Jalan kaki sahaja ke Dataran Tanjung Emas.Tempat parking yang luas.Kelibat pengawal keselamatan sentiasa kelihatan.Lif yang pantas.Bilik Deluxe yang luas.Tekanan air yang kuat.Pemandangan yang cantik.Staf yang berbudi bahasa.Menu sarapan pagi yang boleh tahan sedapnya.

Aku di Dataran Emas Bandar Maharani

Malam ini.
Cuaca agak baik.
Dapatlah aku bersiar-siar.
Sambil mencuba lensa baruku.
Esok ada lagi.
Harap2 cuaca cerah.

Bersambung.



Aku bercuti di Bandar Maharani

Pagi hari minggu. Cadang2 nak jalan2 bawa kamera keliling bandar. Tapi cuaca tak mengizinkan. Daripada selepas subuh, sampai selepas zuhur, hujan turun tak henti2. Seharian duduk termenung kat bilik.
Selepas zuhur, aku redah jugak. Tapi hujan masih rintik2. Langit kelabu. Kenderaan pun banyak. Jadi hilang mood aku. Tengok hari esok macamana.





Aku suka lensa Tamron 10-24 mm ini.
Salam hujung minggu kawan2!


Aku dan hujung minggu ini

Hujung minggu yang panjang. Aku berehat di Muar. Tiada perancangan khusus. Sekadar melepak2. Sambil mencuba lensa baru.
Selamat bercuti kawan2! Selamat menyambut Hari Malaysia.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pukul 7:00 malam.
Aku sedang berjalan menuju ke kereta. Aku dah kepenatan bekerja sif petang. Malam ni kena masuk klinik lagi. Tiba2 seorang lelaki memanggil2ku. Mungkin pesakitku agaknya. Memang betul. Dia kelihatan panik. Dia suruh tengokkan keadaan anaknya.
Anaknya berusia 3 tahun. Ada penyakit ADHD. Memang tak boleh diam walau sesaat. Mungkin allergik atau apa, dia asyik menggosok2 matanya. Jadi kelopak matanya dah membengkak. Mata putihnya pun dah mula bengkak. Matanya juga berair. Memang sah allergik. Itu pendapatku sebagai seorang doktor cabuk.
Tapi aku bukan pakar mata.
Pendapatku tak laku.
Aku cakap masalah biasa sahaja. Aku cadang nak beri antiHistamine. Piriton ke, Polarax ke, Adezio ke, biar kurang sedikit allergiknya. Tapi ibubapanya semacam tak terima pendapat aku. Mereka takut ada masalah dalaman. Mereka takut anaknya jadi buta. Sungguh2 dia nak minta surat rujukan. Nak jumpa pakar mata.
Aku cakap, Ini bukan kes kecemasan. Boleh tunggu esok pagi. Tak perlu tergesa2 nak…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Khamis.
Ada satu wakil syarikat ubat datang jumpa aku. Dia dah daftarkan nama aku. Untuk hadir ke satu sessi syarahan. Dengar talk. Jumpa kawan2. Juga makan free. Seronok tu. Aku memang dah lama sangat tak buat itu semua.

Pagi hari minggu. Aku dah sampai di Thistle Johor Bahru.  Kawan aku dari Parit Sulong dah sampai dulu. Dia dah booked tempat untuk aku. Duduk depan sekali. Kehadiran sekitar 30 orang sahaja. Ada yang aku kenal, tapi ramai yang aku tak kenal.

Ada 3 siri syarahan. Pakar Kanak2 cerita pasal batuk. Pakar ENT cerita pasal hidung. Pakar Kulit cerita pasal eczema. Topik yang biasa, management yang biasa. Tapi banyak ilmu2 baru aku dapat. Tentang kebaikan Sea Water Spray, tentang penggunaan ubat batuk dikalangan kanak2. Dan paling best, cerita pasal bekas PM kita. Pak Lah yang menghidap penyakit Sleep Apnoea.

Pukul 1 tengahari. Siri syarahan tamat. Selain dapat goodies bag, aku juga dapat kupon, Minum percuma di Starbuck. Dan seperti biasa, Ada free lunch treat.
Ini ya…

Aku dan Minggu Ini

Hari Isnin.
Aku terima panggilan telefon. Daripada pejabat kesihatan daerah. Mereka mahu melantik, klinik aku sebagai klinik sentinel surveillance. Memantau penyakit Influenza-like Illness.
Satu2nya klinik swasta dalam daerah ini yang terpilih. Nampak macam bagus bunyinya kan? Tetapi sebenarnya hanya menambah beban kerja. Menjadi pengumpul data tanpa bayaran. Sukarela.  Paksarela.
Penyakit Influenza-like illness. Geng2 penyakit H1N1.  Penyakit mudah berjangkit. Penyakit agak berbahaya. Boleh membawa maut. Sebab itu perlu dipantau. Sebab itu perlu sentiasa berjaga2.

Ini tugas tambahan aku setiap hari.
Dah jadi macam pegawai kerajaan pulak. Kumpulkan kes2 demam lebih 38 darjah. Untuk tempoh 24 jam yang lepas. Lepas tu study satu2. Kalau cukup kriteria, kena masukkan dalam statistik. Kena informed sebelum pukul 10 pagi. Setiap hari bekerja. Tanpa gagal. Tujuannya adalah untuk pemantauan sahaja. Takut tiba2 ada outbreak. Takut tiba2 ada pertambahan kes. Jadi senang dan cepat mereka berti…

Aku dan Koleksi Lensaku

Kamera ni dah makin jarang aku pegang. Kalau ada big event baru aku pegang. Kalau tidak, Kamera iPhone yang jadi pilihan. Senang nak edit. Senang nak upload. Senang nak post.
Semalam aku tengok kamera kawan aku. Bersih dan berkilat. Memang sungguh2 dijaganya. Tak macam kamera aku. Letak aje kat mana2 lepas guna.
Jadi pagi ini aku buat sedikit operasi. Membersih, mengilat dan mengemas. Juga mengaudit koleksiku.

Kamera yang semakin terpinggir.

Lensa2 yang semakin dilupakan.

The 50 mm prime lens.

The kit lens.

The superb lens.

The macro lens.

The telephoto lens.

The 'Flash'.


Cadang nak jual koleksi yang ada, Dan tukar kepada kamera jenis ini. Lebih ringan. Lebih ringkas. Tapi fungsinya hampir sama.
Salam hujung minggu kawan2!

Aku dan Hari Merdeka 2013

Awal pagi 31 Ogos. Aku dah berada di Stadium MPKu. Menyaksikan perarakan kemerdekaan. Peringkat Daerah Kulaijaya. Cadangan asal nak ke event yang lebih besar. Tetapi wife kena masuk perbarisanlah pulak. Jadi impian nak ke Dataran Merdeka, Hanya tinggal impian.

Pukul 8:45 pagi. Wakil Menteri Besar Johor akhirnya tiba. Lewat hampir setengah jam.

Kelibat DUN Bukit Permai pun ada. Maklumlah ini kawasan dia. Ini YB Ali Mazat. Kawan masa kat U dulu.


Perarakan masuk kontijen2 adalah saat yang aku tunggu2. Seperti biasa, Team MPKu paling menyerlah. Saban tahun mereka pasti menang punya. Maklumlah bajet besar. Boleh beli kelengkapan. Juga berlatih setiap hari.


Ini kontijen Pejabat Pelajaran Daerah. Pasukan paling santai sekali. Tak perlu berkawad. Sekadar jalan makan angin. Sambil exercise mengeluarkan peluh.

Pasukan2 lain tak kurang hebatnya. Wakil2 pasukan seragam sekolah meramaikan majlis. Wakil2 kampung. Wakil2 NGO.

Deklamasi sajak. Diiringi gesekan biola paling aku ingat. Bait2 ayatnya m…