Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 September 2013

Aku dan Hari Merdeka 2013


Awal pagi 31 Ogos.
Aku dah berada di Stadium MPKu.
Menyaksikan perarakan kemerdekaan.
Peringkat Daerah Kulaijaya.
Cadangan asal nak ke event yang lebih besar.
Tetapi wife kena masuk perbarisanlah pulak.
Jadi impian nak ke Dataran Merdeka,
Hanya tinggal impian.


Pukul 8:45 pagi.
Wakil Menteri Besar Johor akhirnya tiba.
Lewat hampir setengah jam.


Kelibat DUN Bukit Permai pun ada.
Maklumlah ini kawasan dia.
Ini YB Ali Mazat.
Kawan masa kat U dulu.



Perarakan masuk kontijen2 adalah saat yang aku tunggu2.
Seperti biasa,
Team MPKu paling menyerlah.
Saban tahun mereka pasti menang punya.
Maklumlah bajet besar.
Boleh beli kelengkapan.
Juga berlatih setiap hari.



Ini kontijen Pejabat Pelajaran Daerah.
Pasukan paling santai sekali.
Tak perlu berkawad.
Sekadar jalan makan angin.
Sambil exercise mengeluarkan peluh.


Pasukan2 lain tak kurang hebatnya.
Wakil2 pasukan seragam sekolah meramaikan majlis.
Wakil2 kampung.
Wakil2 NGO.


Deklamasi sajak.
Diiringi gesekan biola paling aku ingat.
Bait2 ayatnya menusuk ke kalbu.
Gesekan biolanya menusuk ke telinga.



Tetapi setakat itu sahaja aku dapat bertahan.
Cuaca sangat panas.
Tempat duduk penonton betul2 menghadap matahari naik.
Langsung tak boleh nak elak.
Aku cuba turun ke bawah.
Ke sana- sini semua orang kenal aku.
Ramai pesakit aku ada di sini.
Walaupun mereka kenal aku,
Aku tak berapa nak kenal mereka.
Nak ambil gambar pun tak berapa selesa.
Jadi aku pun balik sebelum majlis berakhir.
Balik rumah tengok perarakan di tv.


Salam Merdeka.


5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bolehlah.
      Buat hilang gian.
      Lama tak menembak dgn 60D.

      Padam
  2. ade nampak kiteorg (saya dan kak Dr Singa ) dalam TV tak..?!..

    hehehehe....

    selamat hari Meredeka Dr... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perasanlah.
      Lain tahun saya record guna PVR...

      Padam
  3. tu la penangan org yang berkhidmat utk masyarakat, sure la ramai kenal kan
    saya langsung tak tengok perbarisan!

    BalasPadam